Jumaat, 25 September 2015

Busy October...

Due to heavy traffic jam... jadi sempat la menaip blog. Besides, bukan saya drive. Ngehehehe....

Belum pun bulan Oktober dah terasa bahang Oktober tu sebenarnya. Bukan apa. Bulan Oktober ni adalah antara bulan tersibuk sepanjang tahun ni. Rentetan dari September... ke Oktober dan mungkin akan berjangkit terus kepada November.

Sekarang saya berada di Penang. Cuti perancangan (konon la). Tapi tak macam cuti pun T_T woooo..... Yalah. Kerja takkan pandai habis punya. Saya cuti... orang lain tak cuti. Kalau dah kerja tu saya yang buat, mestilah saya yang kena teruskan, kan? Actually tak lama di Penang. Tiga hari saja. Lepas ni direct fly crossing lautan lagi. -_- Uhuhuu... 8 days tu kira lama juga tu. Tambahlah rindu ngan Si Hitam... T_T

Bulan Oktober... tiga minggu berturut-turut memang tak ada chance nak relax sikit la nampaknya ni.
Kadang-kadang kerja punya pasal, sampai sakit kepala dibuatnya. Asyik fikir kerja kot? Selera makan pun kadang okay. kadang tak okay. Ada yang sampai masuk emergency. Mau tak terkejut? Tengahari tadi okay lagi. Petang dah kena call bagitau masuk emergency di hospital. Walaupun masuk CCU, syukurlah lepas tu tak ada apa-apa.

Ni la nature kerja. Ada yang kerja duduk dalam office sahaja. Ada yang kena selalu outstation.. ada yang kena kerja belakang tabir dan macam-macam lagi. Setiap orang berbeza-beza.

Tapi saya ada cara untuk mengurangkan stress. Jom minum!

Pink lady. Hanya di Dubai Grill, Alamesra. 

Yang ni Amazing. Campuran beberapa jenis minuman dan rasanya yang sungguh fresh. 

Sabtu, 19 September 2015

Pengalaman Masuk Rumah Hantu

Mak aiiiih! Kalau 13°C tu dah kira sejuk. Saya suka minum sejuk tapi tak tahan cuaca sejuk. Mulalah hidung sakit la apa la.... tawakkal sajalah. - Tamat cerita selingan.

Siapa ada pengalaman masuk rumah hantu? Saya ni seram juga kalau masuk rumah hantu tapi setakat ni masih mampu melepasi segala cabaran tersebut.

Kalau masuk rumah hantu funfair kampung-kampung pernahlah satu dua kali. Hasilnya tak gempak sangat. Ada sekali tu pusing-pusing naik keretapi macam tu saja. Lepas tu ada orang goyang kanvas dan buat suara hantu. Tak best. Rugi bayar tiket masuk.

Pernah sekali masuk rumah hantu di Berjaya Times Square. Best sebab hiasan semua lengkap dan menyeramkan. Ada effect bagai lagi. Seram pun ada juga. Dalam fikiran asyik terbayang hantu datang menyergah. Tapi yang lucunya la kan... masa masuk rumah hantu tu, tiba-tiba ada dua orang gadis remaja ikut masuk juga. Yang lucunya mereka pergi peluk lengan saya dari mula sampailah ke pintu exit. Lepas tu berjalan tapi tak nak buka mata (sambil berteriak takut punya pasal). Saya tak kenal siapa mereka tapi buat-buat kenal sahaja. Syukur sebab keluar juga dengan selamat dari rumah hantu.

Khamis, 17 September 2015

Game Addict

Hobi main game ni memang dari kecil sampailah besar. Dari Micro Genius, Sega, game dalam PC, game arcade sehinggalah ke PlayStation. Minat bermain game takkan hilang begitu sahaja... 

