Khamis, 29 Oktober 2015

Jom Makan Makanan Sihat

Sekarang tengah tengok channel EVE, cerita berkenaan Cyber Stalkers. (Sambil taip blog).

Perasan tak petang-petang orang ramai buat aktiviti berbasikal? Atau jogging? Atau ber Zumba? Makanan dan minuman pun dah banyak yang 'less sweet', 'tanpa gula' dan sebagainya. Banyak juga kempen-kempen seperti 'merokok membahayakan kesihatan' telah dianjurkan. 

Masyarakat kini semakin mementingkan kesihatan dan peduli tentang bahayanya penyakit seperti kencing manis dan diabetes. Maklumat boleh didapati hanya di hujung jari sahaja dan berada di mana-mana. Oleh itu, secara tidak langsung ia membantu meningkatkan tahap kesedaran semakin di kalangan kita. Lagipun, aktiviti kesihatan juga menjadi trend masyarakat tak kira tua atau muda.

Yaaa.... sukar untuk melepaskan ayam goreng, burger dan Coca Cola, tapi cuba kurangkan dan gantikan dengan makanan yang lebih sihat dan neutral. Boleh.. jangan kata tak boleh. :-)

Berat saya menurun kerana perubahan diet pemakanan. Banyakkan makan buah-buahan segar. Kalau makan malam, mesti ada ulam-ulaman disertakan sebagai penambah selera. 

Jadi baru-baru ni saya try minum Wheatgrass juice. Sebelum ni pun pernah minum juga tapi tak ingat bagaimana rasanya. Oldtown White Coffee ada menyediakan minuman ini yang ditambah dengan madu. Harga RM7.20. Walaupun rasanya tak berapa best (macam rasa sayur kangkung yang kena blend!!), tapi khasiat jus ini sangat banyak.

Salah satu makanan yang paling simple tanpa minyak adalah mihun sup ikan. Kedai paling famos tentulah di Kedai Kopi Wan Wan. Tapi kedai lain seperti Kedai Kopi Ocean King atau Sabah Keratang juga menyediakan menu yang sama. Selain isi ikan, boleh juga kalau nak tambah fishcake, fish maw dan sebagainya. Tomyam juga available kalau tak nak minum sup ini.

Banyak lagi makanan sihat yang lain yang boleh dicuba. Kurangkan berminyak, garam atau gula dalam pemakanan juga penting untuk hidup yang sihat. :-)

Rabu, 28 Oktober 2015

Psycho Girlfriend / Boyfriend Punya Cerita - Part 2

Sekali lagi nak share cerita yang pernah berlaku sebelum ini. Tak ada niat nak memburukkan sesiapa, tapi lebih kepada berkongsi cerita kepada anda semua.

Tajuknya sesuai diletakkan 'lelaki jujur yang dipermainkan'. Pengalaman ini terjadi kepada kawan saya yang bernama Daniel (bukan nama sebenar) dan teman wanitanya (kini adalah ex) yang bernama Fariza (juga bukan nama sebenar). Cerita ini diceritakan sendiri oleh Daniel kepada saya...

Mereka couple ni agak lama juga. Daniel mengusahakan bisnes keluarga manakala Fariza dari sekolah terus menyambung pelajaran peringkat sijil di sebuah institusi tempatan. Daniel seorang yang amat pemurah, baik tetapi juga mudah ditipu. Dia suka kat Fariza ni sebab Fazira seorang yang cantik, tinggi lampai, langsing, putih melepak etc. Memang sepadan dengan Daniel.

Di awal perkenalan... semuanya baik-baik belaka. Tetapi lama kelamaan, Fariza semakin menunjukkan sifat sebenarnya. Asal jalan, nak minta beli itu ini. Sehinggakan... Fariza bawa satu keluarga dan minta Daniel belanja apa yang mereka mahukan. Daniel masih tidak sedar... Masih sukakan Fariza.

Birthday Fariza, Daniel belikan rantai emas. Tak lama lepas tu, Fariza kata rantai tu hilang. Rupanya digadai! Oleh kerana Fariza sambung belajar, Daniel belikan laptop untuk Fariza untuk buat assignment. Rosak begitu sahaja Tambahan pula, Daniel bayarkan sewa rumah Fariza setiap bulan. Keluarga Fariza sebenarnya bukanlah orang yang senang. Rumah kat kampung biasa sahaja. Rumah papan, kecil. Tapi tak tau kenapa... Daniel ikutkan semua kemahuan mereka. Sampai... keluarga Fariza berani pinjam duit dengan Daniel. Tak cukup dengan tu, mereka suruh pula Daniel repair dan cat rumah mereka. Ntah-ntah Daniel ni dah kena guna-guna kot.

