Isnin, 30 November 2015

Melawat Taman Pertanian Sabah di Tenom

Kepada yang ingin melancong ke Sabah, khususnya yang minat dengan bunga-bunga atau tanaman... boleh berkunjung ke Taman Pertanian Tenom. Jika anda tinggal di area Kota Kinabalu, akan mengambil masa selama 2 jam 30 minit hingga untuk sampai ke Tenom (jalan Papar - Keningau). Sambil menyelam, sambil minum air. Untuk maklumat lanjut, boleh layari link Sabah Tourism atau terus ke laman web Sabah Agriculture Park.

Harga tiket masuk adalah RM10 seorang. Tiket untuk kanak-kanak dan warga emas dapat diskaun lagi. Untuk persediaan, bawalah payung atau topi kerana taman ini sangat luas, cuaca yang panas atau hujan serta penat nak berjalan jauh. Walaubagaimanapun, ada keretapi yang lalu lalang di taman ini. Jadi boleh tumpang untuk ke area lain. Selain itu, pengunjung juga boleh menyewa basikal. 

Kemudahan seperti kafeteria, tandas dan ruangan solat juga terdapat di taman ini. Tempat parking yang luas dan selesa menyebabkan anda tidak perlu risau mana nak cari parking. Kepada yang membawa ramai ahli keluarga dan berhajat untuk terus makan di sana, boleh berhubung terus dengan pihak kafeteria untuk order menu. Nombor telefon boleh didapatkan melalui operator Taman Pertanian Sabah di talian 087-737 952 / 737 558.

Taman ini mempunyai banyak seksyen seperti Orchid Garden, Animal Garden, Taman Tropika dan lain-lain lagi. Tempat ini sangat luas! Anda juga boleh menginap di sini atau hotel di pekan Tenom.

Naik train!

Buah apa ni?

Contoh spesis orkid

Taman orkid

Orkid ini sangat cantik

Sebahagian kawasan taman

Berehat sebentar

Tasik

Sayur pucuk manis a.k.a Sabah Vege

Kambing

Cantik!

Boleh tenangkan fikiran di tasik ini

Cantiknya teratai ni. Daun teratai ni juga lebar dan besar





Nak beli kopi Tenom Fatt Choi (jenama terkenal di Sabah), beli terus di kilang yang terletak di sebelah stesen bomba Tenom. Boleh duduk lepak di sana terus

Sabtu, 28 November 2015

Angan-Angan Kan Mulih Kampung

Tepikir jua ku kan mulih kampung. Hajat kan ngatuk tiram (mun pasir tuhur) kan mengunjar ramis sama tekuyung, kan membakar hayam tah jua... Ada ku bepadah sama mama dimalam. Tapi ya berucap mun ulah pasal kakak ipar ku mengkali ndada cuti. 

-
-
-
-

Galat jua ku kan bertutuan Kedayan pasal Kedayan ku kira broken. Mun urang tua-tua mendangar... kali diucap pakah. Yang banar-banarnya ni, darah ku bercampur-campur sudah. Datu (yang bini) sebelah bapa urang Dusun masuk Islam. Kawin sama Datu (yang laki) urang Tutung. Sampai nini laki... kawin nini bini urang Kedayan Brunei.


Sebelah mama ku pulang, Datu (bini) urang Cina. Diangkat keluarga Melayu. Kawin sama Kedayan. Nini laki urang Kedayan. Nini bini Kedayan Cina. Mun dikira-kira... labihnya ka Kedayan. Yang lain-lain Cina, Dusun, Brunei, Tutung. Spesel...

Dimalam melapas tensen di kadai Harris sana Alamesra. Beribun tia nganya sama kawan ku. Praktis kan bertutuan Kedayan. Barigali hati mendangarkan. Urang Kedayan ani hantapkan urang putih. Cua lihat. Motorcar jadi mentuka. Cupboard jadi kaban. Lemonade jadi leminit. Coca Cola jadi Kukula. HaHaHa. Bisai jua la. Unik.

Lagi satu, Kedayan nda sama bahasanya sama Brunei. Ada jua bahasanya labih kurang... tapi Kedayan ndada nyabut R. Contoh : "Marah" jadi "ma'ah". "Sira" jadi "sia". Mun dangan nda tahu, diucapkan sama.