Hobi bermula start dari Micro Genius. Tapi time tu saya masih budak kecil lagi (tadika kot). Jadi tak berapa pandai sangat main game tapi suka tengok abang saya main game. Ntah. Macam-macam la game yang ada. Game tembak menembak, boxing, perang guna kapal etc. Dah tak ingat dah apa semua game tu. 

Antara game Micro Genius yang famous. "Battle City"

Inilah rupa Micro Genius yang menjadi kegilaan bebudak dan remaja zaman saya dulu.


Masa Darjah 3, dad ada beli PC. Time tu dah berjinak-jinak main game PC. But mum very strict dan HANYA benarkan saya main game Sabtu dan Ahad sahaja. Oh man.... Jadi Sabtu dan Ahad tu... confirm la PC berpasang dari pagi sampai malam.... Isnin - Jumaat tak boleh sentuh PC langsung. Kena suruh belajar (tapi saya tak belajar juga. Pergi lukis komik). Inilah saya zaman bebudak dulu. Zaman tu tak ada i-pad semua... jadi bukan mudah nak access game ni. Hehe.
Rupa PC pertama kami

Tak lama lepas tu, muncul pula game SEGA Game Gear (portable). Masih ingat lagi, kalau nak main guna bateri, kena pakai enam bateri AA. Actually game tu kepunyaan abang saya tapi saya nakal suka curi-curi main game. Hahaha! Apa la.... Antara game yang saya suka curi-curi main tu adalah Sonic dan The Addam's Family.

The Addam's Family

SEGA Game Gear yang hangat di pasaran.... masa tu

Lama-kelamaan, zaman pun semakin maju, dan PC pun semakin upgrade. Dari Windows 98 sampailah yang the latest one punya perisian. Saya pun dah tak curi-curi main game SEGA abang saya lagi. Then semakin banyak la collection CD game dari bulan ke bulan. Antara favorite game di zaman persekolahan:

"Claw". Ini adalah one of my favorite game dari dulu sampailah sekarang.

Game "Army Men". Ni pun favorite game juga ni. Sekarang pun masih terfikir nak main game ni balik

"Army Men : Toys in Space".

"Uprising". Ni pun best juga

Antara game PC dan PS, saya prefer PC. Senang sikit nak kawal. Tapi PS pun favorite jugalah. Di zaman PlayStation tengah hangat, saya pun nak cuba juga main game ni.

PlayStation 1. Ni la PS1 yang kira paling canggih time sekolah dulu

"Tekken 3". Game best. Movie Tekken... nope. Kecewa.

"Resident Evil 2". Game ni saya tak berapa berani sangat nak main sebab banyak zombie berkeliaran. Kadang-kadang sampai terngiang ada zombie di belakang masa mandi. HaHaHa! Tapi still one of the best games la. P/S - Movie Resident Evil pun best juga. Memang tak kecewa la tengok. 


Lepas tu beransur-ansur game semakin canggih dari hari ke hari. Dari zaman ke zaman. Dah masuk ke alam universiti, masih teruskan hobi bermain game. Dari Diploma sampailah Degree, game tak boleh dipisahkan. Antara game favorite lingkungan zaman universiti dulu:

"Counter Strike"

"Warcraft III". Masih main sampai sekarang kalau boring di rumah. I am waiting for the movie yang akan keluar pada tahun 2016. 

"The Sims 2". Game ni takkan habis punya. Tak ada ending. Main sampai fed up.

"GTA Vice City". Sebelum ni ada main juga GTA 3 tapi tak berapa minat sangat. Hye. GTA 1 and 2 still game paling legend la.

"GTA San Andreas". Boleh main using touchpad only. No problemo. Heh...

"Bully : Scholarship Edition"

"Spore". Game paling cute dan riang ria.

P/S - Orang mengulangkaji, saya (and my roomate) main game.  -_-
Syukurlah keputusan okay....

Tak cukup dengan itu, saya dengan sukahatinya pergi beli PSP semata-mata untuk main game. Time tu harga PSP (PlayStation Portable) dalam RM1000+ juga oooo. Sanggup punya pasal.