Suatu hari Fariza nak ke Kuala Lumpur nak berjalan-jalan. Tapi dia kata tak ada duit dan minta duit kat Daniel. Daniel ni pun satu. Siap boleh bagi kad ATM kat Fariza in case kalau perlu. Sampai begitu sekali dipermainkan pun belum sedar lagi. Heeeiisshhh!

Fariza suka pakai seksi. Pakai hot pants, spagetti strap dan lain-lain. Daniel tegur, tapi dimaki hamun balik oleh Fariza. Di satu semester Fariza praktikal di sebuah agensi. Daniel yang tolong hantar setiap hari. Tapi bila kawan-kawan kat tempat praktikal tanya siapa yang hantar tu... Fariza kata cousin saja. Lepas tu cerita terbongkar sebab kat tempat praktikal tu ada saudara Daniel juga. Daniel dah mula sangsi tapi masih tahan hati lagi.

Yang paling teruk sekali bila Fariza selalu pinjam kereta Daniel. Dah pinjam kereta, bawa pula lelaki lain. Kawan-kawan Daniel nampak, lalu reportkan hal ni. Sebagai tambahan... Daniel pernah accident dan koma beberapa hari gara-gara ada orang mabuk langgar dia. Fariza ada datang melawat, tapi ayah Daniel tak suka Fariza datang.

Mereka pernah break up tapi sambung balik setelah keluarga Fariza pujuk. Kalaulah saya jadi Daniel, tak naklah saya couple dengan perempuan begitu. Dah la kuat maki hamun, suka kikis duit lagi.

Kemuncak cerita bila Fariza minta belikan kereta Suzuki Swift. Daniel kata kereta tu mahal sangat, jadi dia belikan kereta MyVi (kan lebih kurang saja rupa bentuk). Sukalah Fariza ada kereta. Boleh bawa jalan-jalan. Suatu hari nampak kereta tu parking di sebuah hotel. Bila teliti betul-betul, rupanya Fariza ada lelaki lain. Daniel siap terjumpa resit penginapan di kereta Fariza. Terus break up on the spot. Kereta tu Daniel nak tarik balik. Tapi Fariza tak nak bagi. Kes ni sampai bawa ke balai polis. Akhirnya Daniel berjaya amik balik kereta tu.

Dah break up dan dapat kembali kereta, terus tukar kunci starter kereta. Habis duit dalam seribu lebih juga nak tukar. Lepas tu Daniel dah tak berhubung dengan Fariza lagi.

Cerita tu berlalu begitu sahaja. Sehingga la suatu hari kawan saya pergi add Fariza dalam Facebook. Ntah la... tapi dalam Facebook tu Fariza suka keluarkan post yang negatif. Saya dok usha sekaki. Memang lawa si Fariza ni. Tapi spoil dengan status postnya yang annoying. Sehingga la suatu hari tu Fariza post cerita pasal si kaki kikis. Kawan saya ni pun bengong juga. Dia pergi reply kata 'bagaimana pula dengan perempuan yang minta belikan kereta kat boyfriend. Tu kira kaki kikis juga ke?' Terus melenting tak tentu pasal si Fariza ni. Terasa la tu.

Fariza dah kahwin sekarang. Ada orang datang meminang dia dengan hantaran RM10k. Yalah. Dulu RM10k tu kira banyak. Terus accept pinangan. Ada saudara mara Fariza yang saya kenal. Rata-rata tak berapa suka keluarga mereka. Kata Fariza 'biar tak handsome tapi hati baik'. Tapi kata orang lain 'biar tak handsome tapi duit banyak'. Sekarang Fariza kerja kat sebuah agensi tempat dia praktikal dulu. Dan dia kerja kat bahagian kaunter. Daniel? Ada kerja tetap dan di samping tu masih membantu keluarga menguruskan bisnes.

Bagi saya... Daniel adalah orang yang sangat baik.

Moral of the story... elakkan pisau cukur sebegini rupanya. Kerana mereka akan mencukur sehingga rambut si lelaki botak. Terima kasih.

Selasa, 27 Oktober 2015

Sebelum Tidur...

Hari tu demam + selsema lepas balik dari China. Tak pandai baik-baik. Lepas tu okay dah sikit. Straight esoknya sambung kerja sampailah Jumaat lepas baru boleh cuti sehari. Start kelmarin sampai hari ni start lagi balik selsema. Semalam nak tidur susah sikit sebab Si Hitam tiba-tiba bermain tengah malam. Lepas tu kena awal pergi kerja sebab Hafiz ada audit. Hari ni tambah lagi dengan slide yang terlalu complicated nak disiapkan before 2 November ni. 100+ slides nak kena buat balik.... -_- etc la....

