Sabtu, 29 Ogos 2015

Beautiful Life

Pada hari Sabtu yang mulia ini... dapat rehat sepuas-puasnya. Memandangkan saya tidak terlibat secara langsung dengan pendaftaran pelajar baharu, jadi okaylah. ^^ Boleh rest sikit.

Jadi hari ni seperti biasalah. Cuci kain, sapu lantai, bersihkan tandas etc.... bagi kucing makan dan akhirnya pergi memasak. Kali ni masak ayam dalam microwave sahajalah memandangkan dapur gas tiba-tiba habis!

Hari ini juga berlangsungnya perhimpunan BERSIH. Selain berlangsung di Kuala Lumpur, juga diadakan di Sabah dan Sarawak. Phew!Mujurlah tak pergi KL minggu ni kerana pergi di waktu musim cuti (kan nak cuti Merdeka) tak berapa best jika dibandingkan pada hari biasa. Orang ramai + crowded + susah nak cari parking.

Jadi... ya. Apa yang best di hari cuti tentunya berehat di rumah sambil tengok TV, main game dan main miaw. Ingat esok nak cari tanah hitam dan pasu besar sebab nak pindahkan tumbuhan yang ditanam di pasu kecil. Yalah. Kalau kita tanam pokok di pasu yang kecil, tak membesarlah pokok tu. Betul ni. Setakat ni dah pindahkan sedikit demi sedikit bunga-bunga saya. Dulu bunga Kembang Seribu saya asyik layu, mana taknya. Pasu kecil. Kena siram selalu. Sekarang dah ganti pasu besar, tak pernah lagi nampak bunga tu layu. ^^♡ Siram pun senang hati. Hehe. Satu kemajuan.

Yalah. Kalau difikirkan betapa indahnya kehidupan ini. Walaupaun negara ada krisis buat masa ini, masih jauh aman berbanding negara yang masih tidak merdeka sehingga sekarang.

................. .  ..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!