Ahad, 30 Ogos 2015

Diner : All About Pasta, Burger, Western and Malaysian Favorites

Inginkan suasana warm and cozy? Dengan makanan yang sedap dan presentable, you should go to Diner. Terletak di area UA (Universiti Apartment) atau Sulaman King Fisher, Diner sentiasa menyediakan hidangan yang menarik.

Saya suka restoran ni. Dengan design kontemporari, simple but nice, makanan yang enak... what else? Semuanya ada di sini. Harga standard restoran la. But still affordable. Dan memang tak akan rugi punya kalau makan sini. Memandangkan Diner terletak tak jauh dari rumah, so we can go bila-bila masa kami suka. 

Actually peminat makanan Barat di sini adalah Hafiz. Dan Hafiz yang mula-mula introduce restoran ni kepada saya. Alang-alang dah kena introduce, tentulah nak pergi. ^^

We ♡ Diner!

Ini adalah muka depan menu Diner

Kepada peminat masakan Barat, boleh try makan di sini. ♡

Suasana di Diner

Hanya di Diner. Kiri : Ribena special dengan laici. Kanan : Apple smootie dengan laici.

Oh-so-yummy burger.

Review : SK-II Facial Treatment Mask

Hari-hari duduk terperuk dalam office, dengan aircondnya... kulit pun cepat kering. Yang kedua, sampai rumah dah terasa penat dan muka nampak lesu.

Tapi dengan SK-II Facial Treatment Mask, semua itu tak jadi masalah. Mask ini paling elok digunakan pada waktu malam sebelum tidur. Dan cara penggunaannya senang sahaja. Bersihkan muka terlebih dahulu dan lekapkan mask selama 20 minit atau lebih. Setelah mask ditanggalkan, urut bahagian muka dan biarkan sehingga keesokan harinya tanpa dibasuh.

Hasil dari penggunaan mask SK-II, muka menjadi lebih lembap, glowing, segar dan lebih mulus. Mask ini boleh didapati di Parkson, mana-mana kedai yang menjual produk SK-II atau secara online seperti di Lazada dan Lelong untuk harga yang lebih murah. 

Semasa menggunakan mask SK-II. Time ni seriously muka nampak lesu dan penat. 

Ini mask SK-II

Keesokan harinya muka terasa lebih segar dan lembap. Note - Gambar no camera 360.

Sabtu, 29 Ogos 2015

Beautiful Life

Pada hari Sabtu yang mulia ini... dapat rehat sepuas-puasnya. Memandangkan saya tidak terlibat secara langsung dengan pendaftaran pelajar baharu, jadi okaylah. ^^ Boleh rest sikit.

Jadi hari ni seperti biasalah. Cuci kain, sapu lantai, bersihkan tandas etc.... bagi kucing makan dan akhirnya pergi memasak. Kali ni masak ayam dalam microwave sahajalah memandangkan dapur gas tiba-tiba habis!

Hari ini juga berlangsungnya perhimpunan BERSIH. Selain berlangsung di Kuala Lumpur, juga diadakan di Sabah dan Sarawak. Phew!Mujurlah tak pergi KL minggu ni kerana pergi di waktu musim cuti (kan nak cuti Merdeka) tak berapa best jika dibandingkan pada hari biasa. Orang ramai + crowded + susah nak cari parking.

Jadi... ya. Apa yang best di hari cuti tentunya berehat di rumah sambil tengok TV, main game dan main miaw. Ingat esok nak cari tanah hitam dan pasu besar sebab nak pindahkan tumbuhan yang ditanam di pasu kecil. Yalah. Kalau kita tanam pokok di pasu yang kecil, tak membesarlah pokok tu. Betul ni. Setakat ni dah pindahkan sedikit demi sedikit bunga-bunga saya. Dulu bunga Kembang Seribu saya asyik layu, mana taknya. Pasu kecil. Kena siram selalu. Sekarang dah ganti pasu besar, tak pernah lagi nampak bunga tu layu. ^^♡ Siram pun senang hati. Hehe. Satu kemajuan.

Yalah. Kalau difikirkan betapa indahnya kehidupan ini. Walaupaun negara ada krisis buat masa ini, masih jauh aman berbanding negara yang masih tidak merdeka sehingga sekarang.

................. .  ..

Khamis, 27 Ogos 2015

20 Things You Might Not Know About Me



Instruction dia senang sahaja. Copy and paste soalan 1 hingga 20. Lepas tu jawab. Dan seterusnya orang lain lagi copy and paste... dan jawab. Dan seterusnya... terus dan terus....


