Selasa, 25 Ogos 2015

Review : Clorox Automatic Toilet Bowl Cleaner

Okay. Ni nak promote produk terbaik untuk bersihkan mangkuk tandas. Memperkenalkan Clorox Automatic Toilet Bowl Cleaner. Nak tau apa yang best dengan jenama ini?

Clorox Automatic Toilet Bowl Cleaner tidak seperti jenama lain yang hanya mengeluarkan bau harum serta warna biru setelah tandas dipam. Produk ini khas untuk membersihkan mangkuk tandas anda secara automatik selepas tangki di flush. Walaupun ianya tidak mengandungi sebarang warna dan haruman, sure anda akan puas hati bila menggunakan produk ini!

Cara penggunaannya senang sahaja. Masukkan sebiji tablet ke dalam tangki tandas dan selepas itu bolehlah di flush seperti biasa selepas digunakan. Sebiji tablet boleh tahan dalam sebulan atau lebih. Lepas ni memang tak perlu nak brush mangkuk tandas lagi kerana produk ini menanggalkan kotoran sedia ada secara automatik. Tandas akan sentiasa kelihatan bersih, putih, bebas kotoran dan membunuh 99.9% kuman. 

Harga untuk sebiji tablet dijual dalam RM11+ di pasaraya terpilih. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!