Ahad, 6 September 2015

Kenapa Copycat?

Pernah tak anda di copycat? Tak kiralah copycat lifestyle... fesyen... hobi, produk kegemaran dan lain-lain.

Ada beza antara 'copycat you' atau 'adore you'. Kalau 'adore you' ni biasanya peminatlah yang buat. Orang tu color rambut macam tu, dia pun ikut juga. Orang tu pakai fesyen cam tu, dia pun nak juga. Fanatik punya pasal. Selalunya terjadi kepada celebrities atau jika individu tersebut suka ngan seseorang.

Tapi kalau 'copycat you', istilah tu sebenarnya bukanlah positif. Para copycat akan bersaing dengan lawannya tak kira masa dan tempat. Malah si copycat juga nak jadi yang lebih baik dari the original one! Worst case scenario, si copycat boleh bertindak segera untuk mempatentkan benda yang telah di copy tu! Aktiviti copycat ni boleh terjadi di kalangan rakan sendiri, kenalan, jiran-jiran atau haters.

Copycat atau memang kebetulan ni ada beza. Kalau setakat satu benda yang sama... taklah boleh dikategorikan sebagai copycat. Contohnya: Saya beli Perodua Alza. Tiba-tiba kawan saya pun beli Perodua Alza. Mungkin kebetulan. Boleh jadi kerana harganya berpatutan, jimat minyak dan bayaran ansuran murah. Tapi kalau dah semua hampir nak sama... itu dah jadi kemusykilan. Betul tak?

Antara perempuan dan lelaki, selalunya perempuanlah yang lebih sensitif dengan hal-hal copycat ni. Yalah. Perbuatan ini sangatlah annoying! Okaylah. Saya bagi contoh. Saya pakai brand Elizabeth Arden... TIBA-TIBA orang tu pun pakai Elizabeth Arden juga, atau produk yang lebih mahal lagi. Then saya suka mekap ala Korea. TIBA-TIBA orang tu dari pakai mekap style mat salleh, terus tukar ke style Korea juga. Lepas tu saya ada collection jenama Hush Puppies, SUDDENLY orang tu suka juga Hush Puppies. Annoying tak?

Itu CONTOH, okay? Tak nak lepas ni ada orang kata saya menyindir pula... ;-)

Walaubagaimanapun, benda ni sebenarnya hanyalah hal remeh temeh. Tak perlu amik pusing sangat. But for some people, mereka ni memang euwww! Saya mengaku saya tak minat kalau orang yang copycat ni. Lebih-lebih lagi kalau orang tu yang memang kita tak berkenan dari mula. Rasa macam kesian pun ada sebab punyalah dia nak bersaing dengan kita sampai semua nak nampak sama.

Terus terang saya katakan... kalau boleh nak jauhi golongan ni. Nasib sayalah dari dulu sampailah sekarang asyik terserempak dengan copycat (yang tak ngaku copycat). Yang kebetulan tu tak apalah. Orang lain pun tentu ada citarasa sama macam kita. Tapi yang obvious meniru orang tu yang tak boleh blah.

P/S - Entry ini memang not nice at all. Sekian. (Feeling sigh)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!