Sabtu, 19 September 2015

Pengalaman Masuk Rumah Hantu

Mak aiiiih! Kalau 13°C tu dah kira sejuk. Saya suka minum sejuk tapi tak tahan cuaca sejuk. Mulalah hidung sakit la apa la.... tawakkal sajalah. - Tamat cerita selingan.

Siapa ada pengalaman masuk rumah hantu? Saya ni seram juga kalau masuk rumah hantu tapi setakat ni masih mampu melepasi segala cabaran tersebut.

Kalau masuk rumah hantu funfair kampung-kampung pernahlah satu dua kali. Hasilnya tak gempak sangat. Ada sekali tu pusing-pusing naik keretapi macam tu saja. Lepas tu ada orang goyang kanvas dan buat suara hantu. Tak best. Rugi bayar tiket masuk.

Pernah sekali masuk rumah hantu di Berjaya Times Square. Best sebab hiasan semua lengkap dan menyeramkan. Ada effect bagai lagi. Seram pun ada juga. Dalam fikiran asyik terbayang hantu datang menyergah. Tapi yang lucunya la kan... masa masuk rumah hantu tu, tiba-tiba ada dua orang gadis remaja ikut masuk juga. Yang lucunya mereka pergi peluk lengan saya dari mula sampailah ke pintu exit. Lepas tu berjalan tapi tak nak buka mata (sambil berteriak takut punya pasal). Saya tak kenal siapa mereka tapi buat-buat kenal sahaja. Syukur sebab keluar juga dengan selamat dari rumah hantu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!