Sabtu, 17 Oktober 2015

Beijing, I Love

Skip cerita pasal kerja. Nak cerita masa chill time sahaja. ^^♡

Capital of Beijing sangat besar, bangunannya sangat berseni dan penduduknya ramai! Sempat melawat sekitar Beijing (walaupun tak pergi The Great Wall of China sebab jauh dari bandar). Hari ketika berada di Beijing jatuh pada 1 Oktober 2015. Masa tu rakyat China tengah menyambut National Day dan bercuti selama seminggu. Apa lagi.... punyalah ramai orang! Untuk para pelancong, not recommended untuk melawat China ketika musim mereka cuti. Nak masuk ke tempat pelancongan pun kena baris panjang sepanjang panjangnya. Sana sini ramai orang. Phew! Kalau pergi area street ala-ala Gaya Street atau Jalan Masjid India gitu, bersesak-sesak!. Kami bernasib baik kerana kereta dapat special access boleh masuk ke jalan yang ditutup. Jadi senang sikit nak parking. Thank you Dr. Rozie dan Encik Aziz kerana banyak membantu kami ketika di Beijing. ^^ ♡Happy!

China mempunyai 1.6 billion penduduk. Bayangkan punyalah ramai orang ketika itu. Memang ramai yang keluar melancong ke luar negara, tetapi bayangkan jumlah orang yang masih berada di dalam negara?

By the way, semua itu tak menghalang kami pergi berjalan-jalan di sekitar Beijing. Seronok! Dengan cuaca lagi yang berangin dan sejuk, tak rasa penat pun berjalan kaki.

Saya pun dah praktis Bahasa Mandarin. Syukur kerana banyak membantu ketika berada di China. Orang China tak ramai yang tahu berbahasa Inggeris. Jadi Bahasa Mandarin itu sangat penting untuk dipelajari.

Sedikit tips jika nak ke China. 
  1. Lighter dan benda-benda lain yang tajam dan merbahaya tak boleh masuk dalam kargo kapal dan dilarang sama sekali (jika ada benda tak patut masa masukkan lugage ke dalam kargo, penggera akan berbunyi). Juga tak boleh bawa handcarry. Jadi siapa ada benda-benda tu memang kena suruh keluarkan.
  2. Kalau di airport, powerbank dan payung mesti akan kena check punya ketika berada di kaunter pemeriksaan.
  3. Try to learn basic Mandarin sebab orang China tak ramai boleh cakap Inggeris. At least boleh hafal ni hao (hai), xie xie (terima kasih), dui bu qi (minta maaf), wo bu ming bai (saya tak faham), duo shao qian ne (berapa ni?) pun dah okay. 
  4. Sediakan tisu banyak sebab restoran di China tak ada ready tisu. Kena beli.
  5. Sediakan juga tisu basah atau botol kosong yang kecil dalam beg sebab tandas di China tak ada paip untuk basuh. Malah, toilet juga ada yang berkongsi lelaki dan perempuan.
  6. Beware of pick pocket! Pastikan beg silang anda diletakkan di depan dan berhati-hati ketika berjalan.
  7. Nak menyeberang kena extra careful sebab orang China punya jalan raya pelik sikit. Lampu merah pun ada lagi yang jalan. Nak menyeberang, tiba-tiba ada kereta ntah dari mana keluar secara tiba-tiba. Dan mereka boleh u-turn secara sesuka hati. Pemandu di sana juga suka bunyikan horn (tapi bukan sebab marah. Lebih kepada 'tolong berikan laluan' atau 'oopsss! Jangan sampai terlanggar').
  8. Barangan branded seperti Chanel, kasut Clarks etc atau barang kemas wanita seperti diamond sangat mahal di China. Mereka juga akan beli barang-barang ni di luar negara kerana lebih murah. Kasut Bata pun mahal kat sana. -_-
  9. Ada yang suka cakap kuat-kuat tapi tak bermakna mereka marah. Memang budayanya begitu. Kalau di restoran, lagi kuat mereka bercakap... tu menunjukkan mereka lagi gembira. Kalau nak yam seng minuman tu, cakap kuat-kuat. (Pas tu gelak kuat).
  10. Nak cari makanan halal  boleh ke bahagian muslim area. Kalau di Beijing, signboard restoran halal biasanya ada warna kehijauan dan sometimes staf akan pakai ketayap atau tudung.
  11. Kalau nak beli barang, tawar penjual tu gila-gila. Contohnya fridge magnet tu harga ¥35, tawar jadi ¥10. Kalau dia tak nak kurang, blah dari sana. Mesti dia panggil balik. Ataupun kalau harga baju tu ¥50, nanti cakaplah kita beli di kedai lain boleh dapat ¥25 sahaja. Mesti sales person tu akan timbang-timbang balik harga kat kita. 
  12. Di China, belanjakan wang ¥1, ¥5, ¥10, ¥20, ¥50 sebab kalau dah balik Malaysia tak laku nak tukar balik kepada RM. Kiranya tak kena terima dah. Yang kena terima tukar balik adalah ¥100 ke atas.

Share gambar dulu.

Ini adalah Masjid Niu Jie, masjid tertua di Beijing. Dibina pada tahun 996 tapi masih cantik terpelihara.

In addition : Semasa tugasan rasmi, sempat bergambar bersama Datuk Mary Yap, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia. She is a very down to earth dan lovely person. ♡

Ada pelbagai jenis jeruk yang dijual di supermarket Niu Jie. Kalau ke China jangan lupa melawat supermarket sebab banyak barang-barang yang tak ada dijual di Malaysia.

Betapa ramainya orang -_- Ni tempat walking street ala-ala Gaya Street tu. Kiri kanan semua kedai dan restoran kecil-kecil

Strawberry with caramel. Satu cucuk dijual dengan harga ¥15. 

Tun dan Toh Puan belanja makan steamboat. Tapi beza steamboat di Malaysia dan China. Kita kat Malaysia minum dengan sup sekali. Lauk cecah dengan lada kicap. Api juga menggunakan gas. Di China, daging sayur semua tu dicelur di dalam sup, angkat dan makan (cecah dengan kuah... eerrr... macam style kuah kacang saja tapi rasanya pelik). Api guna arang dan bara.

Madih area walking street tapi sebelah depan. Banyak kedai dan shopping complex di tepi tu.

Taaadaaaa! Basikal elektrik.

Beijing di awal pagi

Starfish, kuda laut dan kalajengking untuk.... dimakan?

Me with my colleague. P/S- gambar di Pearl Market dan Silk Market tak ada. Sob sob.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!