Sabtu, 7 November 2015

Masalah Kucing yang Memilih Makan

Adakah kucing anda jenis yang suka pilih makan? Tak suka kibbles... suka yang wet food sahaja. Atau hanya suka fresh meat?

Ya. Saya mempunyai masalah ini. Kucing saya Si Hitam tak suka makan yang pure ikan, ikan fresh atau yang wetfood yang fully ikan. Si Hitam hanya suka makan ayam... ikan + ayam, ayam + seafood... pendek kata semua mesti ada ayam. Itupun kala bagi makan, tak boleh bagi makan banyak. Sebab kucing ni agak memilih. Kadang-kadang suka yang berkuah, kadang-kadang dia rasa nak makan yang lain... jadi yang dihidang sedia tu dah tak nak makan. But KFC dan ayam panggang, he never say no. Tapi manalah sesuai kucing makan KFC setiap hari!!

Last night I tried to feed him with wet food berperisa sardine. (Dengan harapan dia suka). Tapi Si Hitam makan sikit saja. Terpaksa buka satu tin yang berperisa lain. Sedap pula kucing ni makan. Sekali saya tengok perisa smoke tuna. Makan la pula wetfood yang fully ikan!! Arrgghhh!

Okaylah. Saya bagi sedikit tips untuk kucing-kucing yang memilih makanan.

  1. Beli wetfood yang bersaiz kecil dan pelbagai perisa. Maksudnya hari ni makan perisa lain, malam nanti perisa lain, esok perisa lain etc. Kalau yang confirm kucing tu tak makan, tak perlu beli.
  2. Bagi makan sikit dulu. Kalau kucing berselera makan, baru tuangkan lebih banyak makanan.
  3. Wetfood tu kalau boleh hancur-hancurkan lagi sedikit. Sebab kucing yang memilih ni kadang-kadang tak suka makan yang berketul. Nak kita tolong hancurkan makanan untuk dia.
  4. Beli bekas makanan twin. Jadi sebelah boleh tuang perisa lain, sebelah lagi boleh tuang perisa lain. Jangan tuang banyak sangat.
  5. Untuk ajar kucing yang cerewet ini menjadi kurang cerewet, amalkan 'selagi tak habis, tak boleh makan yang lain'. Tapi ni tengok keadaan la. Kadang-kadang ada kucing yang sanggup kelaparan dari makan makanan yang dia tak nak makan.
  6. Try wetfood yang berkuah. Contohnya Whiskas Chicken and liver. Agak berkuah sedikit berbanding yang lain.
  7. Untuk makanan yang tak dimakan tu, membazir jika dibuang begitu sahaja. Kalau saya.... saya akan letak ke dalam bekas lain, letak di luar rumah. Sure habis sebab banyak kucing-kucing lain datang singgah makan.

Semoga berjaya!

Si Hitam

Today saya beli new cans and packets. Jenama Dr. Clauder's dan boleh didapati di pet shop SAMC, Damai, Saya bagi Si Hitam perisa lamb & calf.... dan nampaknya Si Hitam makan sampai habis. But honestly hidu bau pun macam sedap. HaHaHa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!