Selasa, 10 November 2015

Resepi Ikan Goreng Tepung Rangup

Bahan-bahan:
  • Ikan
  • Asam jawa
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • Tepung gandum
  • Tepung ayam kentucky (optional)


Cara-caranya:
  • Bersihkan ikan, buang perut dan insang.
  • Sapukan garam, serbuk kunyit dan asam jawa pada setiap ikan.
  • Tuang tepung gandum ke dalam bekas yang lain dan campurkan bersama sedikit tepung ayam kentucky
  • Uli ikan bersama tepung yang dicampur tadi (sehingga nampak gebu)
  • Panaskan minyak menggoreng.
  • Gorengkan ikan dengan api sederhana.
  • Boleh dimakan dengan sos cili, sambal atau perahan limau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!