Rabu, 4 November 2015

Silvervine Powder - Cat Gone Wild

I bought this silvervine powder at Daiso Japan. Cawangan Daiso boleh ditemui di Suria Sabah dan 1Borneo Hypermall.

Selain dari catnip, ada satu lagi plant based product yang membuatkan kucing terasa high... iaitu silvervine powder. Serbuk ini diperbuat daripada pokok Silvervine atau nama saintifiknya Actinidia Polygama. Pokok ini mengeluarkan bunga bewarna putih, buah seakan kiwi dan ia banyak tumbuh di tepi pergunungan tinggi di negara Jepun serta China.

Kegunaan silvervine powder sama sahaja seperti catnip malah lebih baik dari catnip! Baunya seperti serbuk teh manis (tapi bagi saya ianya lebih seperti serbuk coklat koko manis). Kucing amat menyukai silvervine dan mula berperangai pelik selepas menghidu silvervine powder ni. Contoh kepelikannya adalah seperti menggesel dan menjilat ke barangan yang ditaburkan powder. Kucing juga akan menjadi  aktif dan suddenly berperangai 'manja yang melebih-lebih'. Tetapi ada juga kucing yang akan duduk diam relax setelah menghidu bau silvervine. Bukan kucing sahaja yang akan terangsang dengan silvervine, tetapi harimau, singa dan semua baka kucing yang wujud di dunia ini.

Kucing boleh terasa bosan dengan catnip, tetapi tidak dengan silvervine. Walaubagaimanapun, anak kucing yang masih kecil dan kucing yang mengandung mungkin tidak tertarik dengan serbuk ini. JANGAN taburkan serbuk ini dalam makanan atau minuman kucing kerana ia akan menganggu corak pemakanan mereka.

Selain itu, untuk melatih kucing agar tidak mencakar ke arah perabot, taburkan silvervine powder di tempat yang dikhaskan untuk kucing anda. Hanya taburkan sedikit serbuk ini, maka kucing anda akan terasa di awangan. Untuk menggalakkan kucing anda aktif bermain, masukkan silvervine stick atau taburkan serbuk ini ke alat permainan tersebut.

Silvervine adalah non-toxic dan serbuk ini mudah didapati di kedai pet shop atau kedai Daiso Japan (RM5.30 including GST). 

Si Hitam high....

Feeling gay


How tigers react to silvervine

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!