Isnin, 5 Oktober 2015

Cara Menghilangkan Bosan Menunggu di Airport

Kepada yang rajin travel, kengkadang tersampai awal ke airport. Atau yang flight transit lagi lenguh menunggu kan? Mesti rasa tak best kerana betapa bosannya keadaan airport, lebih-lebih lagi dengan aircond yang sejuk.

Ada beberapa tips yang anda boleh ikut bagi menghilangkan keboringan yang sedia ada.

1. Makan di Restoran
Order la apa-apa makanan dan makanlah perlahan-lahan. Bukan sahaja boleh menikmati makanan, malah boleh menghabiskan masa untuk menunggu di airport.


2. Smartphone
Selain itu, kegunaan smartphone pada masa kini amatlah penting. Kalau boring, carilah teman untuk ber Whattsap. Selain dari itu boleh juga buka Facebook, WeChat dan sebagainya bagi menghilangkan bosan yang sedia ada. Menulis blog menggunakan aplikasi mobile juga boleh dicuba jika keboringan tidak dapat diatasi. Kalau nak gabung tips nombor 1 bersama tips nombor 2 pun tak ada masalah.


3. Kerusi Urut
Lagi banyak duit dimasukkan ke mesin kerusi urut, lagi baik. RM10 boleh urut selama 30 minit. Kalau RM20 dah boleh urut selama satu jam. Alangkah bestnya sambil duduk di kerusi urut, sambil berehat menenangkan fikiran menunggu kapal terbang yang belum kunjung tiba.


4. Walk Around
Lapangan terbang biasanya dipenuhi oleh kedai yang menjual barang-barang termasuk tang duty free. Jalanlah sekeliling airport dan tinjaulah kedai-kedai yang ada. Contohnya di KLIA1, boleh terus singgah KLIA2 yang terletak tak jauh juga.


5. Golden Lounge
Bagi yang mempunyai tiket kelas bisnes, anda boleh mengunjungi Golden Lounge. Lepaklah sepuasnya di sana sambil menikmati makanan yang disediakan oleh crew airport.


6. Tidur
Kalau tak tau lagi apa nak buat, tidur sahajalah. Boleh tumpang di surau atau carilah port yang selesa (contoh : di kerusi yang tersorok sedikit) untuk tidur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!