Rabu, 4 November 2015

Walk for Fun UMS (Siri 1) ♡

Jabatan Canselori telah mengadakan program Walk for Fun pada 16 Oktober yang lalu dan program ini julung kalinya dibuat di kampus ini. Apa yang bestnya tentang program ini ialah para peserta akan berjalan di sekitar kampus beramai-ramai bersama keluarga dan rakan-rakan, diwaktu malam... dan para peserta juga akan memakai probe glow in the dark. (Tema kali ini 'glow in the dark').

Respon dari peserta 99.9% positif dan ramai yang mencadangkan untuk diadakan lagi aktiviti seperti ini. Datuk Naib Canselor, Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Pemangku Pendaftar dan Bendahari turut memeriahkan program ini.

Keseronokan tambah dirasa apabila peserta yang berpakaian paling fancy mendapat Hadiah Juri. Banyak hadiah lucky draw juga disediakan. Sebelum bermula acara walk for fun, sesi memanaskan badan dimulakan dahulu oleh Ratu Zumba UMS, Puan Awina. ♡ Meriah sebab ramai bebudak, pelajar dan staff turun join aktiviti ini. Walaupun mula-mula hujan, lepas tu dah okay dah.

Saya urus setia, jadi boleh guna basikal. Ngehehehehe...

Tahniah team Canselori!


Me and my office mate. So we decided to wear telinga kucing berbanding telinga arnab yang akan menimbulkan banyak kontroversi.

Tambah aksesori anting-anting dan lampu Halloween.

The crowd

Budak-budak pun ramai

Datuk VC and the rest (kredit foto Facebook Naib Canselor)

Datuk VC menyampaikan ucapan

Zumba akan bermula

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!