Bah. Kan membari makan ucingku dulu. Lusir-lusir kelaparan ya.

P/S- Saya menulis dalam Bahasa Kedayan. Kalau tak betul.. diam-diam saja. Hehehe :-b

Rabu, 25 November 2015

Kuah Kacang Adabi Memang Best

Siapa dah rasa produk kuah kacang Adabi? Memang sedap! ♡

Sebenarnya kuah kacang keluaran Adabi ni adalah hasil kajian bersama Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah. 

Kali pertama saya merasa produk adalah masa saya di China. Rakan sepejabat saya bawa untuk bekalan dan bagi saya satu dua tin. Bila buka dan makan bersama nasi, fuh! Memang sedap. Rasanya lemak-lemak manis, masin skit... rasa kacang yang enak... pendek kata memang kaw. Masa tu lagi berada di negara orang... tekak rindu nak makan makanan Malaysia. Tiba-tiba ada kuah kacang Adabi... memang heaven la.

Sesuai dimakan bersama nasi putih atau satay dan nasi himpit.

Boleh didapati di pasaraya berhampiran anda dan dijual dengan harga RM5+. Kalau di Kota Kinabalu ni ada jual di Servay Hypermarket.

Ada dua pilihan iaitu Kuah Kacang bersama Daging atau Kuah Kacang bersama Ayam

Pengalaman Makan di Premis yang Tak Bersih

Paling rasa tak best tengok gerai makan atau restoran yang kurang bersih. Pernah kena beberapa kali. Yang biasa punya kes seperti rambut terselit celah makanan atau sabun yang masih melekat di pinggan mangkuk. Tapi yang worst pun ada juga. Ni nak cerita sedikit pengalaman. Perhatian! Bukan nak tutup periuk nasi orang ke apa ke... sebab tu tak sebut nama kedai. Ni lebih kepada sharing pengalaman pernah makan di kedai yang kurang bersih.

Kejadian ni berlaku masa saya masih belajar dulu. Di area Puncak Perdana. Tahun 2008 kot. Tengah kelaparan... pergilah cari makan ngan kengkawan yang lain di area kat sana juga. Masa tengah makan, tiba-tiba kawan saya bagitau ada lipas di dalam sayur. Lipas? LIPAS ok! Punyalah kami geli masa tu. Terus bagitau kat peniaga. Peniaga tu minta maaf dan kata makanan tak perlu bayar semua. Harap-harap lepas tu tak ada lagi berlaku apa-apa masalah di gerai tu.

Tu cerita pertama. Ni cerita kedua...

Berlaku di area Sulaman, Sepanggar yang ada CKS dan Pasaraya Lintas tu. Restoran ni kalau tengok memang laku. Ramai orang datang makan. Kami pun pernah dua tiga kali datang sana juga. Tapi yalah.... sekali tu tengok ada anjing  pula. Cam tak best pula tengok tapi still okay lagi. Sebab kengkadang ada yang halau anjing tu.

Ni baru-baru ni pula... di restoran yang sama... saya order nasi ayam. Kawan saya order tomyam. Okaylah. Nampak menyelerakan. Sekali saya baru makan ayam tu sikit... apasal rasa macam tak segar dah. Sekali saya amik lagi sepotong ayam yang lain... mak aiiih!! Ada telur lalat. DAN... yang paling tak boleh blah... potongan ayam yang satu lagi dah ada telur yang menetas. MAGGOTS okay. Loya tekak. Saya panggil terus waiter tu dan kata perlahan-lahan (supaya pelanggan lain tak dengar). "Ayam kamu ni dah busuk. Ada telur lalat dan ulat". Terus orang tu pergi ambil balik nasi ayam tu dan suruh saya tukar baharu. Saya tak nak dan tak nak bayar pun makanan tu. Lepas tu dia pergi kepada boss dia dan cakap something, saya pun tak taulah apa yang mereka bualkan.

