Jumaat, 25 September 2015

Busy October...

Due to heavy traffic jam... jadi sempat la menaip blog. Besides, bukan saya drive. Ngehehehe....

Belum pun bulan Oktober dah terasa bahang Oktober tu sebenarnya. Bukan apa. Bulan Oktober ni adalah antara bulan tersibuk sepanjang tahun ni. Rentetan dari September... ke Oktober dan mungkin akan berjangkit terus kepada November.

Sekarang saya berada di Penang. Cuti perancangan (konon la). Tapi tak macam cuti pun T_T woooo..... Yalah. Kerja takkan pandai habis punya. Saya cuti... orang lain tak cuti. Kalau dah kerja tu saya yang buat, mestilah saya yang kena teruskan, kan? Actually tak lama di Penang. Tiga hari saja. Lepas ni direct fly crossing lautan lagi. -_- Uhuhuu... 8 days tu kira lama juga tu. Tambahlah rindu ngan Si Hitam... T_T

Bulan Oktober... tiga minggu berturut-turut memang tak ada chance nak relax sikit la nampaknya ni.
Kadang-kadang kerja punya pasal, sampai sakit kepala dibuatnya. Asyik fikir kerja kot? Selera makan pun kadang okay. kadang tak okay. Ada yang sampai masuk emergency. Mau tak terkejut? Tengahari tadi okay lagi. Petang dah kena call bagitau masuk emergency di hospital. Walaupun masuk CCU, syukurlah lepas tu tak ada apa-apa.

Ni la nature kerja. Ada yang kerja duduk dalam office sahaja. Ada yang kena selalu outstation.. ada yang kena kerja belakang tabir dan macam-macam lagi. Setiap orang berbeza-beza.

Tapi saya ada cara untuk mengurangkan stress. Jom minum!

Pink lady. Hanya di Dubai Grill, Alamesra. 

Yang ni Amazing. Campuran beberapa jenis minuman dan rasanya yang sungguh fresh. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!