Rabu, 25 November 2015

Pengalaman Makan di Premis yang Tak Bersih

Paling rasa tak best tengok gerai makan atau restoran yang kurang bersih. Pernah kena beberapa kali. Yang biasa punya kes seperti rambut terselit celah makanan atau sabun yang masih melekat di pinggan mangkuk. Tapi yang worst pun ada juga. Ni nak cerita sedikit pengalaman. Perhatian! Bukan nak tutup periuk nasi orang ke apa ke... sebab tu tak sebut nama kedai. Ni lebih kepada sharing pengalaman pernah makan di kedai yang kurang bersih.

Kejadian ni berlaku masa saya masih belajar dulu. Di area Puncak Perdana. Tahun 2008 kot. Tengah kelaparan... pergilah cari makan ngan kengkawan yang lain di area kat sana juga. Masa tengah makan, tiba-tiba kawan saya bagitau ada lipas di dalam sayur. Lipas? LIPAS ok! Punyalah kami geli masa tu. Terus bagitau kat peniaga. Peniaga tu minta maaf dan kata makanan tak perlu bayar semua. Harap-harap lepas tu tak ada lagi berlaku apa-apa masalah di gerai tu.

Tu cerita pertama. Ni cerita kedua...

Berlaku di area Sulaman, Sepanggar yang ada CKS dan Pasaraya Lintas tu. Restoran ni kalau tengok memang laku. Ramai orang datang makan. Kami pun pernah dua tiga kali datang sana juga. Tapi yalah.... sekali tu tengok ada anjing  pula. Cam tak best pula tengok tapi still okay lagi. Sebab kengkadang ada yang halau anjing tu.

Ni baru-baru ni pula... di restoran yang sama... saya order nasi ayam. Kawan saya order tomyam. Okaylah. Nampak menyelerakan. Sekali saya baru makan ayam tu sikit... apasal rasa macam tak segar dah. Sekali saya amik lagi sepotong ayam yang lain... mak aiiih!! Ada telur lalat. DAN... yang paling tak boleh blah... potongan ayam yang satu lagi dah ada telur yang menetas. MAGGOTS okay. Loya tekak. Saya panggil terus waiter tu dan kata perlahan-lahan (supaya pelanggan lain tak dengar). "Ayam kamu ni dah busuk. Ada telur lalat dan ulat". Terus orang tu pergi ambil balik nasi ayam tu dan suruh saya tukar baharu. Saya tak nak dan tak nak bayar pun makanan tu. Lepas tu dia pergi kepada boss dia dan cakap something, saya pun tak taulah apa yang mereka bualkan.

Masa nak bayar... boleh pula boss dia buat tak tau dan pergi kira nasi ayam tu. Saya kata nasi ayam ada ulat tu saya tak nak bayar. Then dia boleh lagi buat muka tak tau dan kata... "kamu dah bagitau dengan waiter pasal ni?". Saya kata "dah". Lepas tu dia tak kira la harga nasi ayam tu. Tapi yang kureng sikit... cakap minta maaf pun tak ada.

Saya tengok tahap kebersihan restoran tu adalah B. Saya berharap lepas ni buatlah elok sikit. Kalau dah sampai berulat, maknanya ayam tu dah lebih 8 jam atau 24 jam kena simpan.

Tolonglah prihatin sikit. Pelanggan makan bukan free. Kami semua bayar. Nak untung... untung juga. Tapi jangan buat benda cincai dan tak jaga kebersihan.

Nanti duit tak berkat.

Terus nak tunjuk cycle life untuk lalat. Tengok telur tu boleh menetas dalam masa 8 hingga 24 jam sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!