Sabtu, 12 Disember 2015

10 Kelebihan Wanita Berambut Pendek

Apa kelebihan wanita rambut pendek?
  1. Senang nak urus. Jika rambut banyak gugur dan susah nak urus, anda disyorkan untuk berambut pendek. Senang nak sikat dan tentunya rambut yang gugur tak kelihatan banyak berbanding jika berambut panjang.
  2. Boleh jimat syampu. Berbanding dengan yang berambut panjang, individu yang memiliki rambut pendek hanya menggunakan syampu dengan kuantiti yang sedikit. Juga tak perlu bersusah payah nak bilas rambut, lebih-lebih lagi kepada yang berambut tebal.
  3. Senang nak mewarnakan rambut. Kepada yang suka mewarnakan ambut, lebih senang untuk warnakan rambut yang pendek berbanding rambut panjang. Tak perlu risau color terkena baju dan yang lagi best... satu kotak pewarna pun dah cukup.
  4. Menyerlahkan leher yang panjang. Kepada anda yang memiliki leher yang jinjang, wow! Apa kata anda ubah penampilan dengan gaya potongan rambut pendek. Tentunya anda kelihatan lebih seksi.
  5. Tak panas. Tak perlu nak ikat rambut dan semestinya tak rasa panas berbanding dengan individu berambut panjang.
  6. Senang nak pakai tudung. Macam tadi yang saya katakan jugalah. Tak perlu nak ikat rambut terlebih dahulu sebelum pakai tudung. Terus sahaja sarungkan anak tudung dan pasangkan tudung, dah siap!
  7. Menjimatkan masa. Anda yang berambut pendek tentunya boleh menjimatkan masa semasa bersiap berbanding yang berambut panjang. Contohnya rambut tak perlu di dandan lama, cuci rambut pun tak lama sangat banding yang rambut panjang yang memerlukan lebih banyak perhatian.
  8. Anda seorang yang berani! Rambut adalah aset wanita. Dan jika seorang wanita tersebut berambut pendek, dia dikatakan seorang yang berani. Tak semua wanita sanggup potong rambut pendek tau! Tengok rancangan America's Next Top Model. Ada sahaja model yang menangis ketika rambut nak dipotong. Lebih pendek dipotong, lebih beranilah anda!
  9. Kelihatan lebih muda. Salah satu faktor yang menyebabkan wanita berumur kelihatan lebih tua boleh ditujukan kepada rambut. Jika berambut pendek, tentu sahaja kelihatan lebih kemas dan nampak always young. Contohnya Kris Jenner, ibu kepada Kim Kardashian yang sentiasa kelihatan menawan dengan potongan rambut pendek.
  10. Comel. Sekarang rambut pendek juga boleh digayakan dengan bermacam fesyen. Ada bob cut, ada layer cut dan pelbagai lagi. Sesiapa yang pandai menggayakan, tentunya kelihatan comel.





Semua imej ini diambil dari www.pinterest.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!