Khamis, 12 November 2015

Kenapa Kucing Hitam Sangat Comel

Sedih baca satu artikel ni apabila diberitahu bahawa kucing yang paling jarang diambil dari pusat jagaan adalah kucing bewarna hitam. Lebih-lebih lagi kucing hitam selalu dikaitkan dengan misfortune, unlucky, dan nampak tak cantik kerana warnanya yang gelap.

I totally disagree with that. Dulu masa saya masih kecil, saya ada berbelas-belas ekor kucing hitam. Yalah. Dah ayah dia hitam, ibu pun hitam. Anak pun warna hitam juga. Begitu la seterusnya. Sampai di suatu saat, saya amat menginginkan kucing bewarna lain. Dan saya dapat akhirnya (dari kucing baka lain). Empat ekor. Dua coklat named Jack and Mambo. Satu putih nama Si Putih. Satu calico cat nama Titi.

Tapi sekarang saya nak balik kucing warna hitam. I managed to get one. His name is Si Hitam. ♡

Bagi saya, sangat menarik jika kita memiliki kucing bewarna hitam. They are too cute. Why?

  1. Nampak seakan little gothic tapi dengan mata yang besar.
  2. Kucing hitam biasanya mempunyai mata bewarna gold yellow yang menyerlah.
  3. Di beberapa negara di seluruh dunia, kucing hitam yang melintasi anda dianggap membawa tuah.
  4. Kucing hitam adalah pemburu yang handal berbanding kucing bewarna lain.
  5. Kucing hitam adalah si black panther yang kecil.
  6. Bulu kucing hitam nampak lebih bersinar dari bulu kucing lain.
  7. Cuba letak kucing hitam di tempat yang gelap. Tentunya mata kucing tu yang menjadi perhatian sebab tu saja yang nampak.
  8. Hitam itu classy.









-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
This is my cat. Si Hitam

A very cool cat dan duduk diam-diam di dalam kereta

Dan hobinya adalah makan kenyang-kenyang, tidur dalam aircond dan di atas katil yang empuk

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!