Isnin, 9 November 2015

Tak Semestinya Perlu Menjadi Kaya untuk Membantu Orang Lain

Pagi tadi Tun forward video kepada saya  mengenai seorang peminta sedekah yang  baik hati. Ceritanya ada orang tu pergi parking kereta, tapi dia terlupa masukkan coin dalam meter parking. Peminta sedekah tu panggil nak ingatkan orang tu tapi dia tak dengar. Jadi si peminta sedekah tolong masukkan duit menggunakan syiling yang dia ada. Rupanya ada kamera tersembunyi dan empunya kereta tu sebenarnya berpura-pura sahaja terlupa. Akhirnya si peminta sedekah diberikan duit yang banyak oleh si pemilik kereta.

Moral of the story... kita tak semestinya menjadi kaya untuk membantu orang lain. Kita boleh bantu dengan cara kita tersendiri.

Setiap individu di dalam dunia ini punya perasaan belas kasihan dan perikemanusiaan. Jika tidak ada perasaan itu, layakkah dipanggil manusia? Sedih melihat rakyat Palestin ramai dibunuh oleh Zionis. Kenapa mereka sanggup berbuat sedemikian? Kenapa mereka lebih rela membunuh daripada membantu rakyat Somalia yang sehingga kini dilanda kebuluran? Atau selamatkan dunia ini dari sebarang ancaman?

Bukankah setiap agama mengajar kita untuk hidup berdamai? Mungkin orang-orang Zionis telah hitam hatinya. Sehingga sanggup berbuat apa sahaja merebut Palestin untuk kepentingan mereka.
Itu isu Palestin...
.
Bagaimana pula dengan diri kita? Adakah membantu orang lain itu amat berat untuk kita? Walau sekecil zarah, tetap akan ditimbang kira.

Jangan terlalu kedekut. Nampak tak tabung kecil sumbangan ikhlas yang diletakkan di atas kaunter supermarket? Hulurkan seringgit pun memadai. Perasan tak kucing kelaparan meminta makan di restoran dan kedai kopi? Bagilah secubit kepada mereka. Jika ternampak rakan kita sedang sarat membawa barang-barang, apa salahnya bantu untuk angkat. Ada banyak sangat cara untuk bantu orang lain. Tak semestinya menggunakan duit.

:-)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!