Sony PSP saya warna silver. Sekarang masih ada lagi tapi tak ingat letak kat mana.

"The Sims 2 : Castaway"

"God of War"

Kalau boring, saya juga akan turun ke bandar untuk main game. Game ardace a.ka ting tong. Sanggup berabis duit beli token, then main puas-puas. Wahahahah! Game yang paling favorite adalah:

"The House of the Dead 4". Nak main game ni kena sedia token banyak-banyak. Baru boleh tau ending story macam mana. Kalau dapat lagi pistol yang rosak, haiyaaa.... manyak kacau ooo...


Zaman universiti pun dah berlalu, kini zaman bekerja lagi yang datang. Sepanjang saya mula bekerja sehinggalah sekarang, game PC la pilihan saya. PC pun dah kira power juga time tu, jadi boleh la saya main game apa-apa pun ikut sesuka hati. Mum pun dah tak strict lagi suruh main game Sabtu dan Ahad sahaja.

"GTA 4"

"The Sims 3"

Finally.... sekarang dah ada PlayStation 4 (PS4). Sebenarnya game ni dah lama saya nak beli. Mahal punya pasal (harga dalam RM1800+), tangguhkan la niat tu dulu. Paling murah pun di KK ni jumpa dalam RM1600. Tu pun diskaun sempena hari-hari tertentu (contohnya sempena Hari Ibu la... Hari Raya la...). Lagipun CD PS4 mahal. Satu game dalam RM200+. Akhirnya berjaya beli PS4 secondhand dengan harga yang kira berpatutan jugalah. Kebetulan kawan jual sebab shot duit nak bayar rumah sewa. So...yeahh.... my new addiction is GTA 5

GTA 5

P/S - Walaupun suka main game, tak adalah 24 jam duduk menghadap PC atau TV. Masih buat benda lain jugalah. Lebih-lebih lagi sekarang ni. Kalau ada mood baru main game. Kalau tengah tak dapat la main game kan. 

Isnin, 14 September 2015

Mimpi Hantu Bungkus

Selama beberapa hari saya tinggal sorang-sorang di rumah, tak ada pula mimpi hantu. Sedap saja tido ngan Si Hitam. Hafiz balik, terus mimpi hantu. 0_o

Orang kata, mimpi antara jam 11AM sehingga 3AM tu mimpi yang ada petunjuk. Tapi saya dapat mimpi hantu la pula. Lupa baca bismillah kot. (Basuh kaki ADA).

Mula-mula tu baring dengan Si Hitam. Rasa tak sedap badan sebab makan Italian food yang punyalah creamy tu soup + rich black pepper dalam daging burger. Akhirnya pening dan tertidur terus dengan Si Hitam sekali.

Lepas tu masa Hafiz keluarkan Si Hitam dan suruh saya tidur di posisi yang betul, saya sedar. Tapi ngantuk punya pasal, mata tak buka tapi badan pindah tempat. Hahaha. Lama-lama tu termimpi....

Dalam mimpi tu ada benda berdiri depan saya. Pakai kain berbungkus warna putih. Tak tinggi. Macam budak-budak umur 12 tahun. Kulitnya warna kebiruan pucat. Matanya pula besar, bulat dan bersinar. Mulutnya ternganga sedikit. Benda tu renung saya. Dalam mimpi tu saya teriak sebab seram tengok muka benda tu.

Then Hafiz cuba bangunkan saya. Saya dengar Hafiz bercakap ngan saya tapi macam separuh sedar masa tu. Terus saya pergi rapat ngan Hafiz (masih dalam keadaan separuh sedar)sebab badan macam rasa sejuk pula. Eee..... seram gila perasaan.

Esok pagi Hafiz dah sakit tulang belakang. Mana tak... saya tidur punyalah rapat sampai Hafiz kena tido di hujung-huuujung! -_-

P/S - Saya ingat dulu pernah nampak benda tu depan mata. Realiti. Bukan mimpi...



