Rabu, 28 Oktober 2015

Psycho Girlfriend / Boyfriend Punya Cerita - Part 2

Sekali lagi nak share cerita yang pernah berlaku sebelum ini. Tak ada niat nak memburukkan sesiapa, tapi lebih kepada berkongsi cerita kepada anda semua.

Tajuknya sesuai diletakkan 'lelaki jujur yang dipermainkan'. Pengalaman ini terjadi kepada kawan saya yang bernama Daniel (bukan nama sebenar) dan teman wanitanya (kini adalah ex) yang bernama Fariza (juga bukan nama sebenar). Cerita ini diceritakan sendiri oleh Daniel kepada saya...

Mereka couple ni agak lama juga. Daniel mengusahakan bisnes keluarga manakala Fariza dari sekolah terus menyambung pelajaran peringkat sijil di sebuah institusi tempatan. Daniel seorang yang amat pemurah, baik tetapi juga mudah ditipu. Dia suka kat Fariza ni sebab Fazira seorang yang cantik, tinggi lampai, langsing, putih melepak etc. Memang sepadan dengan Daniel.

Di awal perkenalan... semuanya baik-baik belaka. Tetapi lama kelamaan, Fariza semakin menunjukkan sifat sebenarnya. Asal jalan, nak minta beli itu ini. Sehinggakan... Fariza bawa satu keluarga dan minta Daniel belanja apa yang mereka mahukan. Daniel masih tidak sedar... Masih sukakan Fariza.

Birthday Fariza, Daniel belikan rantai emas. Tak lama lepas tu, Fariza kata rantai tu hilang. Rupanya digadai! Oleh kerana Fariza sambung belajar, Daniel belikan laptop untuk Fariza untuk buat assignment. Rosak begitu sahaja Tambahan pula, Daniel bayarkan sewa rumah Fariza setiap bulan. Keluarga Fariza sebenarnya bukanlah orang yang senang. Rumah kat kampung biasa sahaja. Rumah papan, kecil. Tapi tak tau kenapa... Daniel ikutkan semua kemahuan mereka. Sampai... keluarga Fariza berani pinjam duit dengan Daniel. Tak cukup dengan tu, mereka suruh pula Daniel repair dan cat rumah mereka. Ntah-ntah Daniel ni dah kena guna-guna kot.

Suatu hari Fariza nak ke Kuala Lumpur nak berjalan-jalan. Tapi dia kata tak ada duit dan minta duit kat Daniel. Daniel ni pun satu. Siap boleh bagi kad ATM kat Fariza in case kalau perlu. Sampai begitu sekali dipermainkan pun belum sedar lagi. Heeeiisshhh!

Fariza suka pakai seksi. Pakai hot pants, spagetti strap dan lain-lain. Daniel tegur, tapi dimaki hamun balik oleh Fariza. Di satu semester Fariza praktikal di sebuah agensi. Daniel yang tolong hantar setiap hari. Tapi bila kawan-kawan kat tempat praktikal tanya siapa yang hantar tu... Fariza kata cousin saja. Lepas tu cerita terbongkar sebab kat tempat praktikal tu ada saudara Daniel juga. Daniel dah mula sangsi tapi masih tahan hati lagi.

Yang paling teruk sekali bila Fariza selalu pinjam kereta Daniel. Dah pinjam kereta, bawa pula lelaki lain. Kawan-kawan Daniel nampak, lalu reportkan hal ni. Sebagai tambahan... Daniel pernah accident dan koma beberapa hari gara-gara ada orang mabuk langgar dia. Fariza ada datang melawat, tapi ayah Daniel tak suka Fariza datang.

Mereka pernah break up tapi sambung balik setelah keluarga Fariza pujuk. Kalaulah saya jadi Daniel, tak naklah saya couple dengan perempuan begitu. Dah la kuat maki hamun, suka kikis duit lagi.

Kemuncak cerita bila Fariza minta belikan kereta Suzuki Swift. Daniel kata kereta tu mahal sangat, jadi dia belikan kereta MyVi (kan lebih kurang saja rupa bentuk). Sukalah Fariza ada kereta. Boleh bawa jalan-jalan. Suatu hari nampak kereta tu parking di sebuah hotel. Bila teliti betul-betul, rupanya Fariza ada lelaki lain. Daniel siap terjumpa resit penginapan di kereta Fariza. Terus break up on the spot. Kereta tu Daniel nak tarik balik. Tapi Fariza tak nak bagi. Kes ni sampai bawa ke balai polis. Akhirnya Daniel berjaya amik balik kereta tu.

Dah break up dan dapat kembali kereta, terus tukar kunci starter kereta. Habis duit dalam seribu lebih juga nak tukar. Lepas tu Daniel dah tak berhubung dengan Fariza lagi.

Cerita tu berlalu begitu sahaja. Sehingga la suatu hari kawan saya pergi add Fariza dalam Facebook. Ntah la... tapi dalam Facebook tu Fariza suka keluarkan post yang negatif. Saya dok usha sekaki. Memang lawa si Fariza ni. Tapi spoil dengan status postnya yang annoying. Sehingga la suatu hari tu Fariza post cerita pasal si kaki kikis. Kawan saya ni pun bengong juga. Dia pergi reply kata 'bagaimana pula dengan perempuan yang minta belikan kereta kat boyfriend. Tu kira kaki kikis juga ke?' Terus melenting tak tentu pasal si Fariza ni. Terasa la tu.

Fariza dah kahwin sekarang. Ada orang datang meminang dia dengan hantaran RM10k. Yalah. Dulu RM10k tu kira banyak. Terus accept pinangan. Ada saudara mara Fariza yang saya kenal. Rata-rata tak berapa suka keluarga mereka. Kata Fariza 'biar tak handsome tapi hati baik'. Tapi kata orang lain 'biar tak handsome tapi duit banyak'. Sekarang Fariza kerja kat sebuah agensi tempat dia praktikal dulu. Dan dia kerja kat bahagian kaunter. Daniel? Ada kerja tetap dan di samping tu masih membantu keluarga menguruskan bisnes.

Bagi saya... Daniel adalah orang yang sangat baik.

Moral of the story... elakkan pisau cukur sebegini rupanya. Kerana mereka akan mencukur sehingga rambut si lelaki botak. Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!