Isnin, 12 Oktober 2015

Psychopath? Atau Hanya Sakit Hati?

Oleh kerana minat sangat dengan channel Crime Investigation (CI), di Astro... maka dengan sukacitanya melanggan tiap bulan (bertambahlah bil langganan). Totally tiap hari kalau ada masa di rumah, mesti akan tengok channel CI.

Channel ni dokumentari khusus menceritakan kes pembunuhan, kehidupan di dalam penjara, kes-kes penyeludupan dadah, pengalaman menakutkan yang pernah dialami serta pelbagai lagi kisah yang sewaktu dengannya. Tak kurang juga kisah berkenaan psikopat (psychopath).

Wow! Orang sebeginilah yang paling merbahaya sebenarnya. Tak ada belas kasihan, tak ada rasa bersalah dan kita tak akan dapat mengetahui seorang psikopat secara langsung kerana dari segi luaran, mereka juga sama seperti orang lain. Psikopat juga berbeza dari gila kerana mereka sedar akan perbuatan mereka.

Terkenang dengan orang yang koyakkan kain yang sepatutnya menjadi hadiah pemberian kepada saya dari seorang kawan. Koyakkan dengan menggunakan gunting. Bayangkan muka dia masa tengah menggunting kain tersebut. Bayangkan seperti watak filem seriel killer, yang melakukannya dengan bersungguh-sungguh tanpa belas kasihan. Well.... adakah dia boleh dikategorikan sebagai psikopat? Who knows... tanpa rasa bersalah, sedar akan perbuatannya dan tak ada belas kasihan. Just another cerita lama tapi bila difikirkan... macam lucu pun ada dengan kewujudan 'psikopat' a.k.a just jealous' tersebut.

Psikopat boleh jadi sangat merbahaya, lebih-lebih lagi apabila keadaan telah berlarutan terlalu lama. Saya tak pasti kalau saya pernah berjumpa dengan seorang psikopat tetapi pengalaman itu agak menakutkan. Until now saya tak sure siapakah individu tersebut tapi dia agak menganggu... terutama di dalam alam maya.

Biasalah masa belajar dulu kalau Facebook tu, asal ada yang request friend mesti saya add. Tiba-tiba adalah seorang ni add saya. Agak ragu-ragu juga sebab tak ada mutual friend tapi hentam la. Add saja. Bila tengok balik... dah la tak ada mutual friend, lepas tu FB dia pun macam fake sebab tak ramai friend + gambar pun macam ganjil semacam. Lastly saya tanya siapa dia dan bagaimana dia boleh cari saya sedangkan dia tak ada mutual friend dengan saya. Dia kata dia nak jadi friend dengan saya. So saya okaylah. Tak lama lepas tu, semua post dalam FB dia sangatlah negative dan berbau sindiran. Kadang-kala seperti merujuk kepada saya. Ntah. Macam-macam la dia kata.

Nampak menakutkan, saya pun terus delete dan block orang tu. Dah block, wujud lagi satu FB yang sama juga... tak ada mutual friend datang pergi add saya. Kali ni saya dah tak approve lagi sebab nampak macam fake profile juga. Tak lama selepas itu, wujud lagi satu profile yang lebih kurang sama spesis. Pun saya tak approve.

Perhaps just orang yang sakit hati, but saya tak kenal siapa dia dan saya tak ada cari masalah dengan dia. Kalau kata nak be friend, sebutlah perkara yang baik-baik. Bukannya berbuat perkara yang kurang enak.

Ok. Bound to Labuan. Bye :-)

Source www.ipredator.org

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!