Jumaat, 20 November 2015

Resepi Sayur Kubis Tumis Simple

Antara resepi sayur yang paling senang nak masak adalah kubis tumis.

Bahan-bahan:
  • Sayur kubis yang dah potong halus
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula pasir
  • Sos tiram
  • 2 ulas bawang putih yang dicincang
  • 1 ulas bawang merah yang dicincang 

Cara-caranya:
  • Tumiskan bawang putih dan merah ke dalam kuali beserta sedikit minyak
  • Masukkan kubis
  • Campurkan sedikit garam, gula pasir dan sos tiram.
  • Kalau nak bagi sedap sikit, boleh campurkan sedikit kicap. Tak nak pun tak apa. 
  • Bila sayur dah nampak layu, tutupkan api.
  • Untuk mengekalkan kerangupan sayur, lepas api dapur ditutup, jangan terus tutup kuali dengan penutup. Biarkan wap panas keluar terlebih dahulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!