Sabtu, 7 November 2015

Keep Calm and Pamper Yourself

Isnin hingga Jumaat... balik rumah confirm penat, tidur. Jadi masa untuk rehatkan otak dan badan sepuasnya adalah pada hari Sabtu dan Ahad (Itupun kalau tak ada apa-apa program).

Biasanya pagi hari Sabtu saya akan basuh kain, kemas rumah dan segalanya. Tengahari dan malam baru ada relax sikit. Hari ni saya berhasrat untuk relaxkan diri lebih sikit.

Produk yang digunakan tak semestinya mahal. Yang penting berkualiti dan sesuai dengan kulit. Okay saya promote sikit apa produk yang saya pakai:

LULUR MANDI. Saya mulakan dengan mandi lulur. Saya gunakan produk Sumber Ayu kerana baunya wangi dan mudah didapati di mana-mana kedai. Harga yang paling murah saya boleh dapat adalah RM5. Mandi lulur bagus untuk menanggalkan sel kulit mati serta membantu menghaluskan kulit. Boleh digunakan sekali seminggu pun dah cukup.

EYE MASK. After bath, saya tampalkan anti-oxidant regenerating eye mask. Produk ini boleh didapati di kedai SASA. Satu pek mengandungi three pairs of eye mask. Gunakan dalam masa 30 minit (atau ke atas).

PORE CLEANSING. Selain itu, saya juga menggunakan Biore Pore Pack. Ia berfungsi untuk menanggalkan black /white heads yang melekat di hidung. Produk ini terdapat dalam dua colors... putih dan hitam. Tapi saya lagi suka yang putih :-) (kalau yang hitam bila nak tanggalkan stiker, ada kesan hitam tertinggal kat hidung -_-

NAIL BUFFER. Sambil relax menggunakan eye mask dan pore pack, sambil tu saya kilatkan kuku dengan menggunakan nail buffer. Alat ini boleh dibeli di kedai yang menjual alat kosmetik seperti eNoveal dan The Body Shop.

NAIL HENNA. Sejak dulu saya suka menggunakan inai kuku kerana ia membantu menguatkan kuku. Lagipun inai boleh dibawa solat dan tidak mengandungi bahan kimia. Inai ni ayah saya belikan sewaktu di Mekah. Kini inai Rani juga ada dibuat di Malaysia dan boleh didapati dengan senang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!