Sabtu, 12 September 2015

Resepi Timun Tumis yang Simple

Bahan-bahan:
- 1 biji timun yang buang kulit (dan dipotong dadu)
- Sedikit belacan
- Gula
- Secubit garam
- 1 ulas bawang merah (di cincang)
- 2 ulas bawang putih (di cincang)
- Sedikit minyak untuk menumis


Cara-caranya:
- Panaskan kuali dan tuangkan sedikit minyak.
- Masukkan bawang putih dan merah.
- Tumiskan belacan sehingga naik bau
- Masukkan timun
- Masukkan sedikit gula dan garam. Jika nak tambah secukup rasa pun boleh.
- Tumis sekejap sahaja sehingga timun nampak layu.
- Padamkan api dan JANGAN terus rapatkan penutup kuali kerana jika wap panas terperangkap, akan menyebabkan timun kurang rangup.


Sedap dimakan ketika masih panas

Tanaman di Belakang Rumah

Jaga kesihatan, minum banyak air, kerana jerebu sedang melanda... Pembakaran terbuka bukanlah satu tindakan yang bijak, tetapi kerana ingin cepat dan menjimatkan kos, itulah yang menyebabkan mereka berbuat sedemikian.

Walaupun tengah jerebu, tidak menghalang untuk saya keluar rumah. Yalah. Memang masalah hidung berlaku tapi kalau keluar sekejap okay la.

Gembira tengok pokok labu kuning dah makin membesar dengan jayanya. Pucuk manis yang saya tanam tu pun menjadi juga. Sebenarnya untuk suka-suka saja. Tak sangka menjadi pula sayur ni ditanam.

Seronok kalau ada kebun belakang rumah ni. Ingat nak hias sikit buat taman, tapi kena amik masa jugalah. Kena ada design yang sesuai. Saya ada tengok dalam Internet. Cantik betul design tanaman orang boleh buat. Ada yang guna barangan lama untuk buat perhiasan laman. Ada yang tanam bunga dalam kereta sorong, tanam sayur dalam kasut lama dan macam-macam lagilah.

Yang penting rajin mengusaha, rajin siram :-)

Tanaman labu yang semakin subur

Pokok selasih

Pucuk manis yang dah mengeluarkan daun

Dragon fruit ni saya ikat di tiang ampaian

Selasa, 8 September 2015

From Zero to Hero : Kari Story

Saya bukan peminat tegar kari. Tapi Hafiz hantu kari... -_-

Oleh kerana saya tak minat kari,maka saya jarang makan kari. Dan... tak pernah masak kari. Pendek kata, memang tak pro langsung kalau bab kari ni. Lebih-lebih lagi kari daging. Memang tak nak makan sebab fobia punya pasal.

Cetanya macam gini. Dulu masa zaman budak-budak, pernah sakit. Makan pun tak ada selera. Tapi kena paksa juga makan. Pas tu ngam juga mummy masak kari daging. Jadi makanlah apa yang ada. Lepas makan... rasa tak best dan terus muntah. Dari situ memang tak nak dah makan kari daging... -__-

Balik kepada cerita asal. Mum pernah pesan. Kalau suami suka makan kari, kena belajar masak kari. Nanti suami request tapi tak reti nak buat, susah tau. Jadi saya dengan rela hati pun belajarlah masak kari ikan dengan mum. Berjaya masak! Itulah first time saya masak betul-betul kari.

Then kami pindah rumah baharu. Dah tak ada mum tolong masak kari daaa..... Dengan kebolehan dan pengalaman yang saya ada, menjadi juga masakan kari saya. Lepas tu cuba-cuba masak kari ayam pula. Menjadi juga. Then try lagi, try, try and try.

Sekarang dah boleh masak kari sepenuhnya. Letak perencah itu, letak ramuan ini... akhirnya rasa kari tu unik dari orang lain. Yeay! Saya dah ada resepi kari saya sendiri ^^♡

Bila dah confident, saya bawa pula kari ke office dan served untuk staff. Mereka semua berikan komen yang positif. Ramai yang request nak lagi. Jadi okaylah.... kini dah pandai masak kari.

