Khamis, 29 Oktober 2015

Jom Makan Makanan Sihat

Sekarang tengah tengok channel EVE, cerita berkenaan Cyber Stalkers. (Sambil taip blog).

Perasan tak petang-petang orang ramai buat aktiviti berbasikal? Atau jogging? Atau ber Zumba? Makanan dan minuman pun dah banyak yang 'less sweet', 'tanpa gula' dan sebagainya. Banyak juga kempen-kempen seperti 'merokok membahayakan kesihatan' telah dianjurkan. 

Masyarakat kini semakin mementingkan kesihatan dan peduli tentang bahayanya penyakit seperti kencing manis dan diabetes. Maklumat boleh didapati hanya di hujung jari sahaja dan berada di mana-mana. Oleh itu, secara tidak langsung ia membantu meningkatkan tahap kesedaran semakin di kalangan kita. Lagipun, aktiviti kesihatan juga menjadi trend masyarakat tak kira tua atau muda.

Yaaa.... sukar untuk melepaskan ayam goreng, burger dan Coca Cola, tapi cuba kurangkan dan gantikan dengan makanan yang lebih sihat dan neutral. Boleh.. jangan kata tak boleh. :-)

Berat saya menurun kerana perubahan diet pemakanan. Banyakkan makan buah-buahan segar. Kalau makan malam, mesti ada ulam-ulaman disertakan sebagai penambah selera. 

Jadi baru-baru ni saya try minum Wheatgrass juice. Sebelum ni pun pernah minum juga tapi tak ingat bagaimana rasanya. Oldtown White Coffee ada menyediakan minuman ini yang ditambah dengan madu. Harga RM7.20. Walaupun rasanya tak berapa best (macam rasa sayur kangkung yang kena blend!!), tapi khasiat jus ini sangat banyak.

Salah satu makanan yang paling simple tanpa minyak adalah mihun sup ikan. Kedai paling famos tentulah di Kedai Kopi Wan Wan. Tapi kedai lain seperti Kedai Kopi Ocean King atau Sabah Keratang juga menyediakan menu yang sama. Selain isi ikan, boleh juga kalau nak tambah fishcake, fish maw dan sebagainya. Tomyam juga available kalau tak nak minum sup ini.

Banyak lagi makanan sihat yang lain yang boleh dicuba. Kurangkan berminyak, garam atau gula dalam pemakanan juga penting untuk hidup yang sihat. :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!