Rabu, 25 November 2015

Kuah Kacang Adabi Memang Best

Siapa dah rasa produk kuah kacang Adabi? Memang sedap! ♡

Sebenarnya kuah kacang keluaran Adabi ni adalah hasil kajian bersama Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah. 

Kali pertama saya merasa produk adalah masa saya di China. Rakan sepejabat saya bawa untuk bekalan dan bagi saya satu dua tin. Bila buka dan makan bersama nasi, fuh! Memang sedap. Rasanya lemak-lemak manis, masin skit... rasa kacang yang enak... pendek kata memang kaw. Masa tu lagi berada di negara orang... tekak rindu nak makan makanan Malaysia. Tiba-tiba ada kuah kacang Adabi... memang heaven la.

Sesuai dimakan bersama nasi putih atau satay dan nasi himpit.

Boleh didapati di pasaraya berhampiran anda dan dijual dengan harga RM5+. Kalau di Kota Kinabalu ni ada jual di Servay Hypermarket.

Ada dua pilihan iaitu Kuah Kacang bersama Daging atau Kuah Kacang bersama Ayam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!