Ahad, 19 Julai 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri! Maaf Zahir & Batin. Kosong-Kosong!

Syukur alhamdulillah.... dapat lagi bersama dengan keluarga dan saudara mara di Hari Raya tahun ini. Menziarahi keluarga di kampung adalah satu kewajiban.

Keseronokan yang paling dirasai adalah sesi bermaaf-maafan sesama keluarga, sesi bagi angpow Raya dan sesi bergambar bersama. :-) Itulah saat yang dinantikan. Tahun ni saya memang tak ikut tema warna. Orang lain semua pakai baju purple, pink atau merah. Tiba-tiba saya pakai baju biru. Mereka semua ni macam berjanji pula. Fail betullah...iisshh....

Pada hari raya pertama tak sah kalau tak melawat pusara arwah datuk, nenek dan pakcik. Sayu rasa hati bila membersihkan daun-daun kering di atas kuburan.

Tahun ini saya berjaya mengawal makan minum (tak makan banyak). Ngehehehe.... lepas tu boleh teruskan dengan aktiviti berbasikal. Ingat nak buat Isnin ni lepas waktu kerja. Itupun kalau mampu :-b

-
-
-
-
-
-


Raya kedua pula teruskan dengan aktiviti menziarahi sanak saudara. Kali ni pergi tiga buah rumah sahaja. Tu pun dah penat. Mana tak... dengan cuaca panas terik lagi, dengan baju kurung lagi... wuh! Tapi makan still makan la. Tak boleh lawan laksa Penang dan soto nenek saudara. Tiap tahun mesti ada buat.

Okay. Itu sahaja.

Tahun ni pakai biru. Baju kurung adalah kain sutera Vietnam yang dibeli masa pergi Vietnam hari tu. Tak mudah kusut dan sesuai dibawa travel.

Bergambar bersama Hafiz

One more!

Beraya di rumah saudara mara.

Raya kedua pula warna hijau

Miaw di kampung

New book. One of my favorites

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!