Selasa, 1 September 2015

Moon Through My Telescope (31st August 2015)

Walaupun termiss tengok fullmoon yang jatuh pada 29 Ogos, tetapi malam 31 Ogos.... bulan begitu terang benderang dan kelihatan dekat.

Kebetulan malam tu pergi keluar berjalan. Then masa nak balik tu nampak bulan yang sangat... wah! Punyalah cantik. Sampai rumah terus bersemangat pasang balik teleskop yang dah berhabuk. Keluar ke backyard, duduk sorang-sorang dalam gelap. Si Hitam yang temankan saya di laman.

Mula-mula teropong... apasal tak nak apa nih. Rupanya tak buka cover teleskop lagi. Itulah kalau terlalu excited. Haiih! Dah tu, baru nampak bulan. Rasa rindu sangat tengok bulan. Tapi ingat! Bulan tak mengeluarkan cahaya sendiri. Cahaya putih tu adalah pantulan cahaya dari matahari (UV light). Oleh itu, kalau nak tengok di teleskop, make sure jangan lama sangat. Maksud saya, dalam 30 saat tengok, rehatkan dulu mata. Then boleh tengok semula bulan. Mata still akan rasa silau kalau tengok bulan melalui teleskop secara berterusan... dan possibility untuk mata rosak adalah tinggi.

Melihat bulan membuatkan saya tak sedar digigit nyamuk. Masuk rumah balik baru terasa badan gatal-gatal. Apatah lagi kalau kawasan laman yang gelap dan hanya diterangi lampu solar... tentulah nyamuk banyak.

Walaupun dah beberapa tahun saya memiliki teleskop, tapi saya hanya pandai menggunakan tiga jenis lens sahaja. Saya kurang arif menggunakan barlow lens. Dah try adjust pun still penglihatan kabur juga. Hrmm.... kena lebih banyak praktis lepas ni. Barlow lens yang dibekalkan khas digunakan untuk melihat planet seperti Marikh dan Musytari dan Zuhal. Utarid serta Zuhrah juga boleh kelihatan walau imej planet-planet tersebut tidaklah sejelas mana sebenarnya.

Tahukah anda bagaimana cara mengetahui sama ada bintik sinaran di langit itu adalah bintang ataupun planet? Bintang bekerlipan manakala planet (atau satelit) mempunyai cahaya statik. Zuhrah (Venus) dan Marikh (Mars) boleh dilihat melalui mata kasar. Planet Marikh bewarna merah manakala Zuhrah mempunyai cahaya yang amat terang. :-)

Okaylah. Di sini nak share beberapa gambar bulan yang saya amik dari teleskop.

Gambar raw. Tak ada edit

Gambar yang dah di edit. Boleh nampak begitu banyak craters yang terbentuk akibat pelanggaran asteroids.

Shot lagi dekat. Yang warna gelap tu dinamakan Maria (dalam bahasa Latin) atau disebut juga lautan. Ini kerana orang zaman dahulu percaya bulan mempunyai lautan.

Another shot of the moon. Tahukah anda bahawa manusia dari Bumi tidak boleh melihat permukaan belakang bulan? (Far side of the moon). Ini kerana pusingan Bumi dan bulan sentiasa selari.

Saya harap anda enjoy tengok gambar-gambar bulan ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!