Isnin, 5 Oktober 2015

Scribe in the Bullet Train

Kalau post ni dah boleh dibaca umum... maknanya masa ni saya dah berada di Malaysia...
Dalam Bullet Train.... 296KM/h...

Jauh lagi perjalanan. Enam jam lebih duduk dalam keretapi tapi tak bosan. Pemandangan di luar banyak pokok hijau, tanaman dan ladang. Sambil makan sandwhich sayur segar, sedikit manisan dan minum mini Coca Cola, cukuplah kot untuk sampai ke destinasi.

Seminggu lebih berada di negara orang, ada beberapa tempat dah di explore. Tengok kehidupan orang, merasa makanan mereka, melihat bangunan bersejarah, bertutur dalam bahasa mereka dan lain-lain. Seronok!

Tapi rindu juga nak balik Malaysia. Nak bermain dengan Si Hitam. Bagaimana keadaan di rumah ek? Harap semuanya okay.

Oh ya. Negara ni banyak website yang kena block. Contohnya Facebook, Google, Blogspot, Wordpress, Youtube, Instagram dan lain-lain. Jadi tak boleh nak update sangatlah. Mereka ada website mereka sendiri. Kalau Facebook tu ganti dengan Weibo. Saya tak ada akaun Weibo, jadi tak dapat buat apa-apalah. Tapi kalau ada special access, tak jadi masalah. Boleh buka Google semua tu. Cuma kalau roaming memanglah mahal. Lebih baik tunggu Wi-Fi lagi bagus.

Nanti di next page saya cerita sedikit kenangan saya semasa di sini.

Kalau di ingat balik, macam jauh pula perjalanan kali ni. Dari pulau sampailah ke central city. Sampailah ke atas dekat sempadan... then turun ke bawah... sehingga naik ke tengah balik. Phew. Tak tau berapa ribu batu dah berjalan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!