Isnin, 7 September 2015

Review : Clorox Disinfecting Wipes

Dulu selalu bersihkan dapur guna kain lap. Lepas guna, kena bersihkan kain lap tu. Then sidai tepi tingkap. Ulang buat perkara yang sama sehinggalah kain lap jadi lusuh dan hitam.

Tapi kini dah tak perlu buat macam tu lagi. Dengan Clorox Disinfecting Wipes, kerja mengelap kotoran menjadi amat mudah. Sekotak dijual dengan harga RM12+ dan mengandungi 25 keping wipes. Ada pelbagai aroma boleh menjadi pilihan.

Ianya lebih kurang sama seperti baby wipes. Cuma fungsi dan kandungan bahannya berbeza. Clorox Disinfecting Wipes dirumus khas untuk menanggalkan kesan degil, contohnya kesan kuah kari... bintik-bintik hitam dan lain-lain. Selain itu, ia juga adalah antibakteria. :-) Yang bestnya tisu ini boleh digunakan untuk membersihkan habuk di perabot dan di mana-mana tempat.

Setakat ni amat berpuas hati dengan produk ini. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!