Masa nak bayar... boleh pula boss dia buat tak tau dan pergi kira nasi ayam tu. Saya kata nasi ayam ada ulat tu saya tak nak bayar. Then dia boleh lagi buat muka tak tau dan kata... "kamu dah bagitau dengan waiter pasal ni?". Saya kata "dah". Lepas tu dia tak kira la harga nasi ayam tu. Tapi yang kureng sikit... cakap minta maaf pun tak ada.

Saya tengok tahap kebersihan restoran tu adalah B. Saya berharap lepas ni buatlah elok sikit. Kalau dah sampai berulat, maknanya ayam tu dah lebih 8 jam atau 24 jam kena simpan.

Tolonglah prihatin sikit. Pelanggan makan bukan free. Kami semua bayar. Nak untung... untung juga. Tapi jangan buat benda cincai dan tak jaga kebersihan.

Nanti duit tak berkat.

Terus nak tunjuk cycle life untuk lalat. Tengok telur tu boleh menetas dalam masa 8 hingga 24 jam sahaja.

Selasa, 24 November 2015

Review : Bio Essence Miracle Bio Water

Tadi pagi office mate saya dari jabatan sebelah tegur apasal muka semacam... HaHaHa. Ntah saya pun tak perasan juga. Mungkin semalam tidur tak berapa lena sebab Si Hitam bangun awal dan mula kejutkan orang suruh buka pintu. (Si Hitam adalah kucing saya. Rutin dia setiap malam..... makan kenyang-kenyang, bermain dengan Si Putih a.k.a kucing sebelah, berhiass sepuasnya dan lepas tu tidur. Bila dia bangun... dia akan renung kita semacam dulu. Kalau kita buat tak peduli... dia akan datang dekat telinga dan mengiaw. Dan kalau buat tak peduli juga... Si Hitam akan melompat dan sengaja langgar barang-barang sambil mengiaw minta kita buka pintu. Tu tanda kucing tu nak pergi tandas la tu.

Itu cerita selingan....

Okay. Siapa dah try produk Bio Essence Miracle Bio Water? Nampak produk ni cam best, jadi saya pun beli jugalah. Beli yang value pack (3 tin dengan harga RM48). Jadi satu saya letak di rumah, satu bawa pergi office dan satu lagi boleh jadi stok). 

Actually bio water ni bagus untuk saya sebab saya kerja di dalam pejabat (aircond) yang menyebabkan kulit menjadi kering. Memandangkan saya tak rajin nak sapu lotion di tangan dan kaki beberapa kali sehari, saya spray saja guna bio water ni (bio water ni tidak terhad digunakan di muka sahaja). Kalau spray di muka pula, diri terasa lebih segar. Jadi tadi pagi after ditegur oleh kawan sepejabat, lepas tu saya sembur sahaja muka saya ni supaya nampak segar sikit. Air semburannya juga sangat smooth seakan wap.

Bio water ni best guna lepas jalan di bawah matahari, atau ketika muka terasa panas.... spray sahaja, terus kulit menjadi sejuk semula. Saya pilih bio essence kerana pada produk ni paling laris dan mempunyai the lowest salt content. Ia juga sesuai untuk orang berkulit sensitif seperti saya.

Walaupun testimonial mengatakan produk ini mampu mengurangkan kulit berminyak, rasanya kurang berkesan ngan saya kot. Kerana kulit saya still berminyak seperti biasa. Namun untuk keseluruhannya, I like this product. 

Cooling, soothing and moisturizing. 

Review : Heaven & Earth Drink ♡♡♡

Minuman jenama Heaven & Earth (from F&N Coca Cola) ni antara yang terbest pernah saya rasa. Rasanya enak, menyegarkan dan tak manis sangat. HeHe. 
Ada banyak perisa yang available di seperti Lemon Tea, Jasmine Tea, Markisa dan Teh Bunga Kekwa etc...
Mini cafe pejabat kami pun memilih Heaven & Earth sebagai minuman yang must-have-inside-fridge dan biasanya.... minuman ni la yang paling laku antara semua. ^^ My colleauge yang sorang tu gila minum air ni. Satu hari kadang-kadang sampai dua tin. 
Saya pernah beli beberapa jenama lemon tea dan minta kawan-kawan saya pilih mana satu yang mereka nak minum. Jenama pertama yang dipilih... jeeenngg!! Tentulah Heaven & Earth! ♡♡♡
Saya suka Heaven & Earth Lemon Tea