-
-
-
-
-
-
-
-

Question 1 : How tall are you?
165CM

Question 2 : Do you have a hidden talent? If so, what?
I can do metaphysics (errr... an amateur).

Question 3 : What's your biggest blog-related pet peeve?
Music as a background... Your tune is not necessarily others favorite too.

Question 4 : What's your biggest non-blog related per peeve?
People with long nails! I wonder how they can cook and clean with that nails? They must be full of grime.

Question 5 : What's your favorite song?
Michael Hunter - L.S Mob. One of my favorites.

Question 6 : What's your favorite Etsy shop that isn't yours?
Never try Etsy. But handmade flower brooch is beautiful!


Question 7 : What's your favorite way to spend your free time when you're alone?
Gardening at my small backyard.


Question 8 : What's your favorite junk food?
Dried guava. Nyum! Nyum!

Question 9 : Do you have a pet or pets? If so, what kind and what are their names?
Currently I have a cat named Si Hitam. He is a black cat. A domestic feline breeds, long tail with yellow bright eyes.

Question 10: What are your number one favorite nonfiction and fiction books?
Fiction : Errr.... comic?? Does that count?
Nonfiction : Membongkar Misteri Dajjal by Muhammad Nurani Maarif

Question 11: What's your favorite beauty product or tool?
Everything about Victoria's Secret

Question 12 : When were you last embarrassed? What happened?
I failed to answer the questions properly from the auditor. So ya.... An OFI for me!

Question 13 : If you could only drink one beverage (besides water) for the rest of your life, what would it be?
Ice Tea. So refreshing....

Question 14 : What's your favorite movie?
The Lord of the Rings



Question 15 : What were you in high school: Prom queen, Nerd, Cheerleader, Jock, Valedictorian, Band Geek, Loner, Artist, Prep?
Artist. I painted mural, did lots of manga sketches, have my own comics, join drawing competitions and bla bla bla.

Question 16 : If you could live anywhere in the world, where would you live?
Moscow, Russia. Zdravstvuyte - Hello!

Question 17 : PC or Mac?
Mac for sure!

Question 18 : Last romantic gesture from a crush, date, boy/girlfriend, spouse?
Hugs and kisses everyday from my husband.

Question 19 : Favorite celebrity?
Jason Statham. He reminds me the character of Niko Bellic, from the GTA 4.


Question 20 : What blogger do you secretly want to be best friends with?
Qiu Qiu! She is so cute!

Selasa, 25 Ogos 2015

Review : Clorox Automatic Toilet Bowl Cleaner

Okay. Ni nak promote produk terbaik untuk bersihkan mangkuk tandas. Memperkenalkan Clorox Automatic Toilet Bowl Cleaner. Nak tau apa yang best dengan jenama ini?

Clorox Automatic Toilet Bowl Cleaner tidak seperti jenama lain yang hanya mengeluarkan bau harum serta warna biru setelah tandas dipam. Produk ini khas untuk membersihkan mangkuk tandas anda secara automatik selepas tangki di flush. Walaupun ianya tidak mengandungi sebarang warna dan haruman, sure anda akan puas hati bila menggunakan produk ini!

Cara penggunaannya senang sahaja. Masukkan sebiji tablet ke dalam tangki tandas dan selepas itu bolehlah di flush seperti biasa selepas digunakan. Sebiji tablet boleh tahan dalam sebulan atau lebih. Lepas ni memang tak perlu nak brush mangkuk tandas lagi kerana produk ini menanggalkan kotoran sedia ada secara automatik. Tandas akan sentiasa kelihatan bersih, putih, bebas kotoran dan membunuh 99.9% kuman. 

Harga untuk sebiji tablet dijual dalam RM11+ di pasaraya terpilih. 


Sabtu, 22 Ogos 2015

Pengalaman Mistik / Nampak Hantu - Part 5

Note : Semua cerita Pengalaman Mistik / Nampak Hantu adalah berdasarkan pengalaman. Bukan dongeng, bukan adaptasi novel dan sebagainya.

-
-
-
-
-
-
-
-

Suatu hari Hafiz mengadu sakit kepala selepas balik dari BTN. Sakit kepala berlarutan sehingga tiga hari. Then pergi jumpa doktor. Doktor kata penat dan perlu banyak rehat. Doktor ada bagi ubat tapi tak ada kesan. Still sakit kepala yang teruk.