So malam ni agak tak berapa sihat tapi masih nak taip blog. Esok fly lagi ke seberang laut sampai lusa. Tulat awal pagi terus kena attend bengkel penting (saya repertoire jerrr) sampai hari Sabtunya. Jadi.... okaylah... >.<

Saja nak taip-taip kosong (sembang-sembang kosong)....

Ni adalah makanan dan keperluan Si Hitam yang perlu ada. Kucing saya ni cerewet dan sangat memilih. Kalau nak carikan dia makanan kena ada yang mix ayam. Tak boleh full ikan. Ikan fresh confirm dia tak nak. Seafood okay terutama perisa lobster. Tapi kengkadang dia tak nak. Ayam KFC atau nasi ayam dia nak. Untuk kibbles, dia suka makan yang jenama Royal Canin. Yg jenama Brit tu dia tak berapa suka. Wet tissue kena ada sebab Si Hitam kucing yang aktif. Jadi kena sentiasa lap badan dia untuk elak kotoran.

Dah try application ZombieBooth 2? Try... jangan tak try. Best. Mula-mula saya letak profile picture WhatsApp saya gambar zombie (seperti di atas). Tapi dah dua orang tegur suruh tukar sebab menakutkan. HaHaHaHa.

Ini pula AR effect dari kamera smartphone Sony Xperia Z 3. HeHeHeHe.
One more shot. Ngehehehehehe.....

Ahad, 25 Oktober 2015

I Was Here : Xi'an

Tak habis-habis lagi cerita China. Ni nak habiskan la ni...

Selain dari Beijing dan Harbin, saya juga sempat merantau ke Xi'an. Walaupun hari tu adalah public holiday China selama seminggu kerana sambutan National Day, apa boleh buat. Rugi kalau tak pergi ke Xi'an.

Kenapa Xi'an? Kerana disanalah terletaknya TerraCotta army zaman kegemilangan Emperor Qin Shi Huang, dinasti pertama China. Super excited. ♡^^♡

Masa sampai ke area TerraCotta tu.... haiya.... ramai betul orang. Nak baris beli tiket pun tersangatlah ramai!! Nasib baik kami punya tiket dah sedia awal. Tinggal amik saja lagi.

Time nak masuk ke area pits tu, okay... traffic jam tapi nasiblah tak standing still. Dah masuk pit pertama, pun ramai orang. Macam orang nak pergi haji pun ya juga. Ada yang bertolak-tolak dan sebagainya. Pit pertama yang paling famos, paling besar dan paling sesak. (Cuti punya pasal!!). -_- Akhirnya berjaya juga saya tengok TerraCotta Army depan mata ☆☆☆ Happy la walaupun ramai orang. Singgah ke pit nombor 2 dan 3 tak berapa ramai orang dan keadaan pit juga lebih kecil (ni tempat middle and high ranking officers punya patung). Walaupun begitu, penggalian TerraCotta Army belum habis dijalankan.

TerraCotta bermaksud "earthbaked", di mana sculpture tersebut dibuat dari tanah dan dibakar terlebih dahulu untuk proses persempurnaan. Apa yang best mengenai Terra Cotta Army ni, wajah setiap patung itu tidak sama. Unik! Dan tempat ini juga diwartakan oleh UNESCO World Heritage. ^^
Orang berbaris nak beli tiket.... -_- 

Ni tiket saya ^^
Ni nak masuk ke dalam pit. Tengok betapa ramainya orang!!

Inilah TerraCotta Army (pit 1). Tengok di sekeliling tu punyalah ramai orang tengok

(Petak kiri atas) Saya just bergambar dengan replika sahaja. (Petak lain-lain) Semua patung real dan tak boleh turun ke bawah tu

Another shot of TerraCotta Army

Ni yang baru kena jumpa. Tak repair lagi

Close up

Ni high ranking officer. (Tengok dari pakaian dan rambut)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Lain-lain tempat:

Selain itu... saya juga pergi ke Xi'an City Wall. FYI - Tempat ini juga dicalonkan sebagai UNESCO World Heritage. Wall ini telah wujud pada zaman Ming Dinasty pada tahun 1370 lagi. 0_o

Tempat ni lebih kurang macam The Great Wall juga tapi panjang wall tu hanya 14KM sahaja. Belakang tu rumah antik. Kononnya dulu dihuni oleh keluarga berada. (Tengok dari corak dan design rumah)


Ni di pintu masuk City Wall
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Ni pula di pasar dan ramai Muslim berniaga di sini. Makanan yang saya makan tu adalah pisang goreng. Dan nama tempat ni adalah Muslim Street

Roti pita. Nyam nyam!

