Sabtu, 21 November 2015

Derma Atau Sponsor?

Tengah menunggu kat airport, tiba-tiba ada sorang lelaki pergi kat saya. Kononnya nak minta sign untuk campaign selamatkan hutan. Dalam fikiran saya dah tau apa tujuan lelaki ni suruh saya sign. Taktik lapuk... tarik orang, lepas tu nak promote macam-macam.

Apa yang dalam fikiran saya tu akhirnya terjadi betul-betul. Then mulalah dia tanya macam-macam. Lama-lama dia kata kalau nak bantu selamatkan hutan belantara, bolehlah hulurkan derma. Tapi kan... dermanya lain sikit. Kena bayar tiap bulan. Ada amount yang mereka tetapkan pula tu. Boleh pilih nak yang RM38 sebulan ke... atau nak yang mahal sikit pun ada juga. Bayaran dibuat melalui potongan gaji + akan dapat majalah setiap bulan.
Dah agak dah... agensi ni dah mulakan operasi mereka lama dulu. Pernah juga sampai datang ke pejabat buat perkara yang sama. Iyalah... tujuan mereka memang mulia. Untuk kepentingan alam sekitar. Tapi cara mereka tu saya tak berapa berkenan. Buat style direct selling, lepas tu kalau yang mudah termakan kata-kata atau malas nak dengar mereka pot pet pot pet tak henti, kan dah 'tersign agreement' dengan mereka.

Okay. Sambung cerita. Then saya tanya la kat mamat tu. Saya memang nak buat donation sebagai menyokong objektif agensi ni. Tapi saya nak buat donation one time only. Boleh pula lelaki tu kata... kalau nak buat one time, boleh. But jumlah kena besar. Dalam RM500 gitu. Mak aiih! Saya pun tanya.... apasal pula kena bagi RM500? Bukankah derma tu tak kira jumlah berapa kita nak bagi, yang penting ikhlas? Lelaki tu dah kata tak boleh, sebab mereka dah tetapkan amount yang perlu di derma. Lepas tu cepat-cepat dia minta saya sign agreement.

Saya pun kata tak apa la. Yalah. Saya kurang setuju dengan cara mereka nak minta derma. Seperti yang saya kata tadi. Tarik orang macam direct selling, promote itu ini dan akhirnya suruh kita derma setiap bulan + ada yang rasa terpaksa menderma sebab tersepit dengan keadaan nak sangat menderma... tapi option yang dibagi hanyalah RM38 sebulan atau one time dengan jumlah yang besar. Kan dah jadi tak ikhlas dah...

Rasanya saya lagi suka dengan cara klasik yang hanya meletakkan tabung derma di kaunter supermarket. Biarlah orang derma RM1 pun, yang penting orang tak rasa terpaksa.

Sebelum saya beredar, saya minta la brosur dari mereka untuk reference. Boleh pula dia kata tak ada brosur disediakan sebab nak sokong kempen selamatkan hutan. But just now dia kata kalau derma RM38, mereka akan bagi senaskhah majalah. So... adakah majalah tu bukan menggunakan paper? Why they can't upload all the information and articles in website only? Kata tak nak guna paper? For me.... RM38 tu lebih kepada kita melanggan majalah sahaja.

Saya seorang yang cintakan alam sekitar dan haiwan. Tapi dengan kaedah begini, saya kurang bersetuju. Lagipun, lelaki yang sapa saya kat airport tu bukanlah local Sabahan. Mereka tak promote sekali, tetapi boleh dikatakan beberapa kali dah saya nampak booth mereka didirikan di lokasi yang sama sepanjang beberapa bulan ni.

Bukan sahaja berlaku di Sabah, malah di negeri lain. Sewaktu saya ke Johor hari tu juga terkena benda yang sama. Malah si tukang promote tu lagi agresif. Tak boleh nak bagi orang privasi langsung. Bayangkan... saya baru touch down, dah mereka menyergah saya!

Bagi saya, kalau kita mahu berbuat sesuatu perkara itu, kita sendiri yang akan datang ke tempat mereka. Tak perlu mereka bersusah payah nak promote bagai, tapi sebenarnya tujuan mereka satu sahaja... nak minta sponsor a.k.a derma. Iyalah. Orang pun ada komitmen lain. Tiap bulan kena bayar rumah, hutang kereta atau loan, datang pula nak minta sponsor tiap bulan. That's why I prefer donate one time only.

I heard much news about our forests getting thin, elephants and tigers are killed etc. Every year! (klik sini atau sini). I just can't believe they using this kind of tactic. I support this organization... but please, change the way you approach people.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!