Sabtu, 10 Oktober 2015

Wonderful Heilongjiang, Harbin

Start dari 24 September tu saya memang dah tak ada kat rumah. Terbang ke Penang. Then 27 September terus terbang ke Kuala Lumpur dan terus ke China.

Tujuan utama ke China adalah tugasan rasmi bersama rakan-rakan sekerja yang lain. Tapi tak nak cerita yang tu. Just share sedikit gambar masa bertugas di China :-)

Semasa pelancaran UMS Satellite Office di Harbin

Pengerusi LPU menyampaikan keynote address berkenaan Halal Food

Kunjungan ke Harbin No 10 Senior High School, antara sekolah terfamous di Harbin

Rakyat China terkenal dengan kerajinan, kreativiti dan kebijaksanaan mereka. Kumpulan koir ini mempersembahkan lagu Rasa Sayang (dalam Bahasa Melayu).

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Okay.

Yang nak dicerita ni kenangan semasa di Harbin, China. Selepas bertugas, boleh la berehat sambil menikmati keindahan bandar di wilayah Heilongjiang. Heilongjiang mempunyai sebuah bandar yang sangat cantik! Suhu tentulah sejuk, lebih-lebih lagi kalau di musim sejuk. Oleh kerana Harbin terletak berdekatan dengan Rusia, maka pengaruh Rusia cukup kuat. Boleh dapati banyak barang-barang berunsur keRusiaan di Harbin. 

Walaubagaimanapun, kami pergi ke Harbin sewaktu musim luruh. Jadi baju-baju yang dijual tentunya yang berasaskan winter collection. Tak ada harapan nak beli t-shirt la. Makanan pula... sedap! Boleh cari yang Halal. Masakan yang paling famous adalah sayur-sayuran seperti cendawan dan kacang panjang serta daging kambing (panas).

Oleh kerana currency Malaysian Ringgit tak berapa bagus masa ni, jadi kena jimat sikit la. Nak membeli banyak sangat pun tak boleh juga. Nanti tak muat beg. Lagipun saya berada lama di China, jadi kena consider ruangan dalam lugage. HaHaHa.
Nak share gambar sikit.

 Pose di hadapan statue dan willow tree

 Saya sukakan bandar Heilongjiang dan berharap untuk pergi ke sini lagi di masa akan datang
Promosi : Coat from Going Places. Price RM499


 Masa ni suhu adalah 5 degree Celsius. Kami dah telan ais-krim dan sekarang nak minum Coca Cola ais lagi. Yaikks!

 Betapa sejuknya dalam Muzium Ais ni. Tangan hampir nak beku dah.



Bergambar di hadapan St. Sophia Cathedral di Harbin. Kalau ke Harbin, tak sah kalau tak melawat di sini kerana bangunan ini sangat cantik


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!