Ahad, 1 November 2015

House of Horror di 1Borneo

Siapa dah try masuk House of Horror di 1Borneo? Jika nak menguji sejauh mana keberanian anda, jom masuk ke House of Horror.

Harga tiket:
-RM28/pax (1 hingga 4 orang). 
-RM24/pax (5 pax ke atas).
-Like Facebook : diskaun RM4
-Spend RM100 ke atas untuk single receipt di kedai terpilih di 1Borneo... boleh percuma masuk.


Note sebelum masuk, barang-barang semua kena tinggalkan di kaunter. Pastikan anda tidak mempunyai sakit jantung, masalah atau alahan kepada bunyi, cahaya dan apa-apa yang berkaitan.

Kebetulan kelmarin baru habis bengkel hari kedua di Klagan Regency. Jadi ingat nak pergi jalan-jalan dulu di area 1Borneo. Saya dan dua orang lagi rakan pejabat saya.

Dah boring pusing-pusing, datang pula gila nak masuk rumah hantu. Yalah. Kat Imago tu jauh dan ramai sangat orang. Baik pergi yang di 1Borneo. Okay sikit. Dari hari tu curious bebenar dengan figure hantu pocong yang kena sangkut di hujung kayu dalam shopping complex tu. Rupanya ada rumah hantu.

Jadi masuk la ke dalam rumah hantu dengan hanya berbekalkan satu torchlight. Oh ya. Sebelum tu... mula-mula ingat kami tiga orang saja nak masuk. Tiba-tiba datang satu akak dengan tiga orang anak perempuannya. Deal punya deal, baik ramai-ramai masuk. So bayaran dapat murah sikit.

Mula-mula saya di depan sebab pakai torchlight. Suspen juga la sebab gelap. Hahahaha! Tiba-tiba hantu sergah dari belakang, jadi semua nak jalan depan. Lastly saya yang tinggal kat belakang. Best juga. Sebab rumah hantu tu luas. Kena cari jalan sendiri untuk keluar.

Rumah hantu ni terbahagi kepada banyak seksyen. Ada seksyen hutan di mana hantu mumia akan muncul. Seksyen zombie pula ada ramai mayat bergelimpangan dan hantu zombie pula muncul. Ada juga seksyen clown di mana badut yang menakutkan tengah duduk menanti mangsa. Banyak jenis hantu lain lagi. Ada Cik Pon, Grim Reaper, ada hantu ala-ala pembunuh upahan etc.

Ni nak ceta ni. Ntah la apa yang saya fikir masa masuk rumah hantu tu. Tapi tak terfikir sangat pula untuk fokus kepada 'takut hantu'. Saya lebih fokus untuk menghayati karakter hantu-hantu tersebut.  Oleh itu, saya akan merenung setiap hantu yang datang menyergah. Dan saya rasa ada dua ekor hantu tu tak puas hati ngan saya. Yang satu Cik Pon. Yang satu lagi Grim Reaper.

Tapi kesimpulannya, amat rugi kalau tak masuk ke House of Horror. Try sekali pun dah cukup. Sure rasa berada di dunia lain dan boleh mengetahui sejauh mana keberanian anda berhadapan dengan benda-benda ghaib.

Ada satu lagi rumah hantu kat IMAGO. Stage one, menakutkan. Stage two. Lagi menakutkan. Ada berani?


Antara hantu-hantu yang saya rasa nampak dalam rumah hantu tu sama ada yang hidup ataupun tidak...










Dan lain-lain

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!