Kalau dulu jarang makan kari, kini dah selalu makan kari.

Kari ikan putih dan kacang bendi

Isnin, 7 September 2015

Review : Clorox Disinfecting Wipes

Dulu selalu bersihkan dapur guna kain lap. Lepas guna, kena bersihkan kain lap tu. Then sidai tepi tingkap. Ulang buat perkara yang sama sehinggalah kain lap jadi lusuh dan hitam.

Tapi kini dah tak perlu buat macam tu lagi. Dengan Clorox Disinfecting Wipes, kerja mengelap kotoran menjadi amat mudah. Sekotak dijual dengan harga RM12+ dan mengandungi 25 keping wipes. Ada pelbagai aroma boleh menjadi pilihan.

Ianya lebih kurang sama seperti baby wipes. Cuma fungsi dan kandungan bahannya berbeza. Clorox Disinfecting Wipes dirumus khas untuk menanggalkan kesan degil, contohnya kesan kuah kari... bintik-bintik hitam dan lain-lain. Selain itu, ia juga adalah antibakteria. :-) Yang bestnya tisu ini boleh digunakan untuk membersihkan habuk di perabot dan di mana-mana tempat.

Setakat ni amat berpuas hati dengan produk ini. 



Ahad, 6 September 2015

Kenapa Copycat?

Pernah tak anda di copycat? Tak kiralah copycat lifestyle... fesyen... hobi, produk kegemaran dan lain-lain.

Ada beza antara 'copycat you' atau 'adore you'. Kalau 'adore you' ni biasanya peminatlah yang buat. Orang tu color rambut macam tu, dia pun ikut juga. Orang tu pakai fesyen cam tu, dia pun nak juga. Fanatik punya pasal. Selalunya terjadi kepada celebrities atau jika individu tersebut suka ngan seseorang.

Tapi kalau 'copycat you', istilah tu sebenarnya bukanlah positif. Para copycat akan bersaing dengan lawannya tak kira masa dan tempat. Malah si copycat juga nak jadi yang lebih baik dari the original one! Worst case scenario, si copycat boleh bertindak segera untuk mempatentkan benda yang telah di copy tu! Aktiviti copycat ni boleh terjadi di kalangan rakan sendiri, kenalan, jiran-jiran atau haters.

Copycat atau memang kebetulan ni ada beza. Kalau setakat satu benda yang sama... taklah boleh dikategorikan sebagai copycat. Contohnya: Saya beli Perodua Alza. Tiba-tiba kawan saya pun beli Perodua Alza. Mungkin kebetulan. Boleh jadi kerana harganya berpatutan, jimat minyak dan bayaran ansuran murah. Tapi kalau dah semua hampir nak sama... itu dah jadi kemusykilan. Betul tak?

Antara perempuan dan lelaki, selalunya perempuanlah yang lebih sensitif dengan hal-hal copycat ni. Yalah. Perbuatan ini sangatlah annoying! Okaylah. Saya bagi contoh. Saya pakai brand Elizabeth Arden... TIBA-TIBA orang tu pun pakai Elizabeth Arden juga, atau produk yang lebih mahal lagi. Then saya suka mekap ala Korea. TIBA-TIBA orang tu dari pakai mekap style mat salleh, terus tukar ke style Korea juga. Lepas tu saya ada collection jenama Hush Puppies, SUDDENLY orang tu suka juga Hush Puppies. Annoying tak?

Itu CONTOH, okay? Tak nak lepas ni ada orang kata saya menyindir pula... ;-)

Walaubagaimanapun, benda ni sebenarnya hanyalah hal remeh temeh. Tak perlu amik pusing sangat. But for some people, mereka ni memang euwww! Saya mengaku saya tak minat kalau orang yang copycat ni. Lebih-lebih lagi kalau orang tu yang memang kita tak berkenan dari mula. Rasa macam kesian pun ada sebab punyalah dia nak bersaing dengan kita sampai semua nak nampak sama.

