Isnin, 30 November 2015

Melawat Taman Pertanian Sabah di Tenom

Kepada yang ingin melancong ke Sabah, khususnya yang minat dengan bunga-bunga atau tanaman... boleh berkunjung ke Taman Pertanian Tenom. Jika anda tinggal di area Kota Kinabalu, akan mengambil masa selama 2 jam 30 minit hingga untuk sampai ke Tenom (jalan Papar - Keningau). Sambil menyelam, sambil minum air. Untuk maklumat lanjut, boleh layari link Sabah Tourism atau terus ke laman web Sabah Agriculture Park.

Harga tiket masuk adalah RM10 seorang. Tiket untuk kanak-kanak dan warga emas dapat diskaun lagi. Untuk persediaan, bawalah payung atau topi kerana taman ini sangat luas, cuaca yang panas atau hujan serta penat nak berjalan jauh. Walaubagaimanapun, ada keretapi yang lalu lalang di taman ini. Jadi boleh tumpang untuk ke area lain. Selain itu, pengunjung juga boleh menyewa basikal. 

Kemudahan seperti kafeteria, tandas dan ruangan solat juga terdapat di taman ini. Tempat parking yang luas dan selesa menyebabkan anda tidak perlu risau mana nak cari parking. Kepada yang membawa ramai ahli keluarga dan berhajat untuk terus makan di sana, boleh berhubung terus dengan pihak kafeteria untuk order menu. Nombor telefon boleh didapatkan melalui operator Taman Pertanian Sabah di talian 087-737 952 / 737 558.

Taman ini mempunyai banyak seksyen seperti Orchid Garden, Animal Garden, Taman Tropika dan lain-lain lagi. Tempat ini sangat luas! Anda juga boleh menginap di sini atau hotel di pekan Tenom.

Naik train!

Buah apa ni?

Contoh spesis orkid

Taman orkid

Orkid ini sangat cantik

Sebahagian kawasan taman

Berehat sebentar

Tasik

Sayur pucuk manis a.k.a Sabah Vege

Kambing

Cantik!

Boleh tenangkan fikiran di tasik ini

Cantiknya teratai ni. Daun teratai ni juga lebar dan besar





Nak beli kopi Tenom Fatt Choi (jenama terkenal di Sabah), beli terus di kilang yang terletak di sebelah stesen bomba Tenom. Boleh duduk lepak di sana terus

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!