Ahad, 1 November 2015

Ambil Perhatian ini Ketika Berada di dalam Pesawat

Semasa berada di dalam pesawat penerbangan, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian. Sebagai sebuah pengangkutan awam, kita sedia maklum bahawa terdapat orang lain yang juga duduk bersama-sama kita. Oleh itu, kita tak boleh berbuat sesuka hati dan perlu peka terhadap penumpang lain.

1. Kanak-kanak Menangis
Iubapa yang membawa anak kecil diharap dapat menenangkan anak tersebut sekiranya sedang menangis / meragam kerana pasti ada penumpang yang merasa kurang privasi dengan hal ini. Walaubagaimanapun, mereka juga harus bertoleransi kerana bukan senang nak tenangkan anak yang berkarenah.


2. Kerusi Penumpang
Terutama kepada golongan Kelas Ekonomi dimana keluasan dan jarak antara kerusi lebih kecil berbanding Kelas Bisnes. Diharap penumpang yang didepan tak baringkan kerusi terlebih sangat kerana ia akan menyebabkan ruang penumpang belakang terlalu sempit. Nak tidur, boleh. Tapi consider la sikit orang kat belakang ek.


3. Ini Kerusi Saya, Bukan Kamu
Setiap tiket dah disertakan dengan nombor tempat duduk kita. Jika nak ubah, ubah awal di kaunter tiket. Jangan dah masuk ke dalam pesawat, kita pergi amik kerusi orang lain pula. Lepas tu minta orang tu duduk kat kerusi yang lain pula (unless kedua pihak bersetuju).


4. Pasangan yang Bercinta
Couple ke apa ke... jangan melebih-lebih semasa di dalam pesawat. Tentu orang sebelah meluat tengok aksi-aksi yang kurang menyenangkan oleh si pasangan kekasih.


5. Ambil Beg Selepas Lampu Pasang Tali Pinggang Kalender dimatikan. 
Ini semasa kapal dah mendarat. Belum lagi pesawat tu parking betul-betul, ada penumpang yang kelam kabut nak amik bag. Tunggulah selepas lampu isyarat pasangkan tali pinggang kalender dipadamkan. Selagi tak padam, jangan berdiri. Sebab pernah terjadi sekali di mana penumpang ingat kapal dah berhenti sepenuhnya. Masa mereka tengah berdiri, pilot tiba-tiba gerakkan balik kapal tu sedikit. Dan ramai penumpang yang nak terjatuh masa tu.


6. Tumpang Lalu...
Orang yang duduk di sebelah tingkap adalah orang yang paling sengsara kalau nak keluar ke tandas.... terutama Kelas Ekonomi. Jika terjad sedemikian, orang yang berada di kedudukan aisle (at least) boleh bagi sedikit ruang agar penumpang yang satu lagi dapat keluar. Kalau boleh berdirilah sebentar untuk beri laluan. 


7. Tandas Guna Sama
Penumpang yang telah menggunakan tandas di dalam pesawat perlu pandai menjaga kebersihan untuk kegunaan orang seterusnya. Lagipun tak ada kakitangan yang menunggu untuk mebersihkan tandas setiap masa. Harap maklum.
Sekadar gambar hiasan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!