Masjid lama di Xi'an. FYI - Xi'an mempunyai seramai 200,000 orang Muslim

Kucing di masjid Xi'an

Ni lagi cute. Yaawwwnn!

Lai.. lai... lai..!

Muslim Street

Hebat

Lontong versi China (daging kambing. Roti pita yang dicarik-carik dan suhun). Orang China suka makan kambing sebab kat sana sejuk dan kambing boleh memanaskan badan. Taste so good, tapi saya still suka soto di Sabah. 

Jual jagung bakar

Oh ya. Lupa nak bagitau. Saya ke Xi'an dengan menaiki Bullet train. Keretapi ini bergerak sebanyak 296KM/h. Dari Beijing ke Xi'an mengambil masa selama 6 jam lebih (kalau train tu berhenti-henti). Paling cepat tanpa henti adalah 4 jam.

Ni la rupa bullet train tu

Pemandangan di luar bullet train

Ni Coca Cola China yang cute
-
-
-
-
-
-
-
Saya juga sempat singgah ke Drum Tower, tak jauh dari Muslim Street. Drum Tower of Xi'an terletak di tengah-tengah Xi'an. Ni pemandangan senja di Drum Tower.

Sabtu, 24 Oktober 2015

Selalu Jumpa Duit

Kelmarin jumpa duit RM26 atas lantai kat area parking kereta. Minggu lepasnya pula jumpa duit RM10 di atas lantai shopping complex ...

Memang dari dulu selalu jumpa duit. Kat tangga, kat tepi jalan etc... Tapi yang bestnya, saya tak guna duit-duit yang saya pernah jumpa tu. Saya kumpulkan dalam sarung angpow. Yalah... yang time sekolah dulu pernah jumpa juga. Ada jumpa RM50... RM20... RM10... banyak kali. Tapi yang tu dah terguna la. Tak fikir apa dah. Hahaha!

Saya pun cerita ngan Hafiz pasal jumpa duit ni. Hafiz kata duit yang dijumpai tu tak leh guna sembarangan. Paling bagus sedekahkan di masjid. Untuk mengesahkan lagi jawapan tu, saya cek dalam Internet. Jawapan yang diberikan ada dua. Satu kena iklankan wang yang dijumpai tu selama setahun. Jika tidak dituntut selepas itu, wang itu boleh jadi kepunyaan kita. Kedua, sedekahkan sahaja ke tabung masjid dan niatkan atas pemilik wang tersebut.

Seronok rasanya bila terjumpa duit ni. $_$ bukan semua orang mengalami nasib yang sama. Tapi ingat, duit tu bukan milik kita. Jadi lebih baik jangan gunakan $$$ tersebut untuk kepentingan diri :-)

Sekian.


Jumaat, 23 Oktober 2015

No Money No Talk

"Kalau nak bercakap tentang kaya, kena menjadi kaya terlebih dahulu". Memang best ayat tu. Betul la. Kalau nak cerita pasal duit... kena ada duit dulu. No money, no talk.

Pada 22 Oktober 2015, berlangsungnya Persidangan Pengurusan Kekayaan anjuran Jabatan Bendahari UMS. Persidangan ini berlangsung selama dua hari (22-23 Oktober) di Promenade Hotel, Kota Kinabalu. Persidangan ini dirasmikan oleh YABhg Tun Zaki bin Tun Azmi, Pengerusi Lembaga Pengarah UMS (juga former Chief Justice of Malaysia).

Sangat tertarik dengan keynote address yang disampaikan oleh YABhg Tun Pengerusi LPU sebenarnya. Ceritanya panjang lebar. Dan seronok mendengarnya. :-)

Walaupun tak dapat ikut semua sesi, dengar keynote address yang disampaikan pun dah tahu bahawa persidangan ini sangat menarik. 

Tahniah team Bendahari, warga UMS dan para peserta yang telah menjayakan persidangan ini.

Cerita lain....

Rezeki itu berada di mana-mana. Tapi harus berusaha untuk mencari rezeki tersebut. Jika membuat suatu pekerjaan, buatlah dengan jujur dan ikhlas. Kaya tu satu bonus, tapi jika duit gaji dah cukup untuk menampung hidup, bersyukurlah...

