Selasa, 8 September 2015

From Zero to Hero : Kari Story

Saya bukan peminat tegar kari. Tapi Hafiz hantu kari... -_-

Oleh kerana saya tak minat kari,maka saya jarang makan kari. Dan... tak pernah masak kari. Pendek kata, memang tak pro langsung kalau bab kari ni. Lebih-lebih lagi kari daging. Memang tak nak makan sebab fobia punya pasal.

Cetanya macam gini. Dulu masa zaman budak-budak, pernah sakit. Makan pun tak ada selera. Tapi kena paksa juga makan. Pas tu ngam juga mummy masak kari daging. Jadi makanlah apa yang ada. Lepas makan... rasa tak best dan terus muntah. Dari situ memang tak nak dah makan kari daging... -__-

Balik kepada cerita asal. Mum pernah pesan. Kalau suami suka makan kari, kena belajar masak kari. Nanti suami request tapi tak reti nak buat, susah tau. Jadi saya dengan rela hati pun belajarlah masak kari ikan dengan mum. Berjaya masak! Itulah first time saya masak betul-betul kari.

Then kami pindah rumah baharu. Dah tak ada mum tolong masak kari daaa..... Dengan kebolehan dan pengalaman yang saya ada, menjadi juga masakan kari saya. Lepas tu cuba-cuba masak kari ayam pula. Menjadi juga. Then try lagi, try, try and try.

Sekarang dah boleh masak kari sepenuhnya. Letak perencah itu, letak ramuan ini... akhirnya rasa kari tu unik dari orang lain. Yeay! Saya dah ada resepi kari saya sendiri ^^♡

Bila dah confident, saya bawa pula kari ke office dan served untuk staff. Mereka semua berikan komen yang positif. Ramai yang request nak lagi. Jadi okaylah.... kini dah pandai masak kari.

Kalau dulu jarang makan kari, kini dah selalu makan kari.

Kari ikan putih dan kacang bendi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!