Ahad, 30 Ogos 2015

Review : SK-II Facial Treatment Mask

Hari-hari duduk terperuk dalam office, dengan aircondnya... kulit pun cepat kering. Yang kedua, sampai rumah dah terasa penat dan muka nampak lesu.

Tapi dengan SK-II Facial Treatment Mask, semua itu tak jadi masalah. Mask ini paling elok digunakan pada waktu malam sebelum tidur. Dan cara penggunaannya senang sahaja. Bersihkan muka terlebih dahulu dan lekapkan mask selama 20 minit atau lebih. Setelah mask ditanggalkan, urut bahagian muka dan biarkan sehingga keesokan harinya tanpa dibasuh.

Hasil dari penggunaan mask SK-II, muka menjadi lebih lembap, glowing, segar dan lebih mulus. Mask ini boleh didapati di Parkson, mana-mana kedai yang menjual produk SK-II atau secara online seperti di Lazada dan Lelong untuk harga yang lebih murah. 

Semasa menggunakan mask SK-II. Time ni seriously muka nampak lesu dan penat. 

Ini mask SK-II

Keesokan harinya muka terasa lebih segar dan lembap. Note - Gambar no camera 360.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!