Jumaat, 20 November 2015

Study Nature, Love Nature, Close to Nature

Tiap petang mesti hujan turun. Ada hari yang hujannya turun sekejap saja, ada yang turun lama sehingga banjir. Tapi syukur alhamdulillah.... tak perlu nak siram bunga lagi. Tumbuh-tumbuhan menjadi segar kembali dan cuaca pun taklah rasa panas.

Ada sekali tu nak balik office lepas keluar lunch, ntah tiba-tiba rasa nak mendongak ke atas tengok awan. Yalah.... macam mendung semacam. Sekali tengok betul-betul, cam cantik pula awan masa tu. Jadi saya pun sempat la amik dua tiga snap gambar. Cam ngeri pun ada juga sebab tengok sekali imbas, gaya tornado pun ada. Syukurlah tak ada apa yang berlaku sebenarnya. Cuba tengok gambar kat bawah ni:

Cantik tapi dalam masa yang sama menakutkan juga


Jika diperhatikan betul-betul, sebenarnya awan berpusar tu ada dua. Cuba tengok kiri dan kanan gambar ni.

Dah duduk balik dalam office, tengah buat kerja tu... terdetik dalam hati ingin tengok pemandangan sunset yang paling cantik dan unik. Maka termakbul la doa saya kerana pada keesokan harinya, sunset begitu cantik... cantik! Cantik!

Tenang saja bila tengok pemandangan ni. Gambar diambil dari tingkap office saya. Perasan tak awan yang kat tengah tu? Macam peta negeri Sabah pun ada. Mula-mula tak perasan, tapi bila post dalam Facebook, ada kawan yang perasan. Masa ni suasana warna jingga. Punyalah cantik. Tak tau macam mana nak cakap lagi. 

Kadang-kala kita terlalu sibuk dengan kehidupan seharian kita sehingga tak ada masa nak menghayati keindahan alam. Saya bertuah dapat bekerja di UMS kerana pemandangan sekitar yang sungguh cantik. Tengok sebelah kiri ada laut yang biru. Tengok sebelah kanan nampak Gunung Kinabalu yang tersergam indah. Kalau ikut feng shui, memang baik punyalah. 

Kita di Malaysia beruntung kerana masih mempunyai hutan belantara yang dipelihara, binatang yang unik seperti Orang Utan dan Proboscis Monkey a.k.a Bayau. Kalau boleh janganlah musnahkan alam pemandangan yang indah sebegini. Jika bukan kita, siapa lagi yang akan menjaganya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!