Terus terang saya katakan... kalau boleh nak jauhi golongan ni. Nasib sayalah dari dulu sampailah sekarang asyik terserempak dengan copycat (yang tak ngaku copycat). Yang kebetulan tu tak apalah. Orang lain pun tentu ada citarasa sama macam kita. Tapi yang obvious meniru orang tu yang tak boleh blah.

P/S - Entry ini memang not nice at all. Sekian. (Feeling sigh)


Selasa, 1 September 2015

Moon Through My Telescope (31st August 2015)

Walaupun termiss tengok fullmoon yang jatuh pada 29 Ogos, tetapi malam 31 Ogos.... bulan begitu terang benderang dan kelihatan dekat.

Kebetulan malam tu pergi keluar berjalan. Then masa nak balik tu nampak bulan yang sangat... wah! Punyalah cantik. Sampai rumah terus bersemangat pasang balik teleskop yang dah berhabuk. Keluar ke backyard, duduk sorang-sorang dalam gelap. Si Hitam yang temankan saya di laman.

Mula-mula teropong... apasal tak nak apa nih. Rupanya tak buka cover teleskop lagi. Itulah kalau terlalu excited. Haiih! Dah tu, baru nampak bulan. Rasa rindu sangat tengok bulan. Tapi ingat! Bulan tak mengeluarkan cahaya sendiri. Cahaya putih tu adalah pantulan cahaya dari matahari (UV light). Oleh itu, kalau nak tengok di teleskop, make sure jangan lama sangat. Maksud saya, dalam 30 saat tengok, rehatkan dulu mata. Then boleh tengok semula bulan. Mata still akan rasa silau kalau tengok bulan melalui teleskop secara berterusan... dan possibility untuk mata rosak adalah tinggi.

Melihat bulan membuatkan saya tak sedar digigit nyamuk. Masuk rumah balik baru terasa badan gatal-gatal. Apatah lagi kalau kawasan laman yang gelap dan hanya diterangi lampu solar... tentulah nyamuk banyak.

Walaupun dah beberapa tahun saya memiliki teleskop, tapi saya hanya pandai menggunakan tiga jenis lens sahaja. Saya kurang arif menggunakan barlow lens. Dah try adjust pun still penglihatan kabur juga. Hrmm.... kena lebih banyak praktis lepas ni. Barlow lens yang dibekalkan khas digunakan untuk melihat planet seperti Marikh dan Musytari dan Zuhal. Utarid serta Zuhrah juga boleh kelihatan walau imej planet-planet tersebut tidaklah sejelas mana sebenarnya.

Tahukah anda bagaimana cara mengetahui sama ada bintik sinaran di langit itu adalah bintang ataupun planet? Bintang bekerlipan manakala planet (atau satelit) mempunyai cahaya statik. Zuhrah (Venus) dan Marikh (Mars) boleh dilihat melalui mata kasar. Planet Marikh bewarna merah manakala Zuhrah mempunyai cahaya yang amat terang. :-)

Okaylah. Di sini nak share beberapa gambar bulan yang saya amik dari teleskop.

Gambar raw. Tak ada edit

Gambar yang dah di edit. Boleh nampak begitu banyak craters yang terbentuk akibat pelanggaran asteroids.

Shot lagi dekat. Yang warna gelap tu dinamakan Maria (dalam bahasa Latin) atau disebut juga lautan. Ini kerana orang zaman dahulu percaya bulan mempunyai lautan.

Another shot of the moon. Tahukah anda bahawa manusia dari Bumi tidak boleh melihat permukaan belakang bulan? (Far side of the moon). Ini kerana pusingan Bumi dan bulan sentiasa selari.

Saya harap anda enjoy tengok gambar-gambar bulan ni.