Jumaat, 21 Ogos 2015

Kekasih Lama Hubungi Suami / Isteri Anda

Ni antara topik sensitif yang sering menjadi bualan kepada anda di luar sana.

Setuju ke kalau kekasih lama tiba-tiba muncul dan message atau call dengan suami / isteri anda? Bagi saya... sometimes saya setuju dan sometimes saya tak setuju. Kenapa?

Okay. Apa tujuan kekasih lama hubungi pasangan anda? Nak bagitau yang dia dah nak kahwin ke, nak minta maaf atas kesalahan lalu atau tiba-tiba nak jadi kawan pula dah? Kalau nak bagitau yang tak lama lagi nak kahwin, tak salah pun. Syukur la. Kita doakan yang terbaik. Kalau nak minta maaf atas segala kesalahan yang pernah dibuat pun, tak salah. Yang perlu berhati-hati di sini.... yang ketiga ----> nak jadi kawan. Kenapa?

Tak salah kalau nak jadi kawan. Tapi si bekas kekasih kena peka dengan persekitaran. Janganlah selalu hantar text, lebih-lebih lagi kalau hanya cerita kosong. Yang lagi tak best bila message siap kata good morning bagai... semua aktiviti yang dia buat pun nak ceta balik dari A to Z. Tak sesuai laaaa..... Zaman couple dulu bole la.

Lagipun orang dah kahwin dan dah ada kehidupan sendiri. Kena fikir juga semua tu. Jangan pentingkan diri. Kang pasangan fikir bukan-bukan, diri kita juga yang susah. Kalau kita kena benda yang sama, apa perasaan kita? Uish... jangan main-main! Boleh gaduh tau!

Yang dah kahwin tu pun, kalau boleh terus terang la dengan pasangan masing-masing. Tak yah simpan rahsia. Kalau ada ex-gf / ex-bf message, bagitau saja dengan pasangan hal sebenar. Jangan selindung. Lagi satu, tak payah layan lebih-lebih. Bukan nak sombong... tapi ini melibatkan perasaan orang lain. Ex yang sibuk nak SMS tapi tak kena layan tu... janganlah paksa suruh orang balas juga. Faham-fahamlah kalau orang dah tak nak melayan.

Minta maaf. Benda ni banyak terjadi di kalangan masyarakat. Saya begitu concern dengan perkara ini. Walau nampak kecil, tapi besar akibatnya kalau tersilap langkah.

P/S- kalau ex-gf / ex-bf message balik girlfriend/boyfriend anda... tu saya tak nak komenlah. Sebab tak ada hubungan yang sah lagi, jadi masing-masing still ada hak untuk bebas bergaul. Terpulang bagaimana nak jaga hubungan tu.

P/S lagi - Just friend tu tak salah. Yang penting berpada-pada dan tak menyinggung perasaan pasangan.

Sekian. Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!