Kawan saya bagitau mungkin Hafiz ni keteguran masa di BTN. Yalah... tempat tu kan hutan belantara. Dorm pun jarang ada orang kecuali jika ada peserta BTN.

Kebetulan kawan saya (lelaki) sorang ni belajar Assyifa. Dialah yang bantu rawat Hafiz. Memang sah keteguran. Sambil merawat, dia juga bantu 'bersihkan rumah' dengan menggunakan air yang dibaca ayat suci Al Quran.

Sebelum kawan saya mulakan sesi 'pembersihan', kucing saya Si Hitam ni tak pandai duduk diam. Asyik nak lari keluar dari rumah. Saya panggil... Si Hitam mengiaw. Tapi tak nak masuk rumah. Lepas tu saya umpan dengan makanan. Si Hitam datang makan. Then lompat balik keluar dan bersembunyi dalam semak di hujung pagar. First time saya nampak Si Hitam buat macam ni. Biasanya dia suka tidur dan bermain dalam rumah tak kiralah masa tu ada tetamu datang atau tak.

Saya pun amik Si Hitam bawa masuk balik. Dan tutup pintu belakang supaya dia tak boleh keluar lagi. Yang pasti Si Hitam tak nak berada di ruang tamu. Asyik nak lari sampai sanggup panjat tingkap. Muka dia pun macam ketakutan.

Masa kawan saya mulakan sesi 'pembersihan', dia buka skit pintu depan untuk supaya benda-benda tu boleh keluar. Masa tu la meremang bulu roma saya. Satu badan meremang! Kawan saya kata di Bilik Persalinan tingkat atas tu ada 'benda'. Memang kalau masuk bilik tu redup semacam. Kengkadang rasa tak best juga. Di stor bawah tangga pun ada juga. Tu pun sama juga. Kalau saya masuk amik barang, kengkadang boleh rasa lain.

Iyalah. Masa masuk rumah ni mula-mula dulu... tak ada buat proper 'pembersihan' lagi. Just pasang bacaan ayat suci Al Quran sahaja. Rumah lama tak ada orang, confirmlah 'benda' tu tinggal...

Jumaat, 21 Ogos 2015

Kekasih Lama Hubungi Suami / Isteri Anda

Ni antara topik sensitif yang sering menjadi bualan kepada anda di luar sana.

Setuju ke kalau kekasih lama tiba-tiba muncul dan message atau call dengan suami / isteri anda? Bagi saya... sometimes saya setuju dan sometimes saya tak setuju. Kenapa?

Okay. Apa tujuan kekasih lama hubungi pasangan anda? Nak bagitau yang dia dah nak kahwin ke, nak minta maaf atas kesalahan lalu atau tiba-tiba nak jadi kawan pula dah? Kalau nak bagitau yang tak lama lagi nak kahwin, tak salah pun. Syukur la. Kita doakan yang terbaik. Kalau nak minta maaf atas segala kesalahan yang pernah dibuat pun, tak salah. Yang perlu berhati-hati di sini.... yang ketiga ----> nak jadi kawan. Kenapa?

Tak salah kalau nak jadi kawan. Tapi si bekas kekasih kena peka dengan persekitaran. Janganlah selalu hantar text, lebih-lebih lagi kalau hanya cerita kosong. Yang lagi tak best bila message siap kata good morning bagai... semua aktiviti yang dia buat pun nak ceta balik dari A to Z. Tak sesuai laaaa..... Zaman couple dulu bole la.

Lagipun orang dah kahwin dan dah ada kehidupan sendiri. Kena fikir juga semua tu. Jangan pentingkan diri. Kang pasangan fikir bukan-bukan, diri kita juga yang susah. Kalau kita kena benda yang sama, apa perasaan kita? Uish... jangan main-main! Boleh gaduh tau!

Yang dah kahwin tu pun, kalau boleh terus terang la dengan pasangan masing-masing. Tak yah simpan rahsia. Kalau ada ex-gf / ex-bf message, bagitau saja dengan pasangan hal sebenar. Jangan selindung. Lagi satu, tak payah layan lebih-lebih. Bukan nak sombong... tapi ini melibatkan perasaan orang lain. Ex yang sibuk nak SMS tapi tak kena layan tu... janganlah paksa suruh orang balas juga. Faham-fahamlah kalau orang dah tak nak melayan.

Minta maaf. Benda ni banyak terjadi di kalangan masyarakat. Saya begitu concern dengan perkara ini. Walau nampak kecil, tapi besar akibatnya kalau tersilap langkah.

