Rabu, 9 Disember 2015

Ada Sketchbook Baharu!

Hari tu keluar jalan dengan mum sebab dah janji. Kenalah tunaikan. ^^♡

Tengah pusing cari benda apa yang boleh dibeli, akhirnya dapat juga. Sketchbook!! Lamanya tak melukis. Yalah. Kerja punya pasal, hobi melukis dilepaskan begitu sahaja. Kadang-kadang mood datang, teringin juga melukis. Atau masa nak release tension pun best kalau dapat melukis ni.

Dulu pernah ada sketch book. Tapi besar. Tak senang nak bawa ke sana sini. Itulah kalau balik saja dari sekolah, confirm melukis punya. Mum jadi bising sebab asyik melukis, baca buku tak nak. Terutama bab buat kerja sekolah Matematik. HaHaHa. Tak minat langsung.

Masa exam SPM, paper Maths la yang paling tak best! Kena suruh ulangkaji, saya tak buat. Melukis ada la. Tapi bila mum tengok apa saya buat, barulah saya pura-pura tengok buku. ;-b Bijak sangat. Tu la Maths tak dapat A. Kwang... kwang... kwang...

Balik kepada cerita tadi. Selain dari beli sketchbook (RM9.90 sahaja), terus beli pemadam (RM0.30), art pen 0.2 dan 0.5 (RM12.60) dan color pencils saiz paling kecil (RM2.70). Bajet tak mahal sangat. Cukup untuk melaksanakan hobi.

Dulu pernah ada seorang yang kira.... close friend saya juga. Masa tu tahun 2004 atau tahun 2005... saya pernah lukis something untuk dia. Dia kata nak simpan lukisan tu baik-baik. Manatau suatu hari nanti saya jadi pelukis terkenal. (Tapi tak menjadi kenyataan). Walaupun dah lost contact tapi saya sentiasa doakan kesejahteraan kepada dia. 

Masa di sekolah pun dulu, berbesar hati dipilih menjadi comittee kreatif di di sekolah. Sekolah tempat saya belajar kebetulan dipilih untuk bertanding sekolah tercantik... jadi kami pun apa lagi, lukis mural do dinding, buat sudut kreatif (di sudut tu ada banyak lukisan. Saya ingat lagi saya lukis favorite anime saya, Son Goku dari Gensomaden Saiyuki. Lepas tu saya ada sketch gambar Arabian Vase. Kawan saya sorang tu pula lukis potret Shah Rukh Khan dan Kajol. Memang cantik!).

Gambar ni yang saya sketch tu

So itulah sedikit sebanyak kenangan saya tentang lukisan dulu... Okaylah. Inilah sketchbook yang saya maksudkan tu.

"Promise yourself to be strong that nothing can disturb your peace of mind"

2 ulasan:

Terima kasih!