Yalah... sometimes duk tengok ada kenalan yang kini dah kaya hasil main 'forex' kononnya (jadi orang tengah untuk run forex? Doesn't make sense. Duit untung atas angin). Tapi bila ada yang tak kena bayar, dia tak nak campur tangan apa-apa. Walhal... dia yang ajak orang lain masuk. Ada yang sampai pinjam duit di bank, jual tanah dan sebagainya... lastly tak kena bayar... sendiri kena tanggung rugi.

..... sedikit gambar semasa persidangan ^^

Semasa sesi Q and A. Dari kiri... Datuk VC, Tun Pengerusi LPU dan Pemangku Bendahari

Sesi penyerahan cenderamata

Gimik pelancaran

Para peserta bertanyakan soalan

Me with my colleague

Rabu, 21 Oktober 2015

Jom Try AR Effect

Dah try AR effect (Augmented Reality)? Kalau anda ada Sony Xperia Z, tentu anda ada AR Effect.

AR effect ni special dan memang dah tersedia dalam smartphone anda. Nakkan lebih banyak effect? Anda boleh download menerusi Google Play. Ada yang free dan ada yang berbayar.

Tengah boring duduk santai tak ada apa nak buat tu, boleh main dengan AR effect. Apa ada dengan effect ni? Anda buka saja kamera anda, nak kamera depan pun boleh... belakang pun boleh. Then sentuh button AR effect. Tentunya pelbagai animasi keluar dalam skrin gambar anda. Anda juga boleh buat dalam bentuk video. Lagi best.

Suka sangat guna AR effect ni!

Jom kita tengok gambar AR effect saya. Hahaha.

Tengah marah... Grrr...

Torchman

Hahaha!
Falling in love ♡
Mumia

Serigala. Woffff

Konon nak jadi Harry Potter

Bunny

Bilis yang Gembira

Orang office ada pelihara ikan dan ianya adalah ikan bilis. Hari-hari saya naik ke tingkat atas untuk bertanya khabar ikan. Sebelum ni yang lain pun ada pelihara juga tapi mati. Sedih :'-(

Yang ni kira survivor la ni. Cuma tak best nampak ikan tu hidup dalam balang bulat yang hanya ada batu-batu berwarna hijau. Balang tu taklah kecil sangat. Cuma rasa.... mmmm... ada yang kurang. Filter? Hiasan? Dan akuarium yang lebih besar?

Setelah menyimpan niat yang lama nak membeli filter akuarium (supaya tak balik-balik tukar air), maka saya dan Khai pun pergi ke 1Borneo untuk tunaikan hajat. Cek punya cek, ngam orang kedai ikan tu ada jual akuarium secondhand. Punyalah best! Dapat saiz yang besar sikit dengan harga RM15 sahaja. ☆_☆ Harga sebenar (firsthand adalah RM40). Memang best la. Jadi boleh add on beli sedikit hiasan dan filter.

Sampai office terus susun atur akuarium baharu, khas untuk para bilis. Khai pandai hias akuarium sebab kat rumah dia pun ada akuarium yang lagi canggih.

Dalam masa beberapa minit, interior akuarium pun selesai. Dan hasilnya:

Taaadaaaa!!! Kini bilis dah ada rumah baharu. 

Ahad, 18 Oktober 2015

Ceramah Pengurusan dan Pelancaran Buku Autobiografi Naib Canselor

Pada 13 Oktober yang lalu, sekali lagi UMS menerima satu kunjungan hormat dan pada kali ini dari YBhg. Tan Sri Datuk Wira Dr. Shukor Hj. Mahfar, Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM. Terima kasih Tan Sri kerana sudi meluang masa hadir ke UMS.

Tujuan Tan Sri berkunjung ke mari khas kerana telah dijemput khas untuk menyampaikan ceramah kepimpinan dan pengurusan. Tan Sri amat low profile orangnya. Ceria dan berpewatakan lucu tapi pada masa yang sama, pentadbiran organisasi di bawah kepimpinan Tan Sri bergerak maju ke hadapan.

Pada masa yang sama juga, pelancaran buku Autobiografi Datuk Naib Canselor juga telah diadakan. Terima kasih Datuk! Buku ni sangat istimewa buat saya. Amat menyentuh perasaan dan menjadi inspirasi di dalam kehidupan. :-) Kepada yang berminat untuk membeli buku ini, boleh berhubung terus dengan Penerbit UMS. Harga buku RM35 sahaja dan terhad.

YABhg Tun Zaki bin Tun Azmi memperkenalkan YBhg Tan Sri.

Selepas ceramah selesai, tiba masanya untuk pelancaran buku autobiografi Datuk VC

Sesi bergambar


Dan saya mendapat senaskhah buku percuma dari Datuk VC ♡♡♡ Happy til to the sky!