Isnin, 3 Ogos 2015

Si Kucing Hitam

Dulu masa kecil-kecil saya banyak kucing warna hitam. Dari mama sampai la bapa... pakcik makcik sampailah anaknya... semua warna hitam. Lepas tu berharap keajaiban berlaku untuk dapat kucing warna lain. -_-

Sekarang bila dah besar ni teringin nak pelihara balik kucing hitam. Sebab? Cantik. Bila bulu kucing hitam bersinar, memang terbaik sinarannya.☆_☆ Lepas tu mesti nampak cute sebab mata dia saja yang nampak. HaHa!

Jadi saya bagitau ngan Hafiz tentang hasrat saya. Cek punya cek, sampailah majlis berbuka puasa dengan TYT di Masjid UMS, konon ternampaklah kucing hitam punya main manja. Umur sedang-sedang dalam sebulan lebih. Tapi tak berani nak amik. Dah la di masjid, lepas tu sukahati pergi amik pula.

Walaubagaimanapun... nasib menyebelahi saya. Suatu hari tengah sibuk nak pasang langsir di pintu belakang, tiba-tiba Hafiz bawa kucing hitam. Dengan tak ada perasaannya, saya pun tanya amik kat mana kucing ni. Kucing tu pun macam tak ada feeling takut. Buat-buat de' bila masuk tempat baru. Sebenarnya stray cat yang dijumpai di pejabat.

Dengan ini... rasminya saya dah ada kucing hitam. Namanya Si Hitam. Bergembiralah Si Hitam sebab ada kawan seekor lagi kucing. Namanya Si Labu. Kucing jiran sebelah tapi suka datang rumah duk lepak. Mula-mula tu macam nak gaduh juga mereka berdua ni. Tapi bila nampak Si Labu greet (bersentuh hidung) dengan Si Hitam, that's mean kepercayaan. Lepas tu dah tak risau dah. Asyik bermain tak henti. 

Dengan ini juga, saya kena lebih kerap sapu rumah untuk elakkan bulu kucing yang banyak. ^^

First day Si Hitam di tempat baharu

Si Hitam dan Si Labu bersama cat tree mereka ^^

Si Hitam reminds me of Luna (kucing Usagi Tsukino a.k.a Sailormoon)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!