P/S- kalau ex-gf / ex-bf message balik girlfriend/boyfriend anda... tu saya tak nak komenlah. Sebab tak ada hubungan yang sah lagi, jadi masing-masing still ada hak untuk bebas bergaul. Terpulang bagaimana nak jaga hubungan tu.

P/S lagi - Just friend tu tak salah. Yang penting berpada-pada dan tak menyinggung perasaan pasangan.

Sekian. Terima kasih.

Khamis, 20 Ogos 2015

Kuala Lumpur... oh Kuala Lumpur!

Walaupun saya kata KL ni macam rumah kedua saya, tapi tak dapat dibandingkan dengan boss saya... yang boleh dikatakan... KL tu macam naik turun bas sahaja. Tiga kali seminggu pulang balik KL adalah perkara biasa...

Okaylah. Sebenarnya nak ceta bagaimana perasaan turun KL dulu dan sekarang. 1st time saya turun Kuala Lumpur adalah pada tahun 1995 atau 1996 kalau tak salah saya. Masa tu budak-budak lagi (pergi ngan family). Lepas tu punyalah excited bila sampai KL. Pergi zoo la apa la... boleh dikatakan macam-macam tempat pergi!

Then dua tahun saya belajar di Semenanjung (amuk Degree). Walaupun saya lebih suka berjalan area Shah Alam saja... tapi Kuala Lumpur tu memang pergi punyalah sebab tak jauh sangat dari hostel. Sampailah saya kerja kat UMS... mula-mula jarang outstation. Teringin juga nak pergi sekali sekala. Dah pindah ke Canselori barulah selalu ada tugasan luar pejabat. Perasaan beransur ubah dari rasa best jadi rasa cam tak da perasaan.

Pernah juga beberapa kali ke KL pulang balik macam tu saja sebab tak nak bermalam. Dulu rasa excited nak naik kapal terbang, sekarang dah tak ada feeling.... -_- Dulu suka duduk tepi tingkap, sekarang nak blah cepat. Jadi amik kerusi paling depan, dekat isle. Hotel selalu duduk di kawasan KLCC, jadi cuci mata pun area sana juga. Tak pun pergi Pavillion, tengok wayang, makan, window shopping.... tak terfikir nak pergi tempat lain sebab otak duk fikir kerja kerja kerja. 

Astro pernah offer kerja di KL tapi ntah la kenapa memang tak terfikir nak duduk jauh dari family. Saya Sabahan dan saya cintakan Sabah. KL cantik. Bila di prime area syok tengok ramai pakai kereta canggih manggih. Audi, Wolkswagen, Renault, BMW etc... berlambak! Kalau masuk kawasan shopping complex, boleh tengok orang macam-macam fesyen. Advance. Memang advance...

Jadiiii.... rasanya saya akan ke Kuala Lumpur lagi. Kalau tak hujung bulan ni mungkin bulan depan. Tunggu arahan sahajalah.

Ini adalah makanan Arab

Sempat ke Putrajaya untuk function EduTourism

MAS 40 years

Me and my colleauge. Khai dengan mask yang diberikan sempena Malaysia International Mask Festival 2015

Sabtu, 15 Ogos 2015

Mask Street Parade : Malaysia International Mask Festival 2015

Taaadaaaa! Tak sangka malam 14 Ogos 2015  ada perarakan bertopeng di area Kuala Lumpur, berhadapan Hard Rock Cafe. So apa lagi, saya sempat amik beberapa keping gambar dan video untuk kenang-kenangan.

Rupanya festival Malaysia International Mask Festival diadakan pada 13-16 Ogos 2015 dan pelbagai aktiviti menarik diadakan. Salah satunya perarakan bertopeng. Beberapa negara menyertai perarakn ini termasuk Indonesia, Korea, China, Malaysia dan lain-lain. 

Perarakan berlangsung beberapa minit dan amat seronok untuk dilihat. Ramai orang berkumpul untuk sama-sama menyaksikan perarakan ini. Semua peserta sangat supporting dan sempat bagi posing unik semasa sedang berarak.






-
-
-
-
-
Masa tengah amik video tu, tiba-tiba ada peserta bagi topeng ngan saya. So... yeay! I was the lucky one that evening. >_-

Khamis, 13 Ogos 2015

8 Orang Gadis Paling Comel Seperti Patung Barbie

Ini adalah lapan orang gadis cute seperti patung barbie yang saya ketahui. Siapa yang tak suka tengok, kan?? ^^ Of course mekap dan photoshop begitu membantu, tapi pastinya mereka juga cantik secara semulajadi. Sebab tu boleh hasilkan foto yang menarik. 

