Selasa, 4 Ogos 2015

Psycho Girlfriend / Boyfriend Punya Cerita - Part 1

Cam best baca kisah girlfriend / boyfriend yang 'gila' ni. Ada yang ugut sampai nak bunuh, ada yang menipu untuk meraih simpati, ada yang sampai musnahkan hidup pasangan etc etc etc. Saya juga beberapa kali terdengar, mengalami secara langsung atau tak langsung mengenai kekasih yang psycho. Nak share storylah.

Kisah ni terjadi masa zaman Degree dulu. Actually tak berlaku kepada saya, tetapi kepada seseorang. Namanya Riz (bukan nama sebenar). Girlfriendnya pula Nad (juga bukan nama sebenar). Sebagai tambahan, saya dan Riz mempunyai hubungan kekeluargaan.

Saya pun tak taulah macam mana mereke boleh berkenalan. Tapi memang pasangan ni duduk satu negeri. Saya dan Riz selalu contact via Facebook. Then dia kenalkan saya dengan Nad. Okay juga orangnya. Rupa paras yang manis.

Tibalah suatu hari tu saya balik ke kampung halaman sebab cuti semester. Saya bertemu dengan Riz dan rakan-rakannya yang juga berkunjung ke Sabah waktu tu. Nad yang kebetulan belajar di sebuah institusi tempatan di Kota Kinabalu pun ikut sama. Mula-mula jumpa dengan Nad dah rasa tak best. Satu...dia tak nak pandang langsung. Dua, sibuk main ngan handphone dia. Tiga, nak kata eksyen pun macam ya juga. Tapi saya tak peduli sangat masa tu.

Bila bergaduh, Nad suka post di dalam Facebook. Ada sekali tu... saya komen di wall Riz. Tiba-tiba Nad mencelah komen '....gila, keturunan kamu kah tu?!. I'll shoot all of you bixxh'. Tak tau apa angin dia tulis macam tu. Rasanya dia tujukan benda tu dengan Riz tapi saya pun kena sekali sebab Riz tu kira berkeluarga dengan saya. Jarang nak reply komen yang remeh macam tu. Bak kata, don't argue with an idiot. 

Tapi kali tu terkecuali sebab kalau dia dah kata keturunan saya gila??. Jadi saya pun reply, 'kalau nak jahat pun jangan sampai menghina keturunan orang lain'. Nasib baik last sekali dia minta maaf balik. Itu satu! Perkara kedua, Riz pernah mengadu dengan saya yang dia rasa terkongkong oleh Nad. Semua gerak-geri Riz dipantau. Tapi bila saya tengok Facebook Nad, ramai budak lelaki komen itu ini... tak ada jadi masalah pula. 

Ada la satu kali tu saya tag Riz dalam Facebook. Tak lama lepas tu kena remove la pula. Jadi saya tanyalah kenapa remove. Dia kata girlfriend dia tak suka saya tag nama Riz. Itu boleh terima lagilah. Yang tak boleh terima... Pernah sekali saya terserempak mereka di shopping complex di Kota Kinabalu (masa tu saya cuti semester). Dengan selambanya Riz lalu macam tu saja depan saya. Tak puas hati nih. Terus saya SMS dia tapi dia tak nak mengaku dan kata tak nampak saya. Lastly terbongkar juga cerita sebenar. Rupanya dia nak jaga hati Nad sebab tak suka saya rapat dengan Riz.

Lepas kejadian tu, saya dah malas nak jadi "doctor love" kepada Riz. Malas nak peduli. Lantak dia apa nak jadi dengan girlfriend dia... saya tak amik tau lagi. Dah nasihat banyak kali tapi tak nak dengar. Riz pula utamakan Nad berbanding saya sebagai ahli keluarga. Jadi... yalah... dia punya pilihan sendiri. Jangan menyesal di persimpangan jalan. 

Kejadian kemuncak berlaku apabila Nad selalu merungut pasal Riz dalam blog dan Facebook. Riz pula semakin malas nak melayan karenah Nad kerana bersifat drama queen. Suatu hari ibu Riz call saya minta tolong saya nasihatkan Riz untuk tinggalkan perempuan tu. Ibu Riz juga tak tahan kerana perempuan tu berani datang ke rumah untuk berjumpa Riz (kalau mereke berdua tengah bergaduh) tapi dengan cara yang kurang beradab. Nad juga berani call ibu Riz dan mengugut dengan bermacam-macam alasan. Tak dapat ibu Riz, dia pergi pula telefon ayah atau nombor rumah mereka. Lama-kelamaan mereka tukar nombor telefon sebab takut diganggu. Riz juga langsung tidak ingin berjumpa Nad lagi.

Nad tak puas hati malah membuat laporan polis atas alasan Riz dah tak nak kat dia lagi. Polis tu pun bingung la apa jenis laporan yang dia buat ni? Kalau dah tak nak... tak nak la, kan? Ini ibu Riz sendiri yang cerita kat saya. Masa laporan dibuat, mereka dan keluarga perempuan tu juga hadir sama. Ayah Nad pun dah bising kata "Jangan malukan keluarga kita!". 

Kesudahannya, Nad dan Riz break up dan tak pernah jumpa lagi. Saya pula? Sampai sekarang dah kureng dengan Riz. Muka dia pun saya tak pernah nampak lagi. Kalau ada open house Hari Raya, langsung tak pernah nampak dia. Nad pula? Dah bersama orang lain.... yang juga mempunyai nama yang sama seperti Riz. Cuma Bin dia sahaja yang lain...

Tamat Part 1 cerita girlfriend yang psycho. 

Phewww!!




Eh?

 Eheh??

????? Lari topic

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!