Rabu, 14 Oktober 2015

Wet Wipes for Cat and Dog

Kucing saya, Si Hitam ni suka memburu. Boleh dikatakan tiap hari mesti dapat mangsa. Kalau bukan tikus, mungkin akan dapat cicak atau lipas. Lebih-lebih lagi, kucing hitam bewarna gelap dan memudahkan mereka untuk lebih berjaya dalam aktiviti memburu berbanding kucing bewarna lain.

Selain suka memburu, Si Hitam juga sangat aktif. Suka bermain dan berkeliaran di kawasan jiran. Saya tak akan mandikan kucing ni setiap minggu. Jika terlalu kotor barulah saya akan mandikan Si Hitam. Tapi saya suka bawa kucing saya masuk ke dalam rumah.

Ya. Kucing tahu membersihkan diri sendiri. Tapi kita still concern tentang berapa banyak sebanyak mana kebersihan tersebut telah dicapai. Oleh kerana itu, kami pun pergi beli Wet Wipes khas untuk anjing dan kucing. Tak mahal. Beli kat kedai Daiso di 1Borneo, baru RM5.30 (termasuk GST) sahaja. Satu pek mengandungi 70 helai wipes dan disertakan perisa pudina.

Kegunaan wet wipes ini tentulah untuk menjaga kebersihan binatang peliharaan anda. Lapkan di tangan, kaki, badan, muka dan gigi. Wet wipes ini juga tidak memudaratkan kesihatan dan terdiri dari bahan-bahan neutral.

Setiap kali Si Hitam balik dari merayau, saya akan gunakan wet wipes ini terlebih dahulu sebelum kucing ni masuk ke rumah.

Thank you wet wipes :-) ♡

I like this product. Thumbs up!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!