Singapore famos blogger, Qiu Qiu pun suka Heaven & Earth

Beautiful Neelofa, duta Heaven & Earth Malaysia ♡_♡

Ahad, 22 November 2015

Produk Hello Kitty di Guardian

Not a fan of Hello Kitty tapi produk Hello Kitty yang dijual di Guardian sangat cute dan menarik perhatian. ♡

Kebetulan nak beli stok tisu, wet tissue dan sabun pencuci tangan... Masuk dalam Guardian, ada pula jual ketiga-tiga jenis barang tersebut. Harga diskaun.♡ Oleh kerana packaging nya yang colorful dan harga pun okay, saya beli terus la. Tak perlu banyak fikir lagi nak mencari barang-barang ni di tempat lain. 

Taadaa!
Oh ya! By the way, nama saya tak termasuk dalam team Protokol untuk Konvokesyen UMS pada tahun ni. Jadi saya boleh sikit relax la... Tu yang sempat pergi berjalan tu (Tapi sidang satu kena pergi sebab menyambut kehadiran TYT).

Actually ceritanya begini. Previous years saya kena buat dua benda... Team Protokol dan Liaison Officer. Tahun ni kalau dapat rehat sikit kira okaylah. Sebut punya sebut... termakbul pula doa. Tahun ni nama tak masuk list! Yeay! 
>.< Kebetulan Tun pun tak dapat hadir tahun ni... maknanya.... BOLEH REHAT. So saya bawa mum pergi jalan-jalan. ^^

Nak balik ke rumah terkena traffic jam pula dari Teluk Likas sampai 1Borneo. Di Teluk Likas ada Zombie Run. Di area nak dekat 1Borneo pula orang nak keluar dari UMS lepas konvo.

Sabtu, 21 November 2015

Derma Atau Sponsor?

Tengah menunggu kat airport, tiba-tiba ada sorang lelaki pergi kat saya. Kononnya nak minta sign untuk campaign selamatkan hutan. Dalam fikiran saya dah tau apa tujuan lelaki ni suruh saya sign. Taktik lapuk... tarik orang, lepas tu nak promote macam-macam.

Apa yang dalam fikiran saya tu akhirnya terjadi betul-betul. Then mulalah dia tanya macam-macam. Lama-lama dia kata kalau nak bantu selamatkan hutan belantara, bolehlah hulurkan derma. Tapi kan... dermanya lain sikit. Kena bayar tiap bulan. Ada amount yang mereka tetapkan pula tu. Boleh pilih nak yang RM38 sebulan ke... atau nak yang mahal sikit pun ada juga. Bayaran dibuat melalui potongan gaji + akan dapat majalah setiap bulan.
Dah agak dah... agensi ni dah mulakan operasi mereka lama dulu. Pernah juga sampai datang ke pejabat buat perkara yang sama. Iyalah... tujuan mereka memang mulia. Untuk kepentingan alam sekitar. Tapi cara mereka tu saya tak berapa berkenan. Buat style direct selling, lepas tu kalau yang mudah termakan kata-kata atau malas nak dengar mereka pot pet pot pet tak henti, kan dah 'tersign agreement' dengan mereka.

Okay. Sambung cerita. Then saya tanya la kat mamat tu. Saya memang nak buat donation sebagai menyokong objektif agensi ni. Tapi saya nak buat donation one time only. Boleh pula lelaki tu kata... kalau nak buat one time, boleh. But jumlah kena besar. Dalam RM500 gitu. Mak aiih! Saya pun tanya.... apasal pula kena bagi RM500? Bukankah derma tu tak kira jumlah berapa kita nak bagi, yang penting ikhlas? Lelaki tu dah kata tak boleh, sebab mereka dah tetapkan amount yang perlu di derma. Lepas tu cepat-cepat dia minta saya sign agreement.

Saya pun kata tak apa la. Yalah. Saya kurang setuju dengan cara mereka nak minta derma. Seperti yang saya kata tadi. Tarik orang macam direct selling, promote itu ini dan akhirnya suruh kita derma setiap bulan + ada yang rasa terpaksa menderma sebab tersepit dengan keadaan nak sangat menderma... tapi option yang dibagi hanyalah RM38 sebulan atau one time dengan jumlah yang besar. Kan dah jadi tak ikhlas dah...

