Sabtu, 22 Ogos 2015

Pengalaman Mistik / Nampak Hantu - Part 5

Note : Semua cerita Pengalaman Mistik / Nampak Hantu adalah berdasarkan pengalaman. Bukan dongeng, bukan adaptasi novel dan sebagainya.

-
-
-
-
-
-
-
-

Suatu hari Hafiz mengadu sakit kepala selepas balik dari BTN. Sakit kepala berlarutan sehingga tiga hari. Then pergi jumpa doktor. Doktor kata penat dan perlu banyak rehat. Doktor ada bagi ubat tapi tak ada kesan. Still sakit kepala yang teruk.


Kawan saya bagitau mungkin Hafiz ni keteguran masa di BTN. Yalah... tempat tu kan hutan belantara. Dorm pun jarang ada orang kecuali jika ada peserta BTN.

Kebetulan kawan saya (lelaki) sorang ni belajar Assyifa. Dialah yang bantu rawat Hafiz. Memang sah keteguran. Sambil merawat, dia juga bantu 'bersihkan rumah' dengan menggunakan air yang dibaca ayat suci Al Quran.

Sebelum kawan saya mulakan sesi 'pembersihan', kucing saya Si Hitam ni tak pandai duduk diam. Asyik nak lari keluar dari rumah. Saya panggil... Si Hitam mengiaw. Tapi tak nak masuk rumah. Lepas tu saya umpan dengan makanan. Si Hitam datang makan. Then lompat balik keluar dan bersembunyi dalam semak di hujung pagar. First time saya nampak Si Hitam buat macam ni. Biasanya dia suka tidur dan bermain dalam rumah tak kiralah masa tu ada tetamu datang atau tak.

Saya pun amik Si Hitam bawa masuk balik. Dan tutup pintu belakang supaya dia tak boleh keluar lagi. Yang pasti Si Hitam tak nak berada di ruang tamu. Asyik nak lari sampai sanggup panjat tingkap. Muka dia pun macam ketakutan.

Masa kawan saya mulakan sesi 'pembersihan', dia buka skit pintu depan untuk supaya benda-benda tu boleh keluar. Masa tu la meremang bulu roma saya. Satu badan meremang! Kawan saya kata di Bilik Persalinan tingkat atas tu ada 'benda'. Memang kalau masuk bilik tu redup semacam. Kengkadang rasa tak best juga. Di stor bawah tangga pun ada juga. Tu pun sama juga. Kalau saya masuk amik barang, kengkadang boleh rasa lain.

Iyalah. Masa masuk rumah ni mula-mula dulu... tak ada buat proper 'pembersihan' lagi. Just pasang bacaan ayat suci Al Quran sahaja. Rumah lama tak ada orang, confirmlah 'benda' tu tinggal...

2 ulasan:

  1. sbenarnye cik puan pn ade klebihan yg allah bg..cuma x diaktifkan (dpkembangkan) je lg..cuba bkak pkcik google type kasyaf,six sense dn hijab..disitu ade jwapan..pepn 4 star utk blog cik puan..nice story n nice input..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih saudara Syed_Al-Yahya :-)

      Padam

Terima kasih!