Khamis, 12 November 2015

Please be Nice to Nekos

Siapa yang tak susah hati bila tengok kucing dalam keadaan yang begitu kurus, dengan selsemanya lagi. Bila nak makan, tak dapat sebab tak selesa dengan hidung yang tersumbat.

My mum not a fan of cat tapi mum tetap akan bagi kucing saya di kampung makan setiap hari. Ikan yang direbus dicampur dengan nasi putih.

Tapi rasa terkilan dengan situasi tempat saya sekarang. Orang tu ada kucing, tapi bila kucing tu sakit, buat tak peduli. How come?! Arrgghhh. Dulu kucing tu gemuk dan aktif. Hari-hari singgah rumah datang makan. But after saya balik from China, saya sangat sangat terkejut kucing tu dah begitu kurus. Saya bagi juga makan bila kucing tu singgah rumah tapi selera makan dia dah kurang. Mula-mula okay lagi. Now selalu hujan, kucing tu dah terkena selsema.

Very sad.... so sad. Saya juga perasan something. The other cats (owner sama kepada kucing tu) semua bermasalah. Mum kucing tu putus kaki sebelah. Dulu tak gitu. Anak kucingnya pula putus ekor. Sebelum tu elok saja. Saya perasan sebab mereka suka datang singgah rumah untuk cari makanan. One more thing, dulu kucing orang tu banyak. Dari empat ekor, tinggal satu (yang kena selsema tu). Then mum kucing tu beranak lagi dua ekor. Lepas tu satu sahaja yang survive (yang putus ekor). Bila balik kampung, ditinggalkannya sahaja kucing-kucing tu cari makan sendiri. Not very nice la perbuatan orang itu.

Kalau ada kucing, peliharalah baik-baik. Kalau rasa tak nak pelihara, janganlah pandai-pandai nak bela kucing. Bukan nak burukkan orang tu, tapi saya tak suka sikap orang sebegitu.

Rumah saya tak ada bekalan ubat kucing yang lengkap. Jadi saya buat apa yang termampu untuk membantu kucing tu. So I put a box with a towel inside untuk kucing tu tidur (kalau dia singgah datang rumah). Pagi sebelum pergi kerja saya akan ensure dia makan. Pulang kerja pun sama juga. Kalau dia ada depan rumah, dia kena makan. Tak nak makan, saya paksa. Nampak macam tak bagus pula kalau paksa, tapi kucing sakit tak boleh dibiarkan lapar.

Ada beberapa benda yang perlu dibuat untuk bagi makan kucing sakit:

Picagari untuk suap makanan

Gravy cat food 
(thank you Hafiz sebab tolong belikan)

Suapkan kucing dengan gravy food menggunakan picagari. Buat berulang kali. Try juga umpan dengan wetfood lain. Kot kucing tu nak makan tiba-tiba.

This is what I did selama beberapa hari. Walaupun masih kurus, hari kedua kucing tu dah nampak okay sedikit. Tadi saya umpan dengan makanan lain (Si Hitam punya makanan),  dia makan juga sikit. Better than nothing. Jangan lupa letak kucing di tempat yang selasa dan tidak sejuk semasa beri makan.

However, saya agak risau untuk hari ketiga sebab dapat short notice kena outstation ke Kuala Lumpur. Jadi saya hanya ada masa pagi ni sebelum turun kerja. I hope he will be here at this morning. So tomorrow saya akan sampai balik ke Sabah at midnight. :-( Harap semuanya okay....

P/S - Semua pencinta kucing akan sedia membantu haiwan kesayangan mereka ini. But for those yang bukan peminat kucing, please... don't hurt them.