Rasanya saya lagi suka dengan cara klasik yang hanya meletakkan tabung derma di kaunter supermarket. Biarlah orang derma RM1 pun, yang penting orang tak rasa terpaksa.

Sebelum saya beredar, saya minta la brosur dari mereka untuk reference. Boleh pula dia kata tak ada brosur disediakan sebab nak sokong kempen selamatkan hutan. But just now dia kata kalau derma RM38, mereka akan bagi senaskhah majalah. So... adakah majalah tu bukan menggunakan paper? Why they can't upload all the information and articles in website only? Kata tak nak guna paper? For me.... RM38 tu lebih kepada kita melanggan majalah sahaja.

Saya seorang yang cintakan alam sekitar dan haiwan. Tapi dengan kaedah begini, saya kurang bersetuju. Lagipun, lelaki yang sapa saya kat airport tu bukanlah local Sabahan. Mereka tak promote sekali, tetapi boleh dikatakan beberapa kali dah saya nampak booth mereka didirikan di lokasi yang sama sepanjang beberapa bulan ni.

Bukan sahaja berlaku di Sabah, malah di negeri lain. Sewaktu saya ke Johor hari tu juga terkena benda yang sama. Malah si tukang promote tu lagi agresif. Tak boleh nak bagi orang privasi langsung. Bayangkan... saya baru touch down, dah mereka menyergah saya!

Bagi saya, kalau kita mahu berbuat sesuatu perkara itu, kita sendiri yang akan datang ke tempat mereka. Tak perlu mereka bersusah payah nak promote bagai, tapi sebenarnya tujuan mereka satu sahaja... nak minta sponsor a.k.a derma. Iyalah. Orang pun ada komitmen lain. Tiap bulan kena bayar rumah, hutang kereta atau loan, datang pula nak minta sponsor tiap bulan. That's why I prefer donate one time only.

I heard much news about our forests getting thin, elephants and tigers are killed etc. Every year! (klik sini atau sini). I just can't believe they using this kind of tactic. I support this organization... but please, change the way you approach people.

Jumaat, 20 November 2015

Resepi Sayur Kubis Tumis Simple

Antara resepi sayur yang paling senang nak masak adalah kubis tumis.

Bahan-bahan:
  • Sayur kubis yang dah potong halus
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula pasir
  • Sos tiram
  • 2 ulas bawang putih yang dicincang
  • 1 ulas bawang merah yang dicincang 

Cara-caranya:
  • Tumiskan bawang putih dan merah ke dalam kuali beserta sedikit minyak
  • Masukkan kubis
  • Campurkan sedikit garam, gula pasir dan sos tiram.
  • Kalau nak bagi sedap sikit, boleh campurkan sedikit kicap. Tak nak pun tak apa. 
  • Bila sayur dah nampak layu, tutupkan api.
  • Untuk mengekalkan kerangupan sayur, lepas api dapur ditutup, jangan terus tutup kuali dengan penutup. Biarkan wap panas keluar terlebih dahulu.

Study Nature, Love Nature, Close to Nature

Tiap petang mesti hujan turun. Ada hari yang hujannya turun sekejap saja, ada yang turun lama sehingga banjir. Tapi syukur alhamdulillah.... tak perlu nak siram bunga lagi. Tumbuh-tumbuhan menjadi segar kembali dan cuaca pun taklah rasa panas.

Ada sekali tu nak balik office lepas keluar lunch, ntah tiba-tiba rasa nak mendongak ke atas tengok awan. Yalah.... macam mendung semacam. Sekali tengok betul-betul, cam cantik pula awan masa tu. Jadi saya pun sempat la amik dua tiga snap gambar. Cam ngeri pun ada juga sebab tengok sekali imbas, gaya tornado pun ada. Syukurlah tak ada apa yang berlaku sebenarnya. Cuba tengok gambar kat bawah ni:

Cantik tapi dalam masa yang sama menakutkan juga


Jika diperhatikan betul-betul, sebenarnya awan berpusar tu ada dua. Cuba tengok kiri dan kanan gambar ni.

