Ahad, 15 November 2015

Review : Good Virtues Co. Shower Cream

Oleh kerana packaging nya yang menarik perhatian, dengan senang hati saya pun beli shower cream Radiant & Renewing keluaran Good Virtues Co. 

Barangan Good Virtues Co. boleh didapati di Watsons dan mana-mana kedai terpilih. Untuk shower cream 500ml (seperti di dalam gambar), harga adalah RM7+. Shower cream ini juga terdapat dalam pilihan lain. Good Virtues Co. adalah produk keluaran Malaysia dan mendapat pengesahan sijil halal dari JAKIM. 

Apa yang best mengenai shower cream ini adalah ia menggunakan minyak habbatus sauda (organic black seed oil). Hanya gunakan sedikit sahaja cecair mandian ini dah memadai kerana ia berbuih dengan banyak. Wangiannya seperti bau habbatus sauda (macam bau herba pun ada juga). Dan wangian itu akan tetap kekal bersama kita selepas mandi. 

Kulit saya sensitif kepada produk yang mengandungi kimia, dan ternyata produk Good Virtues Co. sesuai untuk saya! Kulit juga akan menjadi lebih lembut setelah menggunakan shower cream ini.

Produk ini tidak pernah diuji kepada haiwan. I respect that!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!