Khamis, 8 Oktober 2015

Feeling Young ♡_♡

Terima kasih untuk sambutan hari lahir yang sangat istimewa pada tahun ini ♡ Thank you! Thank you! Thank you!

Tak sangka Ayoi kahwin jatuh pada tarikh yang sama dengan tarikh lahir saya. Jauh terbang dari Sabah ke Penang, semata-mata nak tengok keluarga melangsungkan perkahwinan. Dan yang bestnya, saya juga turut diraikan. ♡_♡

Bayangkan time tu tengah duduk selfie dengan kazen, tiba-tiba pula nama saya kena announce suh naik atas pentas pula. Then siap ada kek lagi. ♡_♡ wow! Happynya. Bertuah dapat ahli keluarga yang supporting. (FYI - Acara diadakan selepas habis majlis kahwin).

Terima kasih kepada yang wish saya happy birthday. Terima kasih kepada yang memberi hadiah. Terima kasih untuk kek yang nyam nyam nyam!

Tak lupa juga.... tahniah Ayoi (cousin Hafiz) selamat bergelar isteri kepada Hamdi. Semoga berbahagia hingga ke Jannah. Amin....
-
-
-
-
-
-
Sedikit story pasal umur ni. Heh! Diakui saya tak begitu muda lagi. Walaupun belum masuk three series, tapi dah nak dekat dah. >.< Tapi yang bestnya, selalu disalah tafsir umur jauh lebih muda dari realiti. Hehehe.


Kengkadang best juga kalau kena panggil 'adik', padahal kalau tengok... orang yang panggil tu lagi muda dari kita. Lepas tu ada yang teka umur kita baru awal 20-an. Tu lagi best. Syukur la.... masih nampak muda. Phewww! HeHeHe...

Ada advantages and disadvantages kalau muka masih muda ni. Antara kebaikannya, perasaan gembira. Feeling young. Tu salah satunya la. Kedua... boleh menyamar jadi anak bos. Wahahahahaha! Tak ada la. Okay... keburukan pula, ada la sesetengah budak-budak muda yang sukahati boleh bersiul (mengorat) kat kita. Sangatlah tak sedar umur tu baru setahun jagung. Mungkin mereka ingat kita ni baru umur-umur mereka kot. 

Okaylah. Share sikit gambar masa di perkahwinan Ayoi @ Nurul di Penang.

Me and mother and sis in law.


Officially meningkat umur

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!