Dah duduk balik dalam office, tengah buat kerja tu... terdetik dalam hati ingin tengok pemandangan sunset yang paling cantik dan unik. Maka termakbul la doa saya kerana pada keesokan harinya, sunset begitu cantik... cantik! Cantik!

Tenang saja bila tengok pemandangan ni. Gambar diambil dari tingkap office saya. Perasan tak awan yang kat tengah tu? Macam peta negeri Sabah pun ada. Mula-mula tak perasan, tapi bila post dalam Facebook, ada kawan yang perasan. Masa ni suasana warna jingga. Punyalah cantik. Tak tau macam mana nak cakap lagi. 

Kadang-kala kita terlalu sibuk dengan kehidupan seharian kita sehingga tak ada masa nak menghayati keindahan alam. Saya bertuah dapat bekerja di UMS kerana pemandangan sekitar yang sungguh cantik. Tengok sebelah kiri ada laut yang biru. Tengok sebelah kanan nampak Gunung Kinabalu yang tersergam indah. Kalau ikut feng shui, memang baik punyalah. 

Kita di Malaysia beruntung kerana masih mempunyai hutan belantara yang dipelihara, binatang yang unik seperti Orang Utan dan Proboscis Monkey a.k.a Bayau. Kalau boleh janganlah musnahkan alam pemandangan yang indah sebegini. Jika bukan kita, siapa lagi yang akan menjaganya?

Kumpul Duit : Tabung Pi Oversea

Oleh kerana tahun hadapan dah ada plan nak ke luar negara lagi, jadi persediaan tu perlu ada juga. Kalau tak ada duit macam mana nak pergi.

Yang ni bukan official visit tapi lebih kepada sendiri punya plan la. Now everyone can fly maa... Just
grab cheap flight ticket at Air Asia, jangan lupa renew passport di UTC.... lepas tu dah okay dah. Second stage, cari hotel berkualiti tapi dengan harga yang murah serta dekat dengan kemudahan, then Google out tempat menarik yang perlu dilawati. 

Tapi yang paling penting adalah, mesti ada duit. Nanti tak boleh nak shopping atau bayar tambang pula. Kad kredit mesti standby juga in case kalau ada apa-apa perkara berlaku. Baiklah. Currency pun tak berapa baik masa ni. Kena kumpul duit lebih sikit. Menabung at least RM1 pun dah okay. Tujuan saya mengumpul duit dalam tabung ni (sebenarnya adalah kole.... bukan tabung betul), nak buat backup untuk belanja di sana nanti. Terpulang la berapa ringgit nanti saya dapat kumpul, tu la yang akan digunakan bila disana nanti. Of course la ada backup duit lain.... tapi kalau dapat pakai duit yang ni saja lagi best. ^^ 

Seronok travel ni. Tengok culture dan life orang lain yang berbeza dari negara kita. Bila lagi nak travel kalau bukan di waktu sekarang. :-) Jangan lupa belajar bahasa asing! Sangat berguna tau.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Isnin, 16 November 2015

Ariana Grande : I ♡

Mula-mula dengar nama Ariana Grande masa dia keluar dalam lagu Greyson Chance, Unfriend You. Masa tu tahun 2011 kalau tak salah. Tengok video klip tu, suka sangat tengok rambut dia warna merah. Selidik punya selidik, rupanya nama gadis ini adalah Ariana Grande. 

Ni adalah video klip Greyson Chance, Unfriend You. 



Lama kelamaan populariti Ariana Grande semakin naik. Ditambah pula dengan imej baharu yang lebih catchy, saya pun start follow Ariana Grande. Honestly suka tengok imej Ariana yang baharu. Her hair is sooooo beautiful.♡_♡. Imej baharu ni juga nampaknya Ariana semakin slim dan seksi. ♡_♡


Ini Ariana sebelum transformation. Tetap cute

Greyson Chance dan Ariana Grande dalam video clip Unfriend You
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Saya suka imej Ariana yang baharu. Dan saya suka tengok cat ears tu! 

