Isnin, 14 September 2015

Mimpi Hantu Bungkus

Selama beberapa hari saya tinggal sorang-sorang di rumah, tak ada pula mimpi hantu. Sedap saja tido ngan Si Hitam. Hafiz balik, terus mimpi hantu. 0_o

Orang kata, mimpi antara jam 11AM sehingga 3AM tu mimpi yang ada petunjuk. Tapi saya dapat mimpi hantu la pula. Lupa baca bismillah kot. (Basuh kaki ADA).

Mula-mula tu baring dengan Si Hitam. Rasa tak sedap badan sebab makan Italian food yang punyalah creamy tu soup + rich black pepper dalam daging burger. Akhirnya pening dan tertidur terus dengan Si Hitam sekali.

Lepas tu masa Hafiz keluarkan Si Hitam dan suruh saya tidur di posisi yang betul, saya sedar. Tapi ngantuk punya pasal, mata tak buka tapi badan pindah tempat. Hahaha. Lama-lama tu termimpi....

Dalam mimpi tu ada benda berdiri depan saya. Pakai kain berbungkus warna putih. Tak tinggi. Macam budak-budak umur 12 tahun. Kulitnya warna kebiruan pucat. Matanya pula besar, bulat dan bersinar. Mulutnya ternganga sedikit. Benda tu renung saya. Dalam mimpi tu saya teriak sebab seram tengok muka benda tu.

Then Hafiz cuba bangunkan saya. Saya dengar Hafiz bercakap ngan saya tapi macam separuh sedar masa tu. Terus saya pergi rapat ngan Hafiz (masih dalam keadaan separuh sedar)sebab badan macam rasa sejuk pula. Eee..... seram gila perasaan.

Esok pagi Hafiz dah sakit tulang belakang. Mana tak... saya tidur punyalah rapat sampai Hafiz kena tido di hujung-huuujung! -_-

P/S - Saya ingat dulu pernah nampak benda tu depan mata. Realiti. Bukan mimpi...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!