Sabtu, 12 September 2015

Tanaman di Belakang Rumah

Jaga kesihatan, minum banyak air, kerana jerebu sedang melanda... Pembakaran terbuka bukanlah satu tindakan yang bijak, tetapi kerana ingin cepat dan menjimatkan kos, itulah yang menyebabkan mereka berbuat sedemikian.

Walaupun tengah jerebu, tidak menghalang untuk saya keluar rumah. Yalah. Memang masalah hidung berlaku tapi kalau keluar sekejap okay la.

Gembira tengok pokok labu kuning dah makin membesar dengan jayanya. Pucuk manis yang saya tanam tu pun menjadi juga. Sebenarnya untuk suka-suka saja. Tak sangka menjadi pula sayur ni ditanam.

Seronok kalau ada kebun belakang rumah ni. Ingat nak hias sikit buat taman, tapi kena amik masa jugalah. Kena ada design yang sesuai. Saya ada tengok dalam Internet. Cantik betul design tanaman orang boleh buat. Ada yang guna barangan lama untuk buat perhiasan laman. Ada yang tanam bunga dalam kereta sorong, tanam sayur dalam kasut lama dan macam-macam lagilah.

Yang penting rajin mengusaha, rajin siram :-)

Tanaman labu yang semakin subur

Pokok selasih

Pucuk manis yang dah mengeluarkan daun

Dragon fruit ni saya ikat di tiang ampaian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!