Promotion untuk lagu 'Focus' - Lagu terbaharu Ariana Grande

I adore her makeup too

This one sangat cantik. I love her hair

Hair!

She is young, rich and talented
-
-
-
-
-
-
-
Kononnya nak tiru mekap Ariana. Tapi tak jadi... bweeekkk!!!

Ahad, 15 November 2015

Review : Good Virtues Co. Shower Cream

Oleh kerana packaging nya yang menarik perhatian, dengan senang hati saya pun beli shower cream Radiant & Renewing keluaran Good Virtues Co. 

Barangan Good Virtues Co. boleh didapati di Watsons dan mana-mana kedai terpilih. Untuk shower cream 500ml (seperti di dalam gambar), harga adalah RM7+. Shower cream ini juga terdapat dalam pilihan lain. Good Virtues Co. adalah produk keluaran Malaysia dan mendapat pengesahan sijil halal dari JAKIM. 

Apa yang best mengenai shower cream ini adalah ia menggunakan minyak habbatus sauda (organic black seed oil). Hanya gunakan sedikit sahaja cecair mandian ini dah memadai kerana ia berbuih dengan banyak. Wangiannya seperti bau habbatus sauda (macam bau herba pun ada juga). Dan wangian itu akan tetap kekal bersama kita selepas mandi. 

Kulit saya sensitif kepada produk yang mengandungi kimia, dan ternyata produk Good Virtues Co. sesuai untuk saya! Kulit juga akan menjadi lebih lembut setelah menggunakan shower cream ini.

Produk ini tidak pernah diuji kepada haiwan. I respect that!

Upgrade!

Yes! Finally I can get more benefits from Enrich. Thanks! I love it! For those who always travel by Malaysia Airlines but still have not apply the Enrich card, better get it now! Collect the points and you can redeem free tickets, get an extra luggage weight availability and many more.

(This entry is nothing but my scribe before I go to bed).

14th November : Happy Birthday to my sister in law! This time I give her a Very Sexy Shade Makeup and a body mist from Victoria's Secret. I think the makeup suits her because the colors are lovely, compact and I know she loves makeup. ♡_♡

By the way, the trip to Kuala Lumpur this time is awesome. Nice weather (less haze), beautiful view from my bed, the hotel upgraded me to Premier room, I had my dinner at Japanese Restaurant at KLGCC with Tun, I met with the Royal's family... last but not least, the meetings are successfully done. ^^

2015 is almost reach its end. Have you already fulfill your resolutions? :-)

View from my room ♡♡

Meeting with Dato' Seri Abu Hassan and the other officers from Yayasan Kebajikan Negara. (One more meeting at the afternoon - no picture-)

Before I went to KL, we had meeting with Agensi Nuklear Malaysia.

Japanese Green Tea ice cream with beans. Yum!

View from KLGCC (Kuala Lumpur Golf & Country Club). Many national and international tournaments held here.

Sabtu, 14 November 2015

Singgah Makan di The Loaf

Sayangnya The Loaf belum ada di Sabah lagi. But I am sure akan buka juga suatu hari nanti. ;-)

Okay. So tadi lepas meeting, singgah kejap makan di The Loaf. Oleh kerana 'restoran sebelah' sangat tak nice sebab dah duduk sejam tak pandai sampai makanan, lastly tak nak bayar makanan tu. Bayar minuman saja. Memang tak nak singgah lagi restoran tu. Grrrrr..!

Ok by the way. Petang tu nak kejar lagi meeting jam 3.30PM. Tengah kelaparan tu singgah kat The Loaf. Tak rugilah. Service pun cepat. Menu kali ni adalah Authentic Laksa Utara (agak pedas bagi saya), Chicken Wings dan minum Apple Mint. Kepada pengunjung The Loaf, kena try this beverage.

The best things about The Loaf adalah bread yang empuk dan sedap. And this restaurant is owned by Tun M. Hye! Siapa yang tak kenal Tun M kan? I am a fan of him. He is a close friend of Tun. I follow his blog. I met him twice. For an ordinary person like me, mestilah rasa teruja. ^^♡

Jangan tak try The Loaf!

Bread with love

Buku menu macam surat khabar

Applemint ♡♡♡

Chicken wings. Oh yeah