Selasa, 21 Julai 2015

Persoalan Kini Terjawab

Taip kali saya pergi Labuan mesti akan nampak benda ni. Kapal laut besar dan ada benda bulat di atasnya. Dan tiap kali jugalah saya akan berfikir, apakah bendanya tu? Kapal bawa minyak ke? Atau kapal bawa kontena khas berbentuk bulat?

Lepas tu tak puas hati, tanya Hafiz pula. Saya bagitau ada benda besar bulat warna putih atas air, tapi tak tau apa benda tu. Oleh kerana explanation saya kurang jelas, Hafiz ingatkan benda yang saya tanya tu adalah pelampung (buoy). Bukan. 

Baru-baru ni balik dari kampung, nampak lagi benda alah yang menjadi persoalan saya selama ini. Jadi saya tunjuk kat Hafiz. Dia kata dia tak tau apa namanya tapi kapal tu bawa gas.

Inilah imej kapal tu (seperti gambar di bawah):



Imej setelah di zoom:

Bukan satu tapi ada banyak. Kengkadang ada warna oren juga. Tak puas hati punya pasal, akhirnya jumpa juga dalam Google Search. 

Rupanya kapal ini adalah gas carrier. Kapal ini mengangkut gas asli cecair ke destinasi yang ditujui. Ada pelbagai lagi syarikat yang mempunyai perkhidmatan yang sama di serata dunia. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan gas carrier, boleh layari link ini. LNG Carrier. LNG stand for Liquefied Natural Gas.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!