Walaubagaimanapun gambar-gambar mereka sememangnya kawaii ♡♡♡

Viki Chen, China.
Gadis ini sebenarnya adalah cikgu yang mengajar di sebuah sekolah di China. Kalaulah semua cikgu begini, tentunya budak-budak tak nak ponteng sekolah lagi.^^♡
Wang Jia Yun, China.
Ini adalah favorite saya setakat ni. Juga dikenali sebagai Renee Yun dan pernah mencapai carian paling hits dalam Internet di negara Korea.
Dakota Rose, Amerika Syarikat. Sememangnya gadis seperti barbie doll amat digemari dan menarik untuk dilihat. Dakota Rose begitu popular di Jepun dan telah menjadi model untuk produk Candy Doll dan Etude House ^^

NekoNyapii, Germany. 
A very adorable girl. Juga dikenali sebagai Lisa Ring. Gadis ini mempunyai banyak video tentang cara menghias diri dan boleh didapati di YouTube. 
King Boo, China. She is a model dan mempunyai begitu ramai pengikut di Facebook. Ya! King Boo sangat cute ♡

Ru_Na_Moon, Malaysia.
Hye! Gadis Malaysia juga ramai yang cute. Salah satunya ialah Ru Na Moon. Gadis cantik dengan tudung. ♡

Asyalliee, Malaysia. 
Ada sorang lagi gadis comel seperti patung. Mempunyai ramai followers di dalam Instagram and she deserves it! She is totally kawaii.


Venus Angelic, Switzerland.
Gadis ini pernah muncul di kaca televisyen beberapa kali dan obses dengan kehidupan seperti patung. Comel. Tak perlu banyak mekap pun dah cantik.
source

Selasa, 11 Ogos 2015

Cat Litter Terbaik : Kit Cat

Kepada anda yang nak the best super clumping cat litter, boleh try jenama Kit Cat. Highly recommended. Terutama yang wangi Sakura. ^^ Saya bagi rating 5 out of 5.

Sebelum ni saya beli jenama lain. Tapi kurang best sebab still boleh bau najis. Memandangkan jenama yang tu dah nak habis, jadi saya try jenama lain pula iaitu Kit Cat.  Sales girl tu pun recommend jenama ni sebab katanya wangi. Ternyata memang betul! Cat litter ini bukan sahaja wangi malah non toxic dan mesra kucing. Harga untuk satu pek (10 liter) adalah RM24+ dan terdapat pelbagai pilihan wangian. 

I love Kit Cat!

P/S - Kalau beli di King Fisher Pet House boleh dapat diskaun sekiranya apply jadi member. Sebagai tambahan, kad diskaun ini juga boleh digunakan di Iramanis Pet House (Sama cawangan).



-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-









From zero to hero. Inilah kucing saya, Si Hitam. Kucing ini bermula dari stray cat. Dijumpai bersendirian. Oleh kerana saya selalu sebut nak bela kucing warna hitam... lastly diperkenankan juga permintaan saya. ^^

Selasa, 4 Ogos 2015

Psycho Girlfriend / Boyfriend Punya Cerita - Part 1

Cam best baca kisah girlfriend / boyfriend yang 'gila' ni. Ada yang ugut sampai nak bunuh, ada yang menipu untuk meraih simpati, ada yang sampai musnahkan hidup pasangan etc etc etc. Saya juga beberapa kali terdengar, mengalami secara langsung atau tak langsung mengenai kekasih yang psycho. Nak share storylah.

Kisah ni terjadi masa zaman Degree dulu. Actually tak berlaku kepada saya, tetapi kepada seseorang. Namanya Riz (bukan nama sebenar). Girlfriendnya pula Nad (juga bukan nama sebenar). Sebagai tambahan, saya dan Riz mempunyai hubungan kekeluargaan.

Saya pun tak taulah macam mana mereke boleh berkenalan. Tapi memang pasangan ni duduk satu negeri. Saya dan Riz selalu contact via Facebook. Then dia kenalkan saya dengan Nad. Okay juga orangnya. Rupa paras yang manis.

