Sabtu, 11 Julai 2015

Persiapan Ala Kadar

Lama tak update blog. ^^

Menjelang Hari Raya Aidilfitri, pelbagai persiapan yang dilakukan. Tukar duit raya, buat biskut dan kek, tempahan baju kurung, memikirkan warna tema langsir dan dah fikir pasal kampung halaman.

Walaupun harga barang dikenakan GST, ramai yang masih ingin membeli belah, cuma dengan cara yang lebih berhemat. Majlis berbuka puasa tahun ini juga tak banyak. Kalau tahun lepas asyik mendapat jemputan dari pelbagai jabatan. Kali ni seingat saya... hanya pergi berbuka bersama Tun TYT dan warga UMS, bersama Datuk VC, dan bersama Jabatan Cabselori. Semoga kita semua dapat terus berjimat cermat. Makan di rumah pun apa kurangnya ;-)

Tahun ni kami berdua juga berhasrat untuk menyambut secara ala kadar. Kasut? Tak beli sebab dah ada dan masih elok. Baju kurung raya? Actually ada beberapa lagi baju kurung yang saya tak rasmikan. Pakai sajalah apa yang ada. HeHeHe... :-b Bagaimana pula dengan biskut raya? Tahun ni saya nak buat tiga jenis. Dah buat dua dah (yang satu tu lebih kepada manisan. Bukan biskut). Simple saja. Tak perlu dibakar dengan oven.

Raya tahun ni saya tak amik cuti lebih sebab kengkawan office yang lain semua balik kampung. Jadi saya kena ganti empat orang sekarang ni. 0_o Tapi tak apa. Tentu hati tenang pergi ke pejabat. Mestilah. Jalan raya kosong, office pun kosong. Ngeheheheheh.

Apa-apa pun, kita haruslah berjimat cermat. Tak boleh asyik nak belanja sakan. Gaji bulan ni pun awal. Bulan depan lambat pula. Haaaa.... kena ada back-up plan. Wang kena simpan dan tak boleh digunakan sesuka hati. ^^

Biskut cornflakes madu

Kurma coklat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!