Tibalah suatu hari tu saya balik ke kampung halaman sebab cuti semester. Saya bertemu dengan Riz dan rakan-rakannya yang juga berkunjung ke Sabah waktu tu. Nad yang kebetulan belajar di sebuah institusi tempatan di Kota Kinabalu pun ikut sama. Mula-mula jumpa dengan Nad dah rasa tak best. Satu...dia tak nak pandang langsung. Dua, sibuk main ngan handphone dia. Tiga, nak kata eksyen pun macam ya juga. Tapi saya tak peduli sangat masa tu.

Bila bergaduh, Nad suka post di dalam Facebook. Ada sekali tu... saya komen di wall Riz. Tiba-tiba Nad mencelah komen '....gila, keturunan kamu kah tu?!. I'll shoot all of you bixxh'. Tak tau apa angin dia tulis macam tu. Rasanya dia tujukan benda tu dengan Riz tapi saya pun kena sekali sebab Riz tu kira berkeluarga dengan saya. Jarang nak reply komen yang remeh macam tu. Bak kata, don't argue with an idiot. 

Tapi kali tu terkecuali sebab kalau dia dah kata keturunan saya gila??. Jadi saya pun reply, 'kalau nak jahat pun jangan sampai menghina keturunan orang lain'. Nasib baik last sekali dia minta maaf balik. Itu satu! Perkara kedua, Riz pernah mengadu dengan saya yang dia rasa terkongkong oleh Nad. Semua gerak-geri Riz dipantau. Tapi bila saya tengok Facebook Nad, ramai budak lelaki komen itu ini... tak ada jadi masalah pula. 

Ada la satu kali tu saya tag Riz dalam Facebook. Tak lama lepas tu kena remove la pula. Jadi saya tanyalah kenapa remove. Dia kata girlfriend dia tak suka saya tag nama Riz. Itu boleh terima lagilah. Yang tak boleh terima... Pernah sekali saya terserempak mereka di shopping complex di Kota Kinabalu (masa tu saya cuti semester). Dengan selambanya Riz lalu macam tu saja depan saya. Tak puas hati nih. Terus saya SMS dia tapi dia tak nak mengaku dan kata tak nampak saya. Lastly terbongkar juga cerita sebenar. Rupanya dia nak jaga hati Nad sebab tak suka saya rapat dengan Riz.

Lepas kejadian tu, saya dah malas nak jadi "doctor love" kepada Riz. Malas nak peduli. Lantak dia apa nak jadi dengan girlfriend dia... saya tak amik tau lagi. Dah nasihat banyak kali tapi tak nak dengar. Riz pula utamakan Nad berbanding saya sebagai ahli keluarga. Jadi... yalah... dia punya pilihan sendiri. Jangan menyesal di persimpangan jalan. 

Kejadian kemuncak berlaku apabila Nad selalu merungut pasal Riz dalam blog dan Facebook. Riz pula semakin malas nak melayan karenah Nad kerana bersifat drama queen. Suatu hari ibu Riz call saya minta tolong saya nasihatkan Riz untuk tinggalkan perempuan tu. Ibu Riz juga tak tahan kerana perempuan tu berani datang ke rumah untuk berjumpa Riz (kalau mereke berdua tengah bergaduh) tapi dengan cara yang kurang beradab. Nad juga berani call ibu Riz dan mengugut dengan bermacam-macam alasan. Tak dapat ibu Riz, dia pergi pula telefon ayah atau nombor rumah mereka. Lama-kelamaan mereka tukar nombor telefon sebab takut diganggu. Riz juga langsung tidak ingin berjumpa Nad lagi.

Nad tak puas hati malah membuat laporan polis atas alasan Riz dah tak nak kat dia lagi. Polis tu pun bingung la apa jenis laporan yang dia buat ni? Kalau dah tak nak... tak nak la, kan? Ini ibu Riz sendiri yang cerita kat saya. Masa laporan dibuat, mereka dan keluarga perempuan tu juga hadir sama. Ayah Nad pun dah bising kata "Jangan malukan keluarga kita!". 

Kesudahannya, Nad dan Riz break up dan tak pernah jumpa lagi. Saya pula? Sampai sekarang dah kureng dengan Riz. Muka dia pun saya tak pernah nampak lagi. Kalau ada open house Hari Raya, langsung tak pernah nampak dia. Nad pula? Dah bersama orang lain.... yang juga mempunyai nama yang sama seperti Riz. Cuma Bin dia sahaja yang lain...

Tamat Part 1 cerita girlfriend yang psycho. 

Phewww!!




Eh